Followers

05 November 2010

Kek Puding Karamel


Memula tengok kek puding karamel ni kat FB kawan,mah zabri, lepas tu simpan resepi lama la juga...bukan tak teruja nak buat...tapi macam tak confident je..macam-macam yang difikirkan. Paling tak selesa bila fikir adakah cecair karamel tu tak akan bercampur dengan adunan kek bila dimasukkan dalam satu acuan..
Tapi setakat dok fikir je mana nak tau kan...so kena la buat jugak...Alhamdulillah menjadi dan sangat sedap rupanya...kek tu saya marblekan macam dalam pic kat atas tu...memang kena buat lagi ni...tapi kena tunggu rakyat ramai la dulu..sekarang pakat dok asrama..siapa yang nak makan pun nanti...


Saya altered resepi ni sebenarnya..tapi disini saya letak resepi yang sebenar..takut kang bagi resepi altered, korang buat tak menjadi la pula kan..


Bahan-bahan:-
gula hangus> 4sdb gula..
A. lapisan atas caramel
5 biji merah telur
¾ cawan gula pasir halus
1 tin susu cair
1 sudu besar esen vanilla
Kacau semua bahan sehingga sebati
B.
5 biji putih telur
1 camca teh cream of tartar
¾ cawan gula halus
Pukul kesemua bahan sehingga gebu mcm buih sabun
C.
3 biji kuning telur
¾ cawan minyak masak
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan air ais (air sejuk dr peti es tuh)
(Pukul semua skali)


Cara:
Panaskan oven 170c…
1. Buat gula hangus atas peti tin yg hendak dibakar kek tersebut.
2. satukan B dan C, kacau sebati..(masa neh kalau nk marblekan sila bahagi adunan tersebut)
3. tuangkan bahan A kedalam acuan, kemudian bahan B + C tadi.
4. bakar dlm oven yg beralaskan dulang berisi air (baine marie) sehingga  masak. (lebih kurang 45min – 1 jam>depends on your oven la…)

 *nota utk mah zabri :> resepi sapa neh mah?