Followers

25 February 2011

Sotong Kunyit Bersayur


Selalunya saya buat sotong goreng kunyit biasa je la..tak de nak letak sayur mayur apa2…abes2 pun letak tomato, daun sup dan bawang..tengok kat blog matgebu…langsung ada idea nak masak sotong untuk hari neh..tapi biasa la ubah suai ikut bahan yang ada kat rumah kita neh kan..bak kat matgebu> derhaka…hehehe

Resepi saya CnP dari blog cikmat..mekaseh la yer mat…
BAHAN-BAHANNYA :-

3 ekor sotong saiz sederhana, cuci bersih potong bulat atau ikut suka
6 tangkai kacang panjang, kerat2 lebih kurang 2 inci setiap satu> saya guna asparagus dan celery
5 biji cili padi merah, diketuk > saya guna cili padi hijau
2 camca besar kicap ikan > saya tak letak..bubuh garam je
1/2 camca teh serbuk kunyit > saya guna kunyit hidup yang ditumbuk halus
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Sedikit garam dan gula
Hirisan daun sup sebagai hiasan
*saya tambah hirisan halia dan potongan cili merah

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Sotong ditoskan kering2, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili padi dan sos tiram, kacau rata.
  2. Tambah sotong dan juga kacang panjang tadi. Masukkan sos ikan, kacau rata dan masak hingga kacang lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika perlu letak sedikit gula dan garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan..


Brokoli Goreng Bawang Putih dan Ikan Bilis

Hari tuh…erkk tak ingat la hari apa…ada la tengok kat blog sapa ntah (tak ingat jugak)…dia tayang brokoli goreng bawang putih…memang saya tengok pic dan resepi sekali lalu..dan tak adalah nak save resepi tuh..so bila nak buat neh..saya pun belasah la buat..main agak-agak je lah..lagi pun memang dah biasa buat goreng gini Cuma tak ada la nak asing goreng bawang putih terlebih dahulu..selalu nya terus je la tumis dengan bawang putih tuh…dan saya tambah ikan bilis yang digoreng garing kemudian tabur atas brokoli bersama bawang putih tuh. 

Brokoli tuh celur dulu sekejap then rendam dalam air ais (sekejap jer supaya kekal warna hijau dia). Saya letak sos tiram sikit…tuh je la resepi hentam saya..kalau nak betul2..anda google la yer…

Orang nak berdiet sesuai bebeno la menu neh...hehehe

24 February 2011

Sambal Tumis Udang dan Petai



Ini lunch hari neh…saya dah malas nak fikir nak masak apa…yang penting cepat dan sedap..resepi korang boleh refer kat sini..sama jer..Cuma yang neh tukar je ikan bilis kepada udang dan tambah petai…siapppp…


Kek Buah

Kek buah neh versi bakar..mudah je nak membuat..ehh mudah ke? Yerla bukan nak kena belah kayu api untuk bakar kek neh…masuk dalam oven je…set time…berdenting je bunyi tros la angkat yer…



Bahan-bahan:-
250gm butter
200 gm gula perang
4 biji telur
260gm tepung gandum
2sdb susu tepung
2sdt baking powder
1sdt esen vanilla
300gm buah campur
1/2 cwn jus oren/ air sunquick
Cara-cara:-
Terlebih dahulu buah campur direndam bersama jus oren semalaman. Kemudian ditapis, jus jgn dibuang
Panas oven> suhu 180C
Pukul butter dan gula perang hingga gebu.
Masukkan telur sebijik2 sampai habis. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi
Tepung diayak bersama baking powder, masukkan kedalam adunan telur.  Kacau
Masukkan separuh je jus tadi. Kacau.
Akhir sekali masukkan buah2an campur dan kacau perlahan2
Tuang kedalam acuan 9x9 dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

*buah campur tuh saya gaul denga sedikit tepung supaya tidak mendap didalam kek.

Kerapu Sweet Sour

Entry tertunda neh…masak hari rabu tapi tak sempat nak boh kat blog.. saya buat kerapu sweet sour neh sebab anak yang no 3 tuh teringin sangat nak makan masakan neh…lama dah tak buat..entah pasaipa tak teringin nak buat..bila dia sebut tuh tros la tak terfikir..yerla lama dah tak buat sweet sour neh..biasa saya guna ikan siakap..tapi kali neh saja la ubah guna kerapu…resepi sendiri main baling2 dan lempar2 hahaha…

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan> saya guna kerapu, dilumur dengan garam kemudian salut dengan tepung jagung dan digoreng
5 tangkai cili kering*}
1biji bwg besar*}   semua yang bertanda *neh dikisar
3 ulas bwg putih*}
Sekeping halia*}
2sdb sos sweet sour/plum
1sdb sos tiram
2sdb sos tomato
Sedikit air
3 keping nanas bulat dalam tin >potong ikut suka
1 biji tomato>dadu
1 biji bawang besar> dadu
Daun sup/bawang
Cili merah> dipotong
1sdb cuka
Garam dan gula

Cara:-
Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan semua sos dan kacau sekejap kemudian masukkan tomato, bawang besar dan nanas
Kemudian masukkan ikan dan kacau sebentar. Tabur daun sup dan daun bawang, cili merah…terus tutup api..dan boleh la dihidangkan

Sosej Puff


Nak balut sosej neh guna roti pratha saja..potong roti tuh kemudian balut la kat sosej..pastu bakar la sekejap (ehh lama jugak dalam 25min)lagi garing lagi sedappp…makan panas2 cicah dengan sos cili dan mayonis…

23 February 2011

Chocolate Layer Cheese Brownies (2)



Sekali lagi buat brownies neh…
Kali neh saya gandakan adunan coklat tuh...yang bahagian cheese tuh saya Cuma tambah 50gm lagi cheese …bahan lain saya tak ubah apa-apa..ooo saya tak letak topping pun kali neh…

Nak resepi ..boleh kesini

Testing...

Testing... tak tau nak letak gambar apa... tetibe terlintas nak upload ni...






...motip Mickey ngan Minnie jadi bahan eksperimen???... hu hu hu hu....

Benda ni boleh je kalau nak buat... cuma nak mengajarnya agak rumit... caranya masih sama macam dulu2... cubalah kaedah trial and error... pasti berjaya... hahahhaa...

Sosej Roll (3)

Ini adalah cubaan kali ketiga..menggunakan resepi yang berbeza..

Verdict? 
Memang marbeles rupanya…2 hari pun masih lembut lagi..ecece…hahaha…sapa nak cuba di alu2kan..tapi seriyes la tak ingat mana ambek resepi neh..Cuma tau sapa empunya resepi…atas tuh aku tabur cheese sket…orang yang telah memakannya kata memang sedap dengan tambahan cheese tuh…

So...aku sangat berpuas hati dengan sosej roll kali ini...

Bun sosej > basic sweet dough
Sumber : Alan Ooi


Bahan A:-

300 g high protein flour
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor

Bahan B:-
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)

Bahan C:-
40 g mentega
Untuk Sapuan
1 biji telur

Inti:-
8 sosej panjang (bahagi 2)
Cili sos
Daun rosmary kering
Cara:-
Cara dengan menggunakan mixer:-
  1. Campurkan bahan A ke dalam mixer dan kacau sehingga sekata. Masukkan bahan B dan pukul hingga terbentuk doh. Campurkan bahan C dan pukul hingga doh licin dan elastik.
  2. Biarkan doh dalam mangkuk. Tutupkan dengan kain yang lembap dan tinggalkan di tempat yang hangat(warm) sehingga 35 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
  3. Setelah naik, bahagikan doh kepada bahagian2 yang seberat 35 g.
  4. Rollkan setiap bahagian kepada bentuk memanjang. Letakkan sosej yang telah dipotong ke atas doh dan gulungkan ia dengan doh.
  5. Susunkan ia ke atas dulang yang telah digris. Rehatkan ia sehingga ia naik dua kali ganda sekali lagi dalam lebih kurang 40 minit.
  6. Sapukan dengan telur yang telah dipukul tadi dan hiaskan dengan cili sos. Taburkan dengan sedikit rosemary.
  7. Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit.

Cara menggunakan Bread Machine:-
  1. Masukkan semua bahan ke dalam pan roti di dalam Bread Machine. Pastikan yis tidak kena garam kerana garam boleh mematikan yis dan roti tidak akan naik dengan baiknya.
  2. Tekan option Dough pada Bread Machine. Biarkan Bread Machine menguli dan doh naik di dalamnya.
  3. Selepas tamat pusingan Dough, keluarkan doh dari Bread Machine dan tumbuk-tumbukkan doh tersebut untuk keluarkan angin.
  4. Kemudian ikut langkah ke 3 dan seterusnya dalam langkah-langkah menggunakan mixer.