Followers

11 December 2010

Kek Lapis Velvet

Salah satu kek lapis yang mudah dibuat. Saya guna asam haw par yang bulat besar tuh...macam duit 50 sen..saya lapiskan di bahagian yang warna merah..kek neh sedap dan sesuai la nama kek lapis velvet..sebab memang velvety pun...Resepi dari rumah ummizaihadi. Tak perasan pulak dari siapa resepi asalnya..Tq

Bahan-bahan:-
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 225 gm gula halus (1cwn rata+2sdb)
  • 220 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil rata baking powder
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan hijau
  • asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.

01 December 2010

Chocolate Chips Muffins


Kalau buat chocolate chips muffins memang guna resepi neh..mesti jadi punya…dah la tuh sedap pulak kan…korang translate la sendiri yer…

source: Nigella Lawson

Ingredients:

250g plain flour
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon bicarbonate soda
2 tablespoons best quality cocoa
175g caster sugar
150g chocolate chips (plus more for sprinkling later)
250ml milk
90ml vegetable oil
1 large egg
1 teaspoon real vanilla extract

How to make:
Preheat the oven to 200C and fill a 12-bun muffin tray with paper cases.
Weigh out the dry ingredients into a large bowl. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug.
Mix both together. It will be a runny batter - then spoon into waiting muffin cases.

05 November 2010

Kek Puding Karamel


Memula tengok kek puding karamel ni kat FB kawan,mah zabri, lepas tu simpan resepi lama la juga...bukan tak teruja nak buat...tapi macam tak confident je..macam-macam yang difikirkan. Paling tak selesa bila fikir adakah cecair karamel tu tak akan bercampur dengan adunan kek bila dimasukkan dalam satu acuan..
Tapi setakat dok fikir je mana nak tau kan...so kena la buat jugak...Alhamdulillah menjadi dan sangat sedap rupanya...kek tu saya marblekan macam dalam pic kat atas tu...memang kena buat lagi ni...tapi kena tunggu rakyat ramai la dulu..sekarang pakat dok asrama..siapa yang nak makan pun nanti...


Saya altered resepi ni sebenarnya..tapi disini saya letak resepi yang sebenar..takut kang bagi resepi altered, korang buat tak menjadi la pula kan..


Bahan-bahan:-
gula hangus> 4sdb gula..
A. lapisan atas caramel
5 biji merah telur
¾ cawan gula pasir halus
1 tin susu cair
1 sudu besar esen vanilla
Kacau semua bahan sehingga sebati
B.
5 biji putih telur
1 camca teh cream of tartar
¾ cawan gula halus
Pukul kesemua bahan sehingga gebu mcm buih sabun
C.
3 biji kuning telur
¾ cawan minyak masak
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan air ais (air sejuk dr peti es tuh)
(Pukul semua skali)


Cara:
Panaskan oven 170c…
1. Buat gula hangus atas peti tin yg hendak dibakar kek tersebut.
2. satukan B dan C, kacau sebati..(masa neh kalau nk marblekan sila bahagi adunan tersebut)
3. tuangkan bahan A kedalam acuan, kemudian bahan B + C tadi.
4. bakar dlm oven yg beralaskan dulang berisi air (baine marie) sehingga  masak. (lebih kurang 45min – 1 jam>depends on your oven la…)

 *nota utk mah zabri :> resepi sapa neh mah?


20 October 2010

Strawberry Cheesecake muffins

Muffins neh sangat sedap sebab selain daripada ada blueberry filling...ada cream cheese jugak...tuh yang buat sedap kot..resepi asal guna buat strawberry..memandangkan tak ada stok strawberry, so ganti la dengan blueberry filling..korang boleh je nak bubuh apa filling pun..janji sodappp...Actually dah lama resepi neh sampai tatau la ambek dari mana, tapi berdasarkan kepada image yang berserta dengan resepi tuh..tertera watermark Baking Cakes Galore. Agaknya tuh la tuan punya resepi...



Neh resepinya..tq kepada empunya resepi...

Ingredients
350g (12 oz) plain flour
1½ tbsp baking powder
150g (5 oz) caster sugar
½ tsp salt
2 eggs
250ml (9 fl oz) milk
75g (3 oz) butter, melted
For The Filling
175g (6 oz) soft cheese + ½ egg (saya guna cream cheese Kraft)
3 tbsp caster sugar
6 small strawberries, halved (saya guna blueberry filling)

Method

Preheat the oven to 200°C/fan oven 180°C/400°F/gas Mark 6.

Sift the flour and baking powder into a large bowl, add the sugar and salt and mix through with a wooden spoon or whisk then leave aside.

In another bowl beat the eggs and milk together, and then stir in the melted butter. Make a well in the dry ingredients and pour in the liquid ingredients, now gently mix, it is quite normal to have a few lumps remaining in the mixture. Do not over mix or the muffins will not be light and airy. Mix the cream cheese and sugar for the filling together in a small bowl. Half fill the muffin cases with the muffin mixture, and then push half a strawberry into each muffin case. Place a teaspoonful of the sweet cream cheese on top, and then finish by spooning over the remaining muffin mixture to cover and fill each muffin case.
Bake in the preheated oven for 15 -20 minutes until well risen and golden on top. Leave to cool for 5 minutes before turning out on a wire rack to finish cooling.

08 October 2010

Kek Lapis Prune


Sebelum neh memang banyak jumpa resepi kek lapis prune dan dan pernah cuba..tapi dah lama..lepas tuh macam tak terasa nak buat dah...sehinggalah pada suatu hari, anak yang sedang belajar di SM Teknik bagi resepi kek kukus lapis prune. Resepi neh diajar oleh guru dia..(anak  saya ambek course Bakery)..dan selepas mencuba , memang la sangat sedap dan pasneh guna resepi neh je la nampaknya…bahan-bahan pun tak banyak dan mudah nak membuat..



Bahan-bahan:- 

250gm butter
200gm gula castor (saya kurangkan kepada 170gm)
250gm tepung  gandum
1sdt baking powder
5 biji telur
1sdt esen vanilla
1cwn susu pekat (saya kurangkan kepada 3/4cwn)
100 gm buah prune > potong2 (saya letak 200gm)
Pewarna merah  dan hijau
Cara:
1.  Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan butter sampai kembang. Masukkan telur satu satu dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau.
5. Bahagikan kepada 2…satu letak pewarna hijau..satu lagi merah dan prune
6.Kukus selapis selapis smpai habis (acuan 9x9, disapu butter n alas kertas minyak)
* setiap lapisan kukus 5 minit
* lapisan yg last skali kukus 20 minit..