Followers

29 September 2011

Lemon Peach Cheesecake


Made this last night...kebetulan ada kwn yang nak order, so buat la sekali untuk diri sendiri...suka dengan texture nya yang creamy dan halus...untuk base tuh saya campurkan biskut digestive dan biskut chocolate chips...neh kebetulan ada kat rumah yang brand Mark & Spencer pemberian adik ku di hari raya baru-baru neh...dah tak de siapa yang nak makan, kita pun buat la untuk base cheese cake..

Untuk yang bertanya resepi di FB, my cousin Zatul and my dear friend, Latifah...sila la salin yer...erkk copy paste jer la kan...cheesecake neh kecil je...guna la springform or acuan  7 inci, saya guna foil case.

Bahan-bahan:-

(base)
7 keping biskut digestive (nak campur dengan choc chips cookies pun bleh)
1-2sdb butter (cairkan)
Filling:-
250gm cream cheese
50gm gula castor
1sdb tepung jagung
1 biji telur
50gm whip cream
1sdt lemon paste
1sdt esen vanilla
canned peaches secukupnya

Cara-cara:-
Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 140C
Biskut digestive dihancurkan (saya letak dalam plastik kendian gelek dgn rolling pin)
Campurkan butter cair kedalam biskut...sebatikan kemudian tekan biskut kedalam bekas springform. 
Letak kan dalam fridge selama 20-30 min.

Sementara tuh sediakan mangkuk dan putar cheese bersama  tepung jagung dan gula sehingga gula hancur. Masukkan  telur, putar sebentar. Kemudian masukkan whip cream , lemon paste dan esen vanilla. Sebatikan. Potong/dadu sebahagian peach dan masukkan kedalam adunan cheese.

Keluarkan base dari fridge, tuangkan adunan cheese keatas base. Hias dengan lebihan peaches atas cheese
Bakar selama 40 min atau sehingga masak

26 September 2011

Banana Cake Muffins

Seriously la tak ingat mana ambek resepi neh...selalu ader je save sekali dengan linknya...tapi entah kali neh tatau plak nape tak de link tuh..

Kalau puan empunya resepi terbaca neh harap leh bagitau saya supaya saya boleh kreditkan disini..
Muffin neh sedap...bertambah2 sedap bila saya letak blueberry filling ditengah2 muffin tuh....kemudian tabur2 je almonds atas muffins tuh...tapi terlupa la plak nak snap pic muffin yang terbelah....


Wet Ingredients:
1 egg
75g sugar
1 tbs condensed milk (or maple syrup)
1 tbs milk (or cream / yoghurt / sour cream)
1 tsp vanilla
1/2 tsp cinnamon
90ml oil
1 banana


the dry ingredients:
125g flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda

1 - Beat egg and sugar till light and creamy. (I just used a balloon whisk, but you can use a mixer if you're in the mood for more washing.)

2 - Add the rest of the wet stuff and mix well.

3 - Combine dry stuff and sift into wet stuff. Fold gently with balloon whisk till just moistened.

4 - Pour into baking pan. Bake at 160 degC for about 20 min, or until a skewer inserted in the middle comes out clean.

25 September 2011

Banana Chocolate Bottom Squares

Lama la plak menyepi diri...harap sesiapa yang masuk sini dan tengok tak berapdet jangan la marah yer dan terimakaseh kerana sudi lagi menjengah sini... macam-macam hal yang mendatang (selain dari malas yang melanda tuh kan)..Masa bulan puasa pun kejap je sempat update..kemudian mak pula tak sehat dan admitted kat hospital for nine day pas raya hari tuh...campur semua jadi la lembab dan lemau nak update..terus tersangkut sampai ke hari ini..harap2 lepas neh dapat la merajinkan diri lagi...

Neh saya buat banana chocolate bottom squares...4 kali buat dalam minggu neh..selain dari bawa ke tempat kerja...bekal anak2 dan juga bawa balik kampung, ziarah mak yang masih lagi tak berapa sihat sepenuhnya..