Neh antara resepi talam yang dah lama saya teringin nak buat....alhamdulillah menjadi elok la jugak, cuma bahagian bawah tuh macam keras sikit...harap2 pasneh kekuih talam yang lain pun menjadi juga..InsyaAllah...saya pun dah seronok nak menalam...kalau tak sebelum2 neh memang fobia sungguh...
Resepi dari Jurnal Bdaria...yang dipanjangkan dari Chef Asma...Bdaria dan Chef Asma memang tak boleh dipisahkan hehehe...saya pun kalau ada kesempatan teringin nak berguru dengan Chef Asma neh...tapi tuh laa...kita neh jauhhh...kalau dekat..InsyaAllah...
Resepi saya CnP dari Bdria...terimakaseh atas perkongsian ini...
Lapisan bawah
Bahan A
200gm tepung beras*
250ml santan pekat*
450ml air*
1 tbsp tepung jagung*
150gm gula caster
1 tsp garam
Bahan B
200gm cendol @ 1 paket kecil< saya letak 250gm
Cara-caranya:-
- Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
- Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
- Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
- Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
- Kukus selama 25 minit
- Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan-bahannya:-
Bahan A
300gm gula merah (saya guna gula melaka+gula merah)
50gm gula castor
500ml air
Bahan B
150gm tepung gandum
3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur
250ml santan pekat
1/2 tsp garam
Cara-caranya:-- Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
- Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
- Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
- Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
- Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit