Followers
30 August 2011
12 August 2011
~~~~
i love adele...
~ sometimes it lasts in love
but sometimes it hurts instead~
>>>tak leh nk transfer pics berbuka td...hukkksss....
10 August 2011
Ramadhan ke 9 ~ Kari Ikan Jenahak, Tumis Bakchoy Cendawan dan Sambal Tempoyak
Neh sebenarnya menu berbuka semalam (9 Ogos)...sangat la tak sempat nak update...bukan la bz sangat pun...tapi lebih kepada tak larat..bila siangnya plak dah tak sempat
Kali neh saya buat kari ikan jenahak dan sayur bakchoy cendawan.pastu tumbuk sambal tempoyak dan ulam timun...kemudian buat jejemput udang..Alhamdulillah kenyang perut memasing..
Hari neh plak depa neh nak makan McD..lagiiiii la senang..balik kerja terus gi situ...take away je..malas nak berbuka diluar..dirumah senang..nak solat semua pun mudah...
Ok..saya letak resepi kari ikan disini
Bahan-bahan:-
2 keping isi ikan > saya guna ikan jenahak
*1bungkus rempah kari ikan > saya guna Adabi
*1" halia
*3 tangkai cili kering
*3 ulas bawang putih
1/2cawan santan pekat +2cawan air
air asam jawa
garam, gula
2 tangkai daun kari
3 ulas biji merah > dihiris
3 ulas bawang putih > dihiris
1sdb halba campur
minyak untuk menumis
kacang bendi
Cara-cara:-
1. Ikan dicuci bersih dan toskan
2. Kisar bahan bertanda *
3. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sampai pecah minyak
4. Masukkan santan dan ikan. Didihkan
5. Masukkan kacang bendi dan didihkan sekali lagi. Tutup api dan boleh la dihidangkan.
08 August 2011
Ramadhan ke7~ Masak Lemak Cili Api Udang Daun Kunyit
Menu berbuka 7Ogos, ringkas sahaja...yang penting mesti berkuah...pastu saya just goreng ayam, tumbuk sambal belacan dan rebus petai..
Kuih pedas tak ada hari neh...saya cuma buat puding roti pic bersos oren..
Bahan-bahan:-
14ekor udang besar
10-15 biji cili padi (ikut suka nak pedas mana)
kunyit hidup
garam
2 asam keping
200ml santan pekat
1cawan air (atau lebih>ikut la nk pekat mana)
2 helai daun kunyit> dicarik2
Cara-cara:-
Kisar cili dan kunyit.
Masukkan semua kedalam periuk dan masak sehingga mendidih
Tutup api dan boleh dihidangkan
Puding Roti Peach Sos Oren
Bahan-bahan:-
1sdb serbuk agar2
21/2cwn air
3/4cwn gula (boleh tambah atau kurangkan ikut kemanisan yang dikehendaki)
11/2cwn susu segar
2 biji kuning telur
sedikit pewarna kuning
sedikit pewarna kuning
2keping roti
1sdb tepung kastad
Buah pic dalam tin
Buah pic dalam tin
Cara-cara:-
Masukkan air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.
Sementara itu carik2 kan roti dan rendam bersama susu, tepung kastad dan telur. Gunakan garfu atau whisker utk hancurkan roti tuh sedikit
Masukkan kedalam periuk berisi agar2 dan didihkan sekali lagi. Tutup api dan tuangkan kedalam acuan.
Sos Oren
1 cwn susu segar
2sdb gula
1sdb tepung kastad
2sdb oren sunquick
Cara-cara:-
Campurkan semua kedalam periuk dan pukul supaya tepung kastad dan gula hancur.
Masak atas api sehingga agak pekat. Tutup api.
Ramadhan ke6~ Asam Pedas Pari dan Karipap Pusing
Asam pedas kali ne tak letak daun kesum pun...dah tak ada...nak masak petang td baru perasan stok tak de...tak kuasa nak keluar pi cari...just letak tomato dan nanas..
Seperti yang saya dah katakan saya nak buat karipap...Alhamdulillah..dapat juga buat...saya buat karipap pusing inti kentang dan ayam. Inti tuh saya cuma blend sedikit cili kering bersama jintan manis, halia dan sedikit lada hitam..saya tak guna rempah kari..inti begini sebenarnya lagi sedap dari guna serbuk kari tuh...
06 August 2011
Blueberry Cheesecake
Ini pun menu berbuka semalam...dah lama tak buat, rasa teringin la pulak...ada lagi 1/4 dalam fridge tuh..boleh buat berbuka hari neh lagi..rasanya macam nak buat karipap je hari neh..tengok la macamana...
Bahan-bahan base:-
70gm butter dicairkan
2sdb gula castor
Cara-cara:-
Campurkan semua dan tekan kedalam acuan spring form. Letak dalam fridge 1/2 jam
Bahan-bahan filling:-
500gm cream cheese
60gm gula castor
3 biji telur
1sdt esen vanilla
1/2 cawan whipping cream
blueberry filling
Cara-cara:-
Pukul cheese bersama gula sehingga gula hancur. Masukkan telur satu persatu sambil mix. Masukkan esen vanilla dan cream. Kacau rata
Tuangkan separuh adunan keatas base tadi. Sudukan blueberry filling atasnya dan guna pisau untuk swirl kan
Tuang baki adunan dan sudukan lagi blueberry filling, swirlkan macam tadi.
Letakkan acuan dalam dulang yang berisi air panas (balut acuan springform tuh dengan aluminium foil terlebih dahulu)
Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 175C dan bakar selama 45-1 jam. Bila dah masak jgn keluarkan lagi kek, just off semua dan buka sedikit pintu oven..biarkan kek dalam oven selama 1jam baru keluarkan dan sejukkan dalam fridge 4 jam baru la hidangkan..
Ramadhan ke5 ~ Nasi Beriani, Kari Tulang dan Acar
Baru la best la sikit menu berbuka saya hari neh berbanding hari yang lepas2...pagi2 lepas hantar anak kesekolah, saya terus ke pasar..dapat la beli tulang rusuk 2kg dan daging 1kg...dua hari lepas saya dah pergi cari tulang tapi tak sempat..dah habis...masa tuh baru jam 8.30 pagi..rupanya kena pergi awal lagi macam tadi...saya dah berkira nak buat kari(gulai) tulang..tulang yang saya beli neh best sebab banyak betul isi2 pada tulang tuh...tak de la tulang semata dengan seciput daging kan...berbaloi betul beli..
Balik rumah saya terus start rebus...amboi lama jugak la...tak pakai pressure cooker...just rebus atas dapur gas je...bila dah empok saya masukkan rempah kari bersama cili kisar dan bawang2 serta halia yg dah dikisar bersama...tapi tak campur santan lagi...masak sampai mendidih lagi...kemudian saya tinggal kan dulu (sebab nak pi kerja la kan) balik kerja baru saya masukkan santan dan tumis daun kari bawang2 serta rempah tumis dan tuang kedalam gulai...pastu baru buat acar nanas, timun dan tomato...untuk dessert plak saya buat blueberry cheesecake...neh buat lepas sahur sebelum tuh...
Nasi beriani saya ambil dari blog CMG..disini...cuma saya tak tambah pn jus oren tuh...so nasi beriani plain la..bukan nasi beriani jus oren...rasa tetap sedap dan mantopp... Acar plak saya campurkan cuka, gula, garam dan sedikit air panas. Kacau2 sebentar untuk hancurkan gula kemudian campurkan kedalam nanas, timun, tomato dan cili merah.
Pics memang serius tak comel sebab siap masak pun tinggal beberapa minit lagi nak makan...ko nak posing2 ke nak buka posa kan...harus la semua dah membising ...so kira tangkap muat je laa...
Saya rajin sikit hari neh...saya letak resepi gulai/kari tulang yer..
Bahan-bahan:-
2kg tulang rusuk> cuci bersih dan rebus sehingga empok
2 bungkus serbuk kari> saya guna 1 adabi dan 1 lagi cap tarbus
1biji bawang besar}
3 ulas bawang putih}
4tangkai cili kering}
halia} dikisar
Bahan tumis:-
2tangkai daun kari
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkih
4 biji bawang merah> dihiris
3 ulas bawang putih> dihiris
minyak untuk menumis
400gm santan
air rebusan daging
3 cwn air
garam
gula
2 asam keping
Cara-cara:-
Masukkan bahan kisar, serbuk kari kedalam periuk bersama, air rebusan daging, cawan air, santan, asam keping, gula dan garam kedalam periuk.Masak semua sehingga mendidih dalam 15min. Tutup api.
Sementara itu, panaskan minyak didalam kuali dan tumis semua bahan2 tumis sehingga kekuningan. Kemudian tuangkan semua kedalam periuk gulai tadi. Kacau sebentar dan tudungkan periuk.
* kalau pekat, boleh tambah air. Santan tuh korang agak la untuk kepekatan yang korang suka...saya memang suka gini...
Saya rajin sikit hari neh...saya letak resepi gulai/kari tulang yer..
Bahan-bahan:-
2kg tulang rusuk> cuci bersih dan rebus sehingga empok
2 bungkus serbuk kari> saya guna 1 adabi dan 1 lagi cap tarbus
1biji bawang besar}
3 ulas bawang putih}
4tangkai cili kering}
halia} dikisar
Bahan tumis:-
2tangkai daun kari
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkih
4 biji bawang merah> dihiris
3 ulas bawang putih> dihiris
minyak untuk menumis
400gm santan
air rebusan daging
3 cwn air
garam
gula
2 asam keping
Cara-cara:-
Masukkan bahan kisar, serbuk kari kedalam periuk bersama, air rebusan daging, cawan air, santan, asam keping, gula dan garam kedalam periuk.Masak semua sehingga mendidih dalam 15min. Tutup api.
Sementara itu, panaskan minyak didalam kuali dan tumis semua bahan2 tumis sehingga kekuningan. Kemudian tuangkan semua kedalam periuk gulai tadi. Kacau sebentar dan tudungkan periuk.
* kalau pekat, boleh tambah air. Santan tuh korang agak la untuk kepekatan yang korang suka...saya memang suka gini...
05 August 2011
Ramadhan ke4~ Sup Ayam dan Roti Gulung Sardin
Saya sempat masak neh ngam2 waktu berbuka...alahai letih la terkocoh-kocoh nak buat semua...saya balik kerja 5.40 ptg, ambil anak dari sekolah lagi...sampai rumah 6.15, kadang2 kalau singgah kedai sampai la dalam 6.30..lepas mandi baru la nak masak...tuh yang start masak 6.40...mana la tak ngam2 waktu berbuka...sudahnya dah tak lalu nak makan...
Semalam saya berbuka dengan roti sardin tuh jer...tuh pun saya buat dalam masa yang singkat...kena juga ada kekuih..kalau nasi je saya tak lalu...tapi sup ayam kena ada sambal kicap cili..baru laju..
Sahur pun depa makan nasi dengan sup ayam tuh je la...
Hari neh, InsyaAllah saya nak buat menu best sikit sebab anak sulung saya balik, yang no 2 je tak...hukkss sedih plak fikir apa la yang dia makan kat hostel tuh...
03 August 2011
Berbuka Hari Kedua
Still not feeling well...so hari neh gi makan kat luar je la...kepala masih weng2...tatau la nak pergi mana...tanya depa neh...hmm...pergi la ke Kenny Rogers..
Kat sini apa lagi...ayam je la kan...saya makan spagetti..ntah tak ingat apa namanya...yang lain makan ayam...pics yang neh je sempat snap pun...ayam tak sedap...hahaha...keras dan liat..spagetti pun kureng jugak...haihh la naseb....
Lepas makan terus la balik...keadaan yang tak best untuk meronda2...muffin dia tuh balik rumah baru makan...tuh pun bila dah kena mekap n touch up sket2 baru laku...hehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)