Ok..i admit...lately neh suka sangat buat roti...pasai pa? pasai suka makan la..haha...kali neh buat garlic roll sebab sekodeng umah kak wan nampak la dia buat garlic roll...ishh tengok bahan2 dia sangat la simple...kire tak byk songeh la kan...
Saya buat satu adunan je..tengok 3 cwn tepung tuh rasa macam banyakkk la kan...buat neh untuk lunch semalam..pasai pagi dah makan nasik lemak bersambalkan sotong...so kunun tamau la makan nasi dah kan...sekali makan roti neh ngan mushroom soup..tudiaaa...habes 3 ketul sekali hadap...
Pastu malam saya buat lagi roti neh ...sebab mak,ayah dan adik saya sekeluarga datang kerumah saya....pun tanak makan nasik...so buat lagi roti neh cicah ngan kacang phool...buat 2 adunan tuh....licin ...alhamdulillah...
Resepi ambil dari blog kak wan...resepi asal dari Puan Suhaina..tq to both of them...best sangat roti neh..
Bahan-bahan:-
3 cawan tepung gandum (K1 guna 2 cwn tpg gandum, 1 cwn tpg roti)< saya pun sama
1 cawan air suam
1 sudu besar yis segera
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula kaster
2 sudu besar minyak zaitun
Garlic spread < saya ikut yang neh juga
50 gm mentega bergaram - suhu bilik
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 pokok daun ketumbar - dicincang halus
1/4 sudu teh garam, K1 tambah
(Satukan semua bahan, gaul rata)
Susu sejat / kuning telur secukupnya untuk sapuan
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan kecuali minyak di dalam mangkuk pengadun, putar dengan speed perlahan hingga bergaul rata. Masukkan minyak dan uli sehingga mendapat doh yang elastik. Keluarkan doh, bulatkan, sapu sedikit minyak pada doh hingga rata. Tutup dengan bekas / plastik dan rehatkan 30 minit sehingga mengembang.
2. Kempiskan doh, bahagikan kepada 2 bahagian, timbang sama berat.
3. Gelek doh 1/2 inci tebal empat segi memanjang. Sapukan 1 sudu besar garlic spread di atasnya dan gulung pada bahagian memanjang. Potong doh kepada 4 bahagian.
5. Buat yang sama pada doh yang kedua, potong kepada 4 bahagian dan menjadi 8 kepingan doh.
6. Atur di dalam loyang atau bekas yang telah digris, tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan selama 30 minit sehingga mengembang sekali ganda lagi.
7. Sapu permukaan doh dengan susu sejat dan baki garlic spread hingga rata. Taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka
8. Bakar 20 min atau sehingga roti kuning keemasan, suhu 180C
2 comments:
as-salam
sedapnye garlic roll..npk gebu..
salam ady...bkn nmpk je gebu...rasa pun...lembut sgt lak tuh
Post a Comment