Followers

09 February 2012

Laksam

 
Menu during the Thaipusam baru neh...lambat sikit nak masuk blog...tuh pun patutnya lambat banyak...haha...dasar pemalas...tapi dek kerana dah berjanji dengan sahabat ku Rifina (penyumbang resepi kuih serimuka yang lazat dan berkrim iteww)...maka dengan rela hati ku update la jugak blog neh...tuh la sapa suruh hang tayang kat FB...hahaha...

Resepi laksam neh saya ambek dari Myresepi(ada pengubahsuaian sedikit dari asal)..kuahnya pula hasil kombinasi dan ikut sedap sendiri ....berkurun lamanya..ada la kot dalam 5 tahun dah neh...tapi yang buat pun baru 3 kali...mujur la mak cakap teringin nak makan laksam...maka boleh la anak beradak cucu semua merasa...kalau tak..jangan harap la...tuh pun gila punya lama nak buat laksam tuh...lebih 2 jam mengukus...yerla dah adunan pun didabelkan..harus la lama....

Ok la...untuk Pn Rifina dan sesiapa yang teringin nak merasa laksam hasil tangan sendiri..boleh la try resepi neh...

Bahan-bahan:-
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
1sdb tepung ubi< saya tambah
4cwn air suam < saya tambah lagi 1/2 cwn
sedikit garam<saya tambah
minyak untuk melengser tudung periuk


Cara-cara:-
Panaskan periuk kukus
Campur semua kecuali minyak dan kacau guna whisk supaya sebati
Lengserkan tudung periuk dengan sedikit minyak
sendukkan adunan keatas tudung periuk tadi dan kukus sebentar...jangan kukus lama yer...kalau tak nanti laksam tuh macam keras sikit.
gulung dan potong laksam dengan gunting atau pisau yang tajam

Bahan-bahan untuk kuah:-
1 kg ikan kembung/selayang < rebus dengan sedikit garam dan asam keping
11/2 liter santan pekat > saya guna santan kotak
1-2sdb lada hitam
1 inci halia
5 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
kiub pati ikan bilis
garam
gula
asam keping
air untuk kisar isi ikan secukupnya

Ulam> timun, taugeh, kacang panjang, limau kasturi, daun kesum < tak ltk takde stok
sambal belacan> cili merah, cili padi, belacan, garam, gula

Cara-cara membuat kuah:-
Asingkan isi ikan dari tulang kemudian kisar. 
kisar bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam. 
Masukkan kesemua bahan kisar dan santan kedalam periuk.
Tambah air jika perlu
Bila mendidih masukkan garam gula dan serbuk/ kiub ikan bilis. Didihkan sekali lagi dan boleh la ditutup api dan dihidangkan

3 comments:

zarin said...

dah dekat 10 tahun kot i tk buat laksam sendiri hihi rasanya dah lupa kot resepi laksam tuh! now lagilah malas nk wat sendiri sbb dah jumpa satu kedai kelantan jual laksam sedap ;-)

cik cek said...

Bestnya kalau dapat buat sendiri kan...tak penah buat sendiri pun...nak makan p beli...he he..:)

mala said...

salam mak qis, suka makan laksam. hari tu beli manis tak blh nak telan...