Followers

05 January 2011

Chocolate Layer Cheese Brownies


Brownies kukus lapis cheese ni memang sedap sangat-sangat..moist dan lembut..resepinya saya combine resepi-resepi kek coklat...akhirnya dapat satu campuran yang best...asal resepi brownies ni dari blog maklang, tapi dia guna brownies mix..saya pula tak ada, sebab tu kena cari resepi lain la..kemudian kukus selapis-selapis...sekejap je nak buat walaupun nampak macam renyah je kan. 

ADUNAN COKLAT
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 tsp baking powder
  • 1tsp soda bikarbonat
  • ½ cwn serbuk koko
  • 1/2cwn minyak
  • 2 tsp vanilla
  • 1/2cawan susu > saya guna susu cair
  • 1/2cwn air panas
  • 2 biji telur grade A
  • 1sdt chocolate emulco
  • 1sdt coffee emulco (kalau tak ada, letak je Nescafe + air panas kat atas tu)

    ADUNAN INTI CHEESE 
  • 250g cream cheese 
  • 60g gula castor 
  • 1 biji telur gred A 
  • 25ml air

    CARA  
  • Pukul gula dan telur sampai agak kembang.
  • Masukkan esen vanilla,minyak dan susu.
  • masukkan tepung, bikarbonat dan baking powder.gaul sebati
  • lastly skali masukkan choc emulco, coffee emulco dan air panas

    untuk inti cheese
    campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang kemudian,masukkan telur..pukul lagi. Last skali bubuh air..pukul sekejap.

    Cara melapis
  • masukkan separuh adunan coklat dalam acuan yg dah dialas dgn kertas minyak.
  • kukus selama 15 minit(atau sehingga masak)
  • masukkan pula inti cheese tu..dan kukus selama 15 minit lg(atau sehingga masak)
  • masukkan baki adunan coklat dan kukus selama 20 minit..(atau sehingga masak)

04 January 2011

Butter Cake With Chocolate Chips


Hajat di hati nak buat kek butter plain je..tapi ada request nak taruk chocolate chips dalamnya...so layan je la kan...resepi sendiri yang dah berpuluh tahun simpan dan guna...nanti boleh cuba resepi orang lain pula..

Bahan-bahan:-
250gm butter
200gm gula castor
280gm tepung gandum
1sdt baking powder
2sdb susu tepung
4 biji telur
1/2 cwn susu >saya guna susu cair
1sdt esen vanilla
1/2 cwn chocolate chips 
Cara:-
  1. Pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu
  2. Masukkan telur sebiji-sebiji sampai habis dan esen vanilla.Pukul sebati
  3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder, susu tepung berselang seli dengan susu cair.
  4. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kacau perlahan-lahan adunan tu.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah digris dan bakar sehingga masak didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C..atau ikut la kepanasan oven masing-masing.


03 January 2011

Roll Nutella


Gulungan dan sapuan nutella adalah sangat tidak kemas..sepatutnya kena simpan dulu dalam fridge sejam dua selepas digulung, baru potong..tak ada la nutella tuh nak sememeh macam pic kat atas tuh kan...apa pn roll neh sangat la sedap...yerla nutella neh makan dengan roti je pun sedap dah...makan saja gitu lagiiii sedap..hehehe..
Resepi dari FP Rinnchan...tq
Bahan-bahan:-
 
 25g air sejuk ( dari peti ais)
60g tepung jagung
185g gula caster
100g tepung gandum
30g ovelette
1 sudu teh baking powder
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
100g mentega cair
1 botol Nutella

Cara-cara:-

Acuan untuk kek gulung 8X8 atau 10x10in
(Alaskan loyang dengan kertas kek. Sapukan sekililingnya dengan mentega dan taburkan sedikit tepung)

Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan Nutella. Pukul dengan high speed sehingga menjadi putih dan gebu. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi sehingga kembang. Bahagi ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut kegemaran anda. Masukkan adunan ini kedalam piping bag berasingan dan picitkan adunan ini keatas loyang . Berjalur2 mengikut susunan warna yang anda minati. Ratakan. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160 darjah. Ketuhar hendak lah di panaskan dahulu sekurang2 nya 30minit sebelum digunakan.

Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sehingga ia sejuk. Keluarkan dari acuan dan buangkan kertas nya lalu sapukan permukaannya dengan Nutella sehingga rata. Kemudian gulung dengan cermat. Bungkus dengan kertas kek atau plastic wrap. Simpan didalam peti sejuk.

Apabila hendak dihidangkan, keluarkan dan dipotong bulat2.

01 January 2011

Kerabu Mangga



Saya guna mangga epal untuk buat kerabu neh..cik ani bini abg jem bagi...hahaha...besar2 buah mangga tuh...buat 2 bijik je dapat sebanyak dalam pic atas neh..buat stail kerabu mangga thai. First time saya makan kerabu mangga masa pergi Betong, Thailand bertahun2 dahulu ooo sangat sedap..dia sprinkle dengan sotong bergula atas kerabu tuh...saya tak bubuh pun sebab tak ada..so resepi neh versi saya yang simple…

Bahan-bahan:-

2 biji mangga epal, disagat
5biji cili api, potong kecik2
1 biji bawang besar, dihiris
kacang tanah> goreng >saya guna gajus
ikan bilis>digoreng
nampla
gula
air asam limau (neh kalau buah mangga tak cukup masam)

Cara buat....tak kan tak tau kot...campur dan gaulkan je la semuanya...

11 December 2010

Kek Lapis Velvet

Salah satu kek lapis yang mudah dibuat. Saya guna asam haw par yang bulat besar tuh...macam duit 50 sen..saya lapiskan di bahagian yang warna merah..kek neh sedap dan sesuai la nama kek lapis velvet..sebab memang velvety pun...Resepi dari rumah ummizaihadi. Tak perasan pulak dari siapa resepi asalnya..Tq

Bahan-bahan:-
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 225 gm gula halus (1cwn rata+2sdb)
  • 220 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil rata baking powder
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan hijau
  • asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.

01 December 2010

Chocolate Chips Muffins


Kalau buat chocolate chips muffins memang guna resepi neh..mesti jadi punya…dah la tuh sedap pulak kan…korang translate la sendiri yer…

source: Nigella Lawson

Ingredients:

250g plain flour
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon bicarbonate soda
2 tablespoons best quality cocoa
175g caster sugar
150g chocolate chips (plus more for sprinkling later)
250ml milk
90ml vegetable oil
1 large egg
1 teaspoon real vanilla extract

How to make:
Preheat the oven to 200C and fill a 12-bun muffin tray with paper cases.
Weigh out the dry ingredients into a large bowl. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug.
Mix both together. It will be a runny batter - then spoon into waiting muffin cases.