Followers

21 March 2011

Kek Gula Hangus

Kek gula hangus neh diambil dari Resepi Diana, kek gula hangus Puan Halimah, dah banyak kali buat..cuma utk tahun neh..baru neh la saya buat..ada orang yang suka sangat makan..so saya buatkan la...
Kek neh sedap dan tak manis sangat..saya suka la gini..lagi satu seperti biasa..derhaka tuh mesti ada...hahaha...neh bukan sebab apa..sebab stok susu pekat tinggal sikit, so saya campur la dengan dulce de leche...hahaha..semua ko nak taruk menda alah tuh kan..dah ada..boh je la..hehehe...tapi memang sedap...tak ada la nak ubah rasa jadi pelik ke apa...so sesiapa yang masih ada stok dulce de leche tuh..sila la try..saya ada 21/2 tin lagi..tuh yang kemain semua nak dibubuhnya...

Projek ddl saya pasneh mesti la brownies..tak kisah la brownies Ayu atau Love..dedua pun mengancam tak hengat2...haihh...dok taip entry neh pun saya terkenang2 brownies depa...

KEK GULA HANGUS PUAN HALIMAH

Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat> saya letak 1/2 cwn susu pekat dan 1/2 cwn dulce de leche
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya
Pukul telur sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mix hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanilla.
Last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

20 March 2011

Kek Gulung Kasih

Hajat di hati nak la buat brownies yang kat umah love tuh,tgk pics je pun dah drooling kemain lagi neh...tapi apa kan daya rupanya stok cream cheese dah habis...punya la tak perasan..tak pe nanti nak restock semula..selalu saya beli 2kg cream cheese philadelphia tuh.. sebab tuh saya dok rasa macam ada lagi...rupanya saya lupa hari tuh masa balik kampung saya bawak balik cream cheese tuh...maklum la kat kampung susah nak cari cream cheese neh..
Jadinya saya pun beralih arah la..buat kek gulung kasih..menggulung la pulak kan...senang sangat la buat kek gulung DJ neh...haihhh DJ tuh buat apa pun cantik je hasilnya...saya nak tunjuk rupa kek saya kat sini pun segan..hahaha...pasrah je la...dah memang tuh je yang termampu...
Btw, saya guna blueberry filling sebagai sapuan dalam kek tuh...pastu saya rasa kek saya neh ada macam-macam rasa dan bau..sebab untuk warna plain tuh saya letak esen vanilla. Yang hijau saya letak esen pandan, pink pulak campur dengan strawberry emulco yang yang kuning tuh lemon emulco..haaa..gasakla macam-macam rasa yang ada..masa bake tadi semerbak je bau nya...
Kepada Puan DJ...terimakaseh bebanyak yer...puas hati buat kek gulung neh walaupun hasilnya tak seberapa dan..dan.. sikittt...hehehe...kena buat dua adunan la lain kali...

Resepi saya CnP dari blog DJ...mekaseh sekali lagi yerr...

Bahan-bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 

Kuzi Ayam


Dah lama saya tak buat kuzi ayam neh. Kali terakhir masa sambut harijadi anak saya bongsu 2 tahun lepas..masa tuh dia darjah 6, sekarang dah form 2 pun…entah macamana teringat pula nak buat hari neh. Sebenarnya saya berkira2 nak buat roti puri untuk cicah dengan kuzi ayam petang neh..tatau la jadi ke tak..

Untuk makan tengahari saya buat nasi minyak hujan panas. Kuzi ayam neh kena letak badam dan kismis tetapi memandangkan anak-anak tak suka ada benda2 neh dalam lauk pauk maka saya pun tak la bubuh..kalau letak pun buat rugi je..semua depa buang atau letak dalam pinggan saya…sayaaaa jugak yang kena makan…

Lagi satu, saya tak guna rempah kuzi..dulu2 masa nak buat susah sangat nak jumpak rempah ready made neh. Kat sebelah pantai timur senang la  nak cari sebab kuzi neh memang asal dari sana kan.. resepi neh saya terjumpa kat forum/internet…tapi tak ingat la siapa yang bagi sebenarnya..kalau tuan punya resepi terbaca neh…saya ucapkan ribuan terimakasih sebab resepi anda sangat sedap.

Okla sesiapa yang nak mencuba boleh la ambek resepi dibawah neh..ooo by the way..warna kuzi ayam neh merah yer..maklum la saya pakai camera henfon yang cikai neh so warna merah tuh tak jelas sangat..

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam - dilumur dgn bawang putih dan saffron yg telah ditumbuk bersama > digoreng separuh masak (bahagian luar je agak garing)

 Bahan A  (dikisar)
7 biji cengkih
7 biji buah pelaga
1 sudu teh lada hitam
1bunga lawang
2 inci kayu manis
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
1 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B

3 bawang besar di potong dadu
100 gm badam dipotong panjang(digoreng)
100gm  kismis (digoreng)
1 tin kecil tomato puri
1cwn susu cair
1/2 cwn air
2sdb susu pekat
2 sdb minyak sapi
garam dan asam jawa secukup rasa

Cara-cara:-
Campur separuh bahan A yang dikisar kedalam ayam yang telah digoreng. Perap sebentar.
Panaskan 2 senduk minyak goreng ayam tadi, campur kan dengan 2sdb minyak sapi. Tumis bawang besar sampai layu, separuh bahan kisar dan masukkan  badam , kismis serta tomato puri. Biar pecah minyak baru masukkan kesemua ayam yang diperap sebentar tadi bersama air.
Kacau perlahan-lahan. Masukkan susu cair, susu pekat, garam dan asam jawa. Masak dengan api sederhana sehingga kuah masak dan pekat.

19 March 2011

Puding Roti Dulce de Leche Berkaramel



Dah ramai blogger masakan yang buat puding neh..saya la yang ketinggalan sikit..saya dok teringin nak makan puding caramel yang biasa tuh…tapi  tadi ternampak la puding neh kat rumah DJ..cantik DJ buat.. sebelum tuh ada intai jugak kat rumah hasue ... tengok dalam peti ais ada beberapa keping roti yang tak habis dimakan, so apa lagi…teros la dengan projek neh.
Cuma saya ada la altered sikit…susu pekat yang ¾ cawan tuh saya kurangkan sikit dan tambah dulce de leche bagi cukup ¾ cwn. Saya letak ½ cwn susu pekat dan ¼ cwn ddl..sebab tuh saya tukar sikit namanya.. 

Dan saya tambah secubit garam..dan saya pun guna kaedah baine marie sama dengan hasue. Bakar guna suhu 175C selama 50min.Resepi saya kopipes dari hasue..asal dari rosaliza..Tq everybody..

Bahan2nya

~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis> saya letak 1/2 cwn susu pekat +1/4 cwn dulce de leche
~esen vanilla

Cara- cara
Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus..kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blend bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak..



Kari Ikan Utara

Tengahari pula buat kari ikan utara dan sup sayur. Kari ikan tuh saya boleh plak terlupa nak taruk bendi, padahal dah siap cuci dan potong pun..yerla masa tengah masak tadi ada call…sambil mengacau kari saya dok sembang..dah mendidih lama tuh terus saya padamkan api…bila nak hidangkan, baru saya perasan yang bendi tuh terlupa nak masukkan sekali…huhh…tak pe la..goreng je la bendi tuh nanti..

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan
1 bungkus serbuk kari ikan > saya guna ½ cap tarbus dan ½ cap adabi, dibancuh dengan ½ cwn air
*1biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*5tangkai cili kering
3 biji bawang merah> dihiris
3 biji bawang putih>dihiris
1sdb halba campur
2 tangkai daun kari
Air asam jawa
1cwn air +1/2 cwn santan pekat
Bendi atau terung
garam

Cara:-
Bersihkan ikan dengan asam dan garam. Toskan
Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dihiris, halba campur dan daun kari sampai kekuningan
Masukkan rempah kari dan masak sehingga naik baru/ garing
Masukkan air asam jawa.
Masukkan ikan dan santan. Bila kuah dah mendidih masukkan bendi dan garam. Biar mendidih sekali lagi baru dipadamkan api.

Nasi Goreng Belacan


Menu breakfast pagi tadi…malas betul rasa nak apdet blog…tapi nak kena transfer pics jugak..so bila dah transfer terus je la masukkan kat blog. Neh nasi goreng belacan…ala tumbuk je sambal belacan pastu tumis la..kalau nak boh ikan bilis pun boleh…saya tak letak apa2, makan dengan telur goreng, lettuce dan keropok. Kat rumah neh, telur  tuh kena goreng betul2..kalau kuning tuh cair2 atau separuh masak…konfem la tak laku..depa tak lalu nak makan…

Bahan-bahan:-

3 mangkuk nasi
3 biji cili merah
5 biji cili padi
belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa, kiub ikan bilis
Minyak untuk menumis

Cara:-
Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan sampai lumat. Masukkan bawang, tumbuk lagi..agak2 la nak halus ke kasar.saya suka kasar2 sket.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sampai agak garing. Masukkan garam dan kiub ikan bilis. Garam jangan byk sebab kiub pun dah masin. Kacau sebentar baru masukkan nasi. Kacau semua sampai sebati dalam 7-8min..boleh la padamkan api..