Followers

05 April 2011

Oatmeal Jam Squares

Oatmeal Jam Squares neh memang resepi yang selalu saya buat..sejak dari belum blogging lagi…Saya tak ingat mana la saya dapat resepi neh…yang pasti dari website omputeh..tapi tatau link yang sebenar2nya..sebab dulu2 tak pernah terfikir nak berblog pun..simpan resepi untuk rujukan sendiri..

Apa pun kalau tuan punya resepi baca disini, saya ucapkan terimakasih atas resepi yang sedap neh (hahaha…mcm la omputeh tuh nak baca blog I kan)..Walau bagaimana pun..ada ler saya derhaka here and there..maklum la bila selalu buat..kita boleh agak apa yang nak dikurangkan  dan apa yang boleh ditambah untuk menyedapkan lagi sesuatu masakan tuh..yang paling penting..gula tuh kena kurang..

So resepi yang tertera disini adalah pengubahsuaian @penderhakaan from the original recipe..hehehe…

Bahan-bahan:-
1 cwn butter
¾ cwn gula perang
1 ¾ tepung
¾ sdt soda bikarbonat
2 cwn rolled oats (saya panggang sekejap )

½ cwn kelapa kering
½ cwn badam cincang dipanggang(atau apa jenis nuts pun boleh)
¾ cwn jem, sebarang perasa yang disukai

Cara-cara:-
1. panaskan oven 200C. sapu butter pada loyang 10x10 inci
2. krim butter dan gula dalam mangkuk. Dalam bekas yang lain, satukan tepung, soda, oats, kelapa kering dan badam. masukkan kedalam adunan butter. Kacau sebati
3.bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan kedalam loyang sebagai base. Tekan perlahan2 dan ratakan.
4. sapukan jam rata2 diatas base tuh dan kemudian masukkan lebihan adunan atas jem (tabur2 atas jam) kemudian tekan perlahan2 bagi rata sikit.
5. bakar selama 30 min atau sehingga keemasan(saya bakar 30min api atas bwh, 10 min api bawah shj)
> bergantung kepada oven masing2
6. sejukkan kemudian boleh la dipotong square

Roti Putih Madu Harum Vanila

Banyak betul entry saya yang masih lagi tertunggak…kena letak jugak semua nanti..pelan2…kalau malas masuk draft dulu…yang penting semua kena boh jugak dalam blog…kalau tak rugi je sakan mengambek gambo..walaupun gambar yang diambil tuh tak de la sehebat mana…guna pun camera phone je…

Saya memang malas betul nak guna camera…ntah apa sebab pun tatau…lagipun hasil dr digicam neh lebih kurang je dengan camera phone…pakai fon lagi senang nak transfer hehehe…ckp orang malas…


Roti/ bun neh saya buat pagi semalam… setelah skodeng di rumah izah…dah lama ambek resepi neh…sejak izah tayang kat blog dia la…tuan punya asal…siapa lagi kalau bukan tokey roti si ros tuh… kalau guna resepi dari ros..memang tak pernah fail la…cukup semua..

Seperti biasa roti saya mesti berinti..dan atas permintaan, letak lagi dulce de leche sebagai inti..hehehe maklum la stok masih ada tuh..tapi dah tinggal 1 ½ tin…hukksss…neh brownies love dan ayu belum buat lagi…tak pe..pelan2 kayuh..
Roti neh sangat lembut dan gebu…saya memang buat satu adunan, dapat 16 ketul…

Terimakasih kepada izah yang mencetus keinginan untuk meroti…dan juga terimakasih kepada ros untuk resepi yang sangat best neh…

Seperti biasa..saya CnP sahaja resepi
( kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwich dan 1 acuan petak 18cm> saya buat bun kecik2)

Bahan-bahannya ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk glis pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan> saya pn guna jenama yang sama)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila

* untuk glis dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukkan dalam acuan sandwich loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, glis permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

03 April 2011

Apam Strawberry


Petang neh teringin plak nak buat apam, lagipun memang anak yang bongsu tuh dok sebuk nak makan apam…lama dah tak buat…sebelum2 neh tengok orang lain buat…tak de la rasa teringin…walaupun  dah ada save  beberapa jenis apam…

Apam neh jumpa kat rumah Paty…kemudian masa BW tadi ternampak plak kat blog nshafeareen. Saya ubahsuai sikit sebab saya tak ada tepung naik sendiri, so saya guna tepung gandum + sdt baking powder. Cara membuat pun saya ubahsuai sedikit. Mujur la jadi dan elok je naiknya..apam pun gebu..


Walaupun saya guna strawberry emulco, saya tak la pula guna jem strawberry sebagai inti, sebaliknya saya letak blueberry fruity. Neh lebih kurang macam blueberry filling la…Cuma dia tak ada buah blueberry.  Blueberry fruity neh memang ada dijual di Bakery.

Sesiapa nak tengok original recipe sila ke Paty's Kitchen
Bahan-bahan:-
2 biji telur
1 cawan gula
1 sdt ovallete
2 sdt paste strawberry
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri > saya guna tpg gandum + 1sdt bp
Jem strawberry > saya guna blueberry fruity
pewarna merah


Cara-cara:-

-Panaskan pengukus
-Pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang dan berwarna putih.
-Masukkan paste strawberry dan pewarna merah. Pukul sebentar
-Masukkan susu segar dan gaul dengan sebati
-Masukkan tepung dan sebatikan
-Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukkan sedikit jem strawberry dan masukkan lagi adunan ke atas jem tadi hingga penuh.
- Kukus selama 10 - 15 minit.

02 April 2011

Cottage Pie

Ada juga yang panggil shepherd’s pie…sama je la dari segi pembuatan..kecuali sheperd’s pie sepatutnya menggunakan mince lamb..kalau guna meat/daging dipanggil cottage pies…haaa…tak kisah la..janji tekak boleh telan…anak2 semua suka pie neh…termasuk la anak saudara nunn di Trengganu dan adik saya di Penang sana…




Hari neh buat sbb anak no 2 nak balik semula ke asrama..esok sekolah (Kedah sekolah hari Ahad)…boleh balik pun 2 minggu sekali..so layan je la permintaan nak makan apa pun (yang mana mak depa reti buat je laa)



Keluar je dari oven..huhh semua pakat laju mencedok…tak sempat tunggu sejuk sikit…kejap je tinggal separuh…Alhamdulillah…kenyang dah…

Resepi sendiri punya…

Bahan-bahan:-

400gm daging cincang
3sdb sos pasta> saya guna sos bolognaise
1 biji bawang besar didadu
1 cawan frozen mix vege
2 biji tomato didadu
1sdt oregano
1sdt rosemary
Garam
1sdb sos tiram
Serbuk lada hitam
1 ½ cwn air atau stok
Sedikit minyak
Keju cheddar dan mozarella

Bahan Kisar:-
4 tangkai cili kering
*1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih

Bahan Kentang Putar (mashed potatoes)
5 biji kentang> dipotong
¼ cwn butter (lembutkan)
¾ cwn susu

Cara-cara:-
1. panaskan oven 200C. sediakan mangkuk atau bekas untuk bakar pie
2. ubi kentang direbus sehingga lembut. Tapis dan lenyek. Masukkan butter dan susu. Sebatikan.
3. masukkan daging ke dalam kuali dan kacau atas api sederhana sampai daging hampir masak.
4. masukkan minyak dan tumis bawang besar. Kacau bawang bersama daging
5. masukkan bahan kisar, sos pasta, sos tiram, garam dan rempah2. Kacau sebentar
6.tuangkan air atau stok. Biarkan sehingga hampir kering baru masukkan vege dan tomato..kacau dan tutup api.
7. masukkan inti daging kedalam bekas. Ratakan. Tutup bahagian daging dengan kentang putar dan tabur cheese
8. bakar 25min atau sehingga masak (cheese jadi cair dan brownish)


01 April 2011

Chocolate Banana Bottom Squares

Verdict > adalah sangat scrumptious ini bars…hmm…tatau nak ckp macamana…tapi sangat puas hati sebab sedap…dah la tuh senang nak buat…mula dulu jumpak kat blog ayu…pastu bila blog walking tengok ramai la yang membuatnya…rima, anie…sangat2 menggoda bila tengok rupa bars/squares neh…so tak dapat menahan diri untuk buat …

Selain dari chocolate chips..saya juga tabur almond nibs…sedapnyaaa..sampai rasa menyesal sebab tak buat terlebih awal..hehe…tak pe la..tercapai jua hajat …

CnP from anie
Source : caketree.sg


Ingredients
1/2 cup butter
1 cup sugar ( saya letak 3/4 cup)
1 egg
1 teaspoon vanilla
1 1/2 cups mashed banana (saya guna 2cwn)
1 1/2 cups flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1/4 cup baking cocoa
1 cup chocolate chips

Instructions: 
1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well.
3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips.
4. Bake at 350 degrees for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares


Udang Goreng Kunyit

Udang goreng kunyit neh memang resepi simple sangat2..tak payah nak susah2 fikir nak letak apa…yang penting ada kunyit..hehe…dah nama pun udang goreng kunyit kan…

Jom check resepi…

Bahan-bahan:-
300 gm udang
½ biji bawang besar potong bulat/separa bulat
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah
Sedikit serbuk kunyit
Garam
Sedikit minyak untuk menumis
Daun sup/bawang dihiris


Cara:-
Gaul udang dengan kunyit dan garam
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga keperangan
Masukkan udang, goreng sebentar dan masukkan bawang besar
Akhir sekali masukkan cili2 yang telah dihiris. Tutup api dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang