Followers

04 May 2011

Ikan Goreng Sambal Tempoyak


Menu hari neh adalah hasil membelek blog Pn Ummi Zaihadi...kat sana banyak resepi yang berasaskan ikan...so tak perlu nak susah2 google..klik je blog beliau dan kutip la apa resepi yang kita nak cuba

Boleh tahan sedapnya...harum bau cili dan tempoyak tuh...cili padi tuh saya letak dalam 15biji..sebab stok ada sebanyak itu sahaja...kemudian saya tambah dengan 4 biji cili besar...yang lain sama sahaja...tak ada ubah apa2 dah...sedap dan secukup rasa..

Resepi asal dari CMG..dan saya CnP dari blog Kak Ummi. Thanks to both of them for sharing the recipe.

Bahan-bahan:-



·                     3 ekor ikan kembong hijau 
·                     1 helai daun kunyit, hiris halus
·                     2 batang serai, hiris serong, kasar
·                     5 biji bawang merah*
·                     1 biji kecil bawang besar*
·                     2 ulas bawang putih*
·                     1 inci kunyit hidup*
·                     25 biji cili padi siam merah*
·                     1 camca besar penuh tempoyak
·                     3 keping asam gelugor
·                     Garam dan gula secukup rasa
·                     1 cawan air



Cara Membuat:-

1.Ikan disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan.
2. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum,.
4.    Masukkan tempoyak, kacau dan tuang air.
5.  Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
6. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

03 May 2011

Congo Bars

Orang lain dah lama buat bars neh..saya je baru nak menyebuk diri buat la neh...tak pe la..better late than never...bleh? However ada la tweak resepi neh sket..especially the amount of sugar...gila banyak kalau ikut resepi asal..tak tercapai dek akal betapa manisnya kalau letak 1lb which equivalent to about 453gm of sugar...arghhhh kencing manis terus neh...hehehe...so saya just letak 250gm sahaja..andddd...i think this is sweet enough to my taste bud...kawan2 yang makan pun cakap  manis dah..couldn't imagine if letak 453gm tuh...but next time kalau buat lagi saya nak letak 200gm sahaja...

Lagi satu saya guna chopped dark chocolate sama dengan Ayu (ooo by the way i took this recipe from her blog) dan tak guna pecan, saya letak almond and cashew nuts

Resepi asal dari Rima. Thanks to both Ayu and Rima..
Ingredients:-

2 3/4 cup all purpose flour-(315g)
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened-(150g)
1 lb. light brown sugar(453g) - (Ayu used 300g)> saya letak 250gm
3 eggs
1 teaspoon vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips(326g) - saya letak 320gm chopped dark chocolate
1 cup chopped pecans (optional)> saya letak almond+cashew nuts

By mixer:
Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.

By hand:-(Ayu just use this method) > saya guna method ini juga
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.
Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish> saya guna 10x10 pan
Bake at 170 degree for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.

Kari Ayam Yogurt Tumis Darat

Neh menu lunch tadi (termasuk la dinner) tapi siang tadi saya tak sempat nak letak dalam blog...malas nak mengedit pics pun yer jugak...bila memalam gini la baru rasa lapang nak update blog...

Kari ayam neh saya letak kerisek juga, saja saya gantikan dengan yogurt...nak kurangkan masakan bersantan (esok guna santan plak...hehehe). Tumis darat neh saya ikut stail mak yang suka sangat buat gulai (sebelah utara sebut kari neh gulai) dengan tumis darat..tapi biasanya dia buat gulai ayam atau daging atau tulang dengan nangka muda memang la dia tumis darat. Dah saya tak de nangka muda...saya guna kentang saja la...lepas tuh saya tabur2 cili padi hijau dan merah...sebab malas nak buat sambal belacan..so nanti depa makan patah2 kan je la cili tuh dalam nasi. Lepas tuh saya rebus telur masin...hari neh tak de sayur mayur la...

Bahan-bahan:- 
1/2 ekor ayam> potong dan cuci bersih
*1bungkus serbuk kari cap adabi
*1 biji bawang besar
* 3ulas bwg putih
*1 inci halia
*3 tangkai cili kering
1biji ubi kentang > dipotong
3sdb yogurt
21/2 cwn air
1sdt asam jawa adabi
1sdb kerisek
4 ulas bawang merah > dihiris
2 ulas bawang putih > hiris
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
garam
gula
minyak untuk menumis

Cara-cara:-
1. Kisar bahan bertanda * 
2. Masukkan bahan kisar, ayam, kentang dan 2 cwn air ke dalam periuk. Masak sehingga ubi dan ayam empuk.
4. Masukkan yogurt, kerisek,1/2 cwn air , garam, gula dan asam jawa. Perlahankan api. Biar mendidih
3. Sementara itu, panaskan minyak didalam kuali dan tumis bawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan daun kari hingga kekuningan. Tutup api dan tuangkan semua kedalam kari tadi. Kacau sebentar dan padamkan api. Tutup periuk gulai dengan tudung periuk supaya aroma tumisan tadi tidak keluar.

*kalau pekat boleh tambah air.


02 May 2011

Pizza Gebu

Malam neh makan pizza jer....tuh pun dah kenyang...dah nk tido pun makan berat2 lagi kan...resepi jumpa kat blog ros...tapi dia pun ambek dari blog cmg..so saya kopipes je la...malas nak tulis panjang2...esok memasing dah nak gi sekolah dan kerja..sakan cuti 3 hari kan..dah lemau la...

Topping pizza suka hati la nak taruk apa pun...saya boh je apa ada dalam fridge tuh...sos dia pulak saya guna sos pasta...tabur bell pepper dan mozarella cheese....lemak lemak lemak...hukksss....pagi esok kena gi jogging la...


Bahan-bahan:-
  • 300 g tepung gandum
  • 6 g instat yeast
  • 20 g mentega
  • 10 g gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional)
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air
  • Sedikit tepung untuk ditabur



Cara-cara:-
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus gaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

 *saya letak semua dalam BM dan ikut instructions
*saya tak letak bread improver

01 May 2011

Durian Cream Puff

Resepi neh dari Rima...memula macam teragak2 nak buat..bkn sebab tak lalu...tapi takut termakan banyak...terrr...la kunun....at last memang makan banyak pun,..sedappp sangat...satu adunan memang dapat banyak la...

Then the durian pastry cream tuh...huhh really yummy...by the way i halved the pastry recipe...banyak weii kalau buat satu adunan tuh...buat separuh memang ngam2 untuk semua puff..jangan la pulak sumbat banyak2 dalam seketoi puff tuh plak...

Lagi satu...walaupun rima ada ckp kalau tak nak letak whip cream pun tak pe kan...i suggest u all letak la...sangat sedap bila campur dengan cream yer...

Saya CnP resepi Rima..tq


Ingredients:-
125 g water
125 g milk
100 g butter
1/4 teaspoon salt
150g flour
5 eggs

Method:-
1. Sift flour on paper.
2.Place water, milk, butter and salt in a pot and heat until butter melts and the mixture starts to boil.
3. Remove from heat and pour in all the flour while continu beating.
4. Put back on the stove and mix until the dough forms a ball and leaves the side of the pot.
5. Remove the pot and pour the dough into a mixing bowl. Using a beater start beating the dough for 2 minutes.
6. Add eggs one at a time making sure thoroughly mixed. Dough should be soft and shiny.
7. Place into piping bag and pipe into shapes.
8. Bake in a preheated oven 180C until it's golden brown.

Durian pastry cream


Ingredients:-
125g durian flesh (next time I'll use 200g)> saya letak 100gm utk separuh adunan

3ooml milk
110g sugar
40g corn flour
1 egg yolk
1/4 teaspoon salt
1 cup whipping cream- whip until soft peaks form (Omit if ur looking after ur waistline lol)

Method
1. Blend durian flesh and milk
2. Add in sugar and salt - place it in a pan
3. Heat the milk/durian until it starts to boil. Add in corn flour and continue to stir.
4. Add in egg yolk and continue to stir using a whisk until small bubble appear. Cook for another 2 minutes. Remove and pour into another container and cover with cling film. Cool down and chill for 2 hours.
6. Once cold fold in the whipping cream. Place in fridge until ready to use.

Grilled Chilli Flakes Chicken



Sempena Cuti Hari Pekerja neh....kita tak payah makan nasi...bosan jap makan nasi untuk satu hari...esok makan semula..hahaha...sebenarnya bukan bosan makan....tapi bosan nak masak lauk iringan tuh je...tanya depa neh...dijawabnya masak apa pun tak pe...kasi la idea sama kan...baru la best...

So yang neh idea saya je la...tau2 semua pakat suka pun tak ada nasi hari neh..bagus..bagus...ayam neh saya panggang simple je...janji sedap...kita yang buat dia...kita boh la apa yang nak pun kan...pastu makan dengan sayur-sayur rebus dan mentah dan mashed potatoes dengan blackpepper  gravy....sudahhhh....

Kenyang perut dok diam jap...sat lagi lapaq boleh makan puff...ooo saya buat puff juga tadi...

Ok meh la check resepi saya neh...

1 ekor ayam > potong 4 dan dicuci bersih
*3sdb chilli flakes
*2 ulas bwg putih> ditumbuk 
*1 inci halia > ditumbuk
* 1sdb sos tiram
*1sdb gula perang
*1sdt minyak bijan
*2sdb rempah kurma
garam

Cara-cara:-
ayam yang telah dicuci td dikelar2 sedikit
campurkan semua bahan bertanda * dan gaul pada ayam.
Perap ayam setengah jam
Bakar ayam selama 35 min atau hingga masak dgn suhu 200C