Followers

18 March 2011

Pandan Cranberries Bun



Ternampak bun neh kat blog mamafami..so try la buat..nama asal pandan raisins bread tapi saya tak ada stok raisins..so ganti dengan cranberries…lagipun saya lagi suka cranberries neh dari raisins…seperti mamafami saya pun tabur kelapa kering atas bun tuh..


Tadi saya dah rasa…lembut, gebu dan sedap..Cuma saya rasa macam kurang manis. Sesiapa yang nak cuba boleh la tambahkan sikit lagi gula tuh..dan lagi satu esen pandan tuh saya  letak 4 titik..memang tak berapa bau pandan nya…saya pun tak berapa reti nak agak banyak mana nak letak..tetapi bun memang sedap…buat minum petang..cicah teh ‘o’ panas..masyukk…dah la hujan kat tempat saya neh…


Resepi ambil dari blog mamafami..seperti biasa saya CnP je. Terimakasih mamafami…

PANDAN RAISINS BREAD 
Source : Chef Khoo See Yew 

Ingredients : 
A : 
350g high protein flour 
5g milk powder 
2.5g bread improver 

B : 
50g castor sugar 
1/2 teaspoon salt 
30g egg > saya letak 1/2 biji telur
200g cold water 
6g instant yeast 
few drops pandan essence 
green food coloring 
20g santan powder > saya letak 50gm

C : 
30g butter 
150g raisins (soak for 1 hour, drained) 
Method : 

1. Combine all B and add in A. 
2. When it forms almost a dough, add in butter and knead till it forms soft and smooth dough. Add in soaked raisins, mix well. 
3. Cover and prove for 30 minutes. 
4. Divide into 50g each and arrange in a baking tray. 
5. After the dough had doubled the size, brush with egg wash and sprinkle some dessicated coconut on top. 
6. Bake in a preheated oven at 180 C for 20 to 25 minutes or till golden brown. 


Sotong Paprik



Tengahari tadi macam tak ada idea nak masak apa…lemau je sebab asik hujan..(sebenarnya memang macam malas nak masak sejak balik dari kampung neh).

Saya ada la beli sotong, mula ingat nak goreng kunyit saja..tapi kensel bile teringat lama tak makan sotong paprik. Saya tak letak kacang panjang sebab tak ada stok..yer la mana ada plan nak buat paprika pun..bahan-bahan guna apa yang ada dalam fridge je la.




So saya buat sotong paprika , resepi ambil dari rumah Noreen.

Bahan-bahan:
3 camb minyak
3 ekor sotong yg besar - dipotong bulat
1 biji bawangbesar - dihiris berbaji
1 batang serai - dititik
3-4 biji cili padi - dititik
2 helai daun limau purut
2 batang kacang panjang - dihiris 2cm> saya tak letak. ganti dgn 2btg celery
sayur jagung - dipotong memanjang
1/2 carot - dihiris memanjang
100-120 ml air
1 camt gula
sedikit garam

Bahan sos:
2 camb sos tomato
3 camb sos cili
1 camb sos tiram
1 camt kicap pekat
sedikit sos ikan

cara:

  • panaskan 1 camb minyak, masukkan sotong dan kacau hingga kering airnya. angkat
  • panaskan baki minyak, tumis bawang besar, serai dan daun limau purut hingga wangi
  • masukkan bahan sos dan kacau hingga pekat
  • bubuh carot, sayur jagung, kacang panjang, gula dan garam serta sedikit air
  • bila sayur empuk, masukkan sotong dan kacau rata
  • masak selama 2 min kemudian angkat

17 March 2011

Bun Inti Dulce De Leche

Pagi neh saya buat bun berintikan dulce de leche…maklum la dah ada kan..4 tin plak tuh..hahaha…macam2 projek boleh buat neh…ehh lupa la nk tanya…dulce de leche tuh boleh tahan lama mana yer? Tin yang belum dibuka boleh ke disimpan dalam peti ais? Atau letak di luar dalam suhu bilik pun dah ok?


Hari neh last saya masak2 and baking untuk parents saya…dah nak balik ke rumah sendiri…Adik saya pun dah bertolak pagi tadi ke Trengganu…tak sempat anak2 saudara saya nak merasa bun dulce saya sebab masih dalam oven lagi masa tuh..lenkali la yer…
Saya guna resepi Bun Lembut Osaka dari Ros@jintanmanis. Saya dah pernah buat bun/roll guna resepi neh…Bun neh memang lembut sangat…saya isi dalam 1 ½ sdt dulce de leche didalam bun tuh…ayah dan mak saya suka sangat..
Bila dah siap tuh, saya buat bun kosong pula sebab ayah saya cakap nanti dia nak makan cicah dengan air kopi atau teh saja..ok la…tahan la bun tuh dalam sehari dua neh …


Saya letak resepi sekali lagi disini, CnP dari blog ros..tq ros

Bun Lembut Osaka
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan ( Untuk Doh)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
Water roux:-
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux:-
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

Dulce De Leche


Akhirnyaaaaa…berjaya juga saya membuat dulce de leche…..berkat membaca blog kawan-kawan yang telah membuatnya serta berkat kata perangsang mereka..terutamanya Puan AyuBabe itewww…hehehe…thanks ayu…sebenarnya tengok resepi dan pics masakan dari dulce de leche dia yang buat saya semakin tak dapat menahan diri untuk join operasi dulce ini…hehehe…mana tak nya dengan kek dia dengan brownies dia (yang neh memang bleh buat tekanan perasaan…hehehe)

Malam tadi saya gi jugak cari susu pekat manis…memula saya pergi kedai runcit biasa je…2 kedai saya singgah tapi tak ada yang jual susu pekat, semuanya jual krimmer manis..dah baca review kengkawan..kalau guna krimmer tak jadi elok… kemudian saya pergi ke pasaraya dekat je dengan rumah mak saya neh (ooo saya masih di kampung, jap lagi nak balik )..nasib baik la ada…saya beli 4 tin dan buat dulce de leche kesemua sekali…haa..gasak la ko nak perabih guna semua…tak  pe…intai2 rumah member blog, banyak resepi leh ambek tuh…

Saya  rebus guna pressure cooker…kejap je..ikut kata ayu dan yang lelain tuh…45min atau 1 jam…saya buat 45min je…Alhamdulillah menjadi jugak…dalam takut2 tuh…hehehe..takut tin meletup laa….



11 March 2011

WAN MAMUANG ~ Thai Coconut Mango Jello Dessert


Pagi-pagi tadi lepas kemas rumah terus saya buat pudding neh..jap je dah keras…saya tak letak dalam peti sejuk pun…ada la saya alter sket setelah baca review beberapa blogger yang dah membuatnya..saya kurangkan serbuk agar-agar utk top layer tuh (tapi yang neh saya jadikan bottom layer)..pastu saya tambah 4sdb gula

Puding neh sedap terutama bila tergigit mangga yang kita potong2 letak dalam tuh…tapi saya rasa 250ml mango puree tuh kalau tambah lagi sket lagi ngam rasa dia…mungkin dalam 300ml gitu…
Apa pun terimakaseh kepada tuan punya resepi yer..saya CnP je neh…


WAN MAMUANG ~ Thai Coconut Mango Jello Dessert
source : Yat Maria

Bottom layer  
1T plain agar-agar powder ( T = tablespoon)
375ml water
50g sugar
250ml coconut cream
250ml mango puree

Top layer
1 T plain agar2 powder> saya letak 1/2sdb shj
375ml water
1t pandan essence
60ml mango puree
pinch of salt
*saya tambah 4 sdb gula

Method
Bottom layer -
Bring to a boil on a slow fire all ingredients except mango puree. Stir often
When sugar has dissolve, remove from fire & set aside to cool halfway. Add mango puree & mix well.
Pour mixture into mould 3/4 full. Chill in fridge for 20 mins (I didnt - just left it room temp to semi set before I add the top layer...works fine for me)

Top layer-
Bring to a boil on medium fire all ingredients except mango puree. Stir often. Add pinch of salt. Stir mango puree.
Pour carefully & slowly onto semi set bottom layer. Allow to cool at room temp & chill thereafter in fridge till set firmly.
You may add mango slices in top layer for added variety.

Asam Rebus@Asam Pedas Utara


Anak2 saya suka makan asam rebus neh..sebelah utara kami panggil asam pedas…anak2 saya cakap ikan masak kuah laksa…hentam je la..janji korang makan..sebenarnya semalam saya dah buat masakan neh…tapi tak sempat nak menempek kat dalam blog…hari neh depa mintak lagi…layan je la…tapi guna ikan lain2…semalam guna ikan plata..hari neh ikan nyok2 plak..belen hat buat asam pedas hari tuh ada lagi…

Pastu saya goreng ikan terubuk masin, kawan bagi semalam dan tumbuk sambal belacan..ooo sangat masyukkk...hehehe

Bahan- bahan:-

4 keping isi ikan/ atau ikan apa je la
*5 tangkai cili kering
*5 biji cili padi
*1 biji bwg besar
*2 ulas bwg putih
*Belacan
1 biji terung bulat, 5 biji bendi
1 biji tomato> dipotong
Garam, serbuk perasa (optional)
3 keping asam keping
Air secukupnya
Daun kesum
Serai dititik
Bunga kantan> saya tak letak, tak de stok

Cara-cara:-
Kisar semua bahan bertanda *, jangan halus sgt..kasar2 sket
Masukkan kedalam periuk bersama semua bahan yang lain…rebus sampai semuanya masak/ lembut.