Followers

17 June 2011

Milky Butter Buns


Lama dah tak meroti....saja la bagi BM tuh berehat dulu...dia pun lengoh dah dok mengguli roti non stop...milky butter buns neh adalah adaptasi dari beberapa resepi bun...langsung jadi milky butter buns...hahaha...apa pun roti menjadi dan sangat lembut dan gebu...dah mula la nak start enjin meroti ajer neh...

Saya namakan milky butter buns sebab dalam tuh saya letak inti butter campur dengan icing sugar...filling neh saya ambil dari sini...yang roti tuh saya adun resepi sendiri...agak2 la sebab dah memang selalu buat roti...so dah tau la jugak banyak mana sesuatu bahan patut kita bubuh..

Bahan-bahan:-

260gm tepung roti
30 gm susu tepung
11/2 sdt yis
50gm gula
sedikit garam
20gm butter
1/2 biji telur> dipukul, separuh lagi simpan untuk glis atas roti
80gm air

water roux:-
125ml air
2sdb tepung roti
* masak atas api perlahan sehingga agak kental, sejukkan

Cara-cara:-
Masukkan semua kedalam breadmaker ikut instructions memasing...
Keluarkan dan tumbuk2 doh kemudian bahagikan kepada 16, setiap satu seberat lebih kurang 33gm, isikan filling butter dan letakkan dalam bekas yang telah disapu butter. Biarkan roti naek sekali ganda, lebih kurang 45min-1 jam. Sapu telur yang dicampur sedikit susu keatas roti dan taburkan gula. Bakar 20-25 min dengan suhu 170C atau sehingga roti keperangan.

Filling:-
70gm butter
2sdb gula aising
* campur kesemua dan letakkan didalam peti sejuk sebentar. Tujuannya supaya senang untuk diletakkan didalam roti (tak sememeh la roti tuh nanti)

Nasi Lemak Pandan dan Sambal Paru



Teringin pula nak rasa nasi lemak pandan...selalu dok tengok orang lain je yang tayang..(depa pun dah lama buat...saya neh memanjang jer lambat..)..Seawal 7 pagi tadi saya dah prepare semua bahan..padahal nak buat untuk  lunch ...daun pandan je yang macam tak berapa nak cukup...hahaha...kemain nak buat nasi lemak daun pandan....tapi daunnya tak cukup plak...so nasi tak berapa nak hijau la...saya pun tambah beberapa titik pewarna hijau...daun pandan tadi 5 helai la saya blend untuk dapatkan airnya...tapi entah pesal..pucat jer...

Kali neh nasi lemak pandan dipadukan dengan sambal paru...kalau kat tempat saya  panggil kelempong...minggu lepas rasanya tengok zarin ada masak paru...haishhh..terlioq jer...pergi pasar hari tuh dapat la juga paru tuh...pastu seperti biasa ada ikan bilis goreng, kacang goreng dan telur..kali neh depa nak telur yg digoreng plak...timun je tak de..

Paru tuh saya rebus dulu baru digoreng garing dan dibuat sambal...ada sesetengah orang tak goreng dah...lepas rebus terus buat sambal..ikut citarasa memasing la kan...

Resepi nasi lemak adalah sendiri punya

Bahan-bahan:-

3cwn beras > dicuci
1cwn air pandan
11/2cwn santan pekat
1cwn air
halba
halia dihiris
3 biji bawang merah dihiris
garam

Cara-cara:-
campur semua, masukkan kedalam rice cooker dan masak la seperti memasak nasi lemak biasa

Sambal Tumis Paru

Bahan-bahan:-
1/2 kg paru> dicuci bersih,direbus dan digoreng
*20 tangkai cili kering
*2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 inci belacan
air asam jawa
1/2 cwn air
1 biji bawang besar dipotong bulat @separuh bulat< saya tak letak pun..
garam, gula dan serbuk perasa (optional)
minyak untuk menumis

Cara-cara:-
Kisar semua bahan bertanda *
Panaskan minyak  dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan wangi
Masukkan paru, garam, gula, air, air asam jawa dan serbuk perasa
Masak sehingga agak pekat dan boleh la ditutup api.

16 June 2011

Banana Caramel Cake


 Atas tuh nama sebenar dia..kalau anda letak caramel....tapi saya tak letak pun...so make do with just banana cake....hahaha...recipe from home kreation...tak letak caramel pun dah cukup manisnya..untuk gula tuh saya ikut along punya resepi, dia letak 11/2..

Pastu choc chips tuh saya letak separuh, another half saya letak chocolate rice...then saya tambah 1 cwn raisins.. Tetibe my daughter yang tak suka letak raisin dalam cake or bread..bukan main lagi makan banyak dan cakap sedap letak menda alah tuh..pulak dahhh...pastu dalam resepi suh letak walnut...saya plak tabur2 je sunflower seeds...kek adalah moist...so jgn risau kalau tak letak caramel pun...

Tq to alongroz@homekreation for the scrumptious banana cake...


INGREDIENTS:
2 cups All-purpose Flour*
1/2 tsp Salt*
1 tsp Baking Soda* (* sift together) 
* saya tambah 1/2sdt baking powder
3 large Eggs
1¼ cup Veg Oil
1½ cup Sugar (HomeKreation: reduced fr 1¾ cup)> saya letak 11/2 cwn gula perang 
1 tsp Vanilla Essence
¾ cup Walnuts - chopped coarsely 
3 oz Choc Chips / Chopped Choc
3 Ripe bananas - mashed> saya guna 5biji pisang emas=1cwn 


CARAMEL:
½ cup Brown Sugar
2 tbsp Milk
4 tbsp Butter
- Prepare this 10 min before the cake is cooked.
- Boil for 5 min

METHOD:
1. Combine egg, oil & sugar & beat medium speed 2-3min.
Add in VE & mix 30 seconds.
With low speed, add in flour mixture bit by bit.
Lastly, fold in walnuts, choc chips & bananas.

2. Pour into buttered/floured tube pan.
Bake at 180C for 50 min.

3. Once the cake is out of the oven, poke holes all over the cake with a skewer.
Immediately pour the caramel over the cake, stopping every now and then to let the caramel sink in. 
If the caramel pools in spots, poke more holes to allow it to sink in.
Let the cake cool in the pan before unmold it.

Daging Kicap Berkerisek

 
Pepagi buta tadi dah online...bukannya apa...nak cari resepi yang belum pernah dibuat lagi...ada daging dan dah dikeluarkan dari fridge sesiap..thawed dulu sementara nak cari resepi...elok plak dyg jack menayang menu neh pula...apa lagi terus la study and saved...ada semua bahan...

Saya buat 1/2 kg sahaja...tapi tak de la saya separuhkan kesemua bahan...ada yang tertentu sahaja saya halved kan..yerla ikut citarasa dan rasa yang kita nak dan suka...lagi satu...saya tak sempat la nak perap sampai semalaman...dah dayang pun baru je letak pagi neh kan...dalam sejam gitu jer...tuh pun dah sedap..

Untuk dayang...terimakaseh banyak2...sedapppp...dah rasa dah tadi...

Resepi CnP sahaja dari blog beliau...nak tengok versi dayang boleh la ke sini

bahan-bahan :
  • 1 kilo daging (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 1-2 sudu besar biji lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • kicap manis/masin secukupnya
  • rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
  • 1-2 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • air asam jawa secukupnya
  • garam dan gula
  • 2-3 sudu makan kerisik
  • air secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
Cara-cara :
  1. Satukan daging bersama kicap pekat, lada hitam dan separuh daripada bahan kisar. Gaul-gaulkan sebati dan peraplah selama 1 jam atau semalaman. 
  2. Sediakan minyak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging yang sudah diperap tadi. Kacau sebati. Apabila sudah hampir kering, masukkan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan kicap manis/masin secukupnya, garam, gula kerisik dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
  5. Setelah daging empuk serta kuahnya hampir pekat, tutuplah api. Biarkan ia merenih seketika.
  6. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi beriani. 

15 June 2011

Acar Telur Masin



Memang hari neh kerjanya menyelongkar dapur si ayu tuh je....hahaha...mintak maaf yer ayu...tak per...awak punya dapur bersih berkilat2...tuh kita suka nak masuk...asal resepi acar telur masin neh dari blog kak wan (citarasawan)...nampak semasa mengambil resepi gulai jantung pisang...apa lagi...telur masin pun sedang elok ada tuh...walaupun 3 biji jer...boleh je nak buat kan...bukan ramai pun kat rumah neh...cukup la banyak tuh

Neh la first time buat acar telur masin...sedap...suka sangat sebab rasa masam pedas dan masin dari telur masin tuh blended secukupnya....saya tambah hirisan cili merah dan padi...nyum2.. lagi umphh...

Sekali lagi terimakasih kepada ayu...dan kak wan....ayu..nanti kita gi selongkar lagi yer...banyak lagi tuh..hehehe...


Bahan-bahan:- 
4 biji telur masin direbus dan di potong 4
3 sudu makan cuka
1 sudu makan gula halus
1 tangkai cili hijau di hiris> saya tambah cili merah dan cili padi
1/2 labu bawang besar (merah) di hiris


Cara-cara :
Telur masin yang di potong di susun di dalam pinggan.  Gaulkan cuka makan bersama gula hingga gula larut.  Masukkan cili hijau dan bawang besar, gaul rata dan tuangkan ke atas telur masin.

Gulai Jantung Pisang


Hari neh memang bercita2 nak masak lauk neh...semalam dah tengok kat blog ayu...rupanya dia masak gulai tuh tahun lepas lagi...baru tahun neh dia nk tayang....hahaha...naseb baek la dia letak jugak kat blog....boleh la saya try hari neh...

Pagi tadi pergi cari udang kat pasar...ehh jantung pisang pn...dapat la jantung pisah nipah..tempoyak pun ada...apa lagi...meggulai la hari neh...resepi asal dari CMG...ehh dua hari berturut2 neh cilok resepi dari rumah mat....terimakseh la yer mat...

Resepi saya CnP dari blog ayu...tq to both ayu and cmg


Bahan-Bahannya :-)
1 biji jantung pisang nipah
10 - 15 ekor udang sederhana besar
2 batang serai, dititik
1 camca besar tempoyak (optional)
5 biji limau kasturi, perah jusnya
1 cawan pati santan
1 genggam cili padi (boleh kurangkan)*
2 inci kunyit hidup*
1 camca teh garam*(*ditumbuk hingga lumat)
Sedikit air

Cara membuatnya :-)


  1. Kupas jantung pisang sampai jumpa bahagian cerah dan lembut. Belah 6 dan celur 3 minit, toskan. Bersihkan udang, lumur garam dan biar 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam belanga, masukkan udang, bahan2 tumbuk, tempoyak dan sedikit air (anggaran 3/4 cawan) gaul rata dan masukkan jantung, didihkan. Tuang pati santan dan masak hingga jantung pisang lembut.
  3. Rasa dan jika kurang masin tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan masak sekejap.