Followers

08 January 2012

Glutinous Flour Gelatinesed Bread With Beef and Potato Filling

 
Amboiii tajuk....tak bleh blah punya panjang...nak buat macamana...dah mmg tuh tajuk asal dia...tak bleh la kita nak cipta atau reka len....nanti kena saman....gelatinesed tuh sama la istilah dia dgn water roux tuh...cuma kali neh kita guna tepung pulut campur sket tepung high protein...tuh yang jadi glutinous...sbb guna tepung pulut...intinya pulak ikut suka tuan2 dan puan2 la..nka letak sweet boleh..savoury lagiii boleh...saya letak inti daging dan kentang....

Hasil dia....marbeles....lembutttt...so tak payah cakap banyak...meh kita tengok resepi...ehh lupa plak...resepi diambil dari kristygourmet...

Ingredients for glutinous flour gelatinesed:-
4 tbsp glutinous rice flour 

6 tbsp water 
3/4 cup bread flour 

Method : 
(1) combine glutinous rice flour and water, mix well. 
(2) heat the mixture over low heat until thicken, off the heat immediately once the mixture started to thicken and keep stirring until it turns gluey. 
(3) stir in flour gradually and mix to form a dough. 
(4) then leave to cool before adding into the main ingredients




Ingredients of Main Dough : 

(A) 
2 eggs, beaten 
1/2 cup water 
2 tspn honey 

(B) 
1 tbsp yeast 
5 tbsp sugar 
1/2 tspn salt 
4 tbsp milk powder 
2-1/2 cup bread flour 

(C) 
40gm cold butter, cubed 
1 tbsp corn oil 

Method : 
(1) combine ingredients (A) & gelatinised dough pieces into ingredients (B), mix to form a soft dough. 
(2) then add in ingredients (C) and knead till the side of mixing bowl is clean. 
(3) leave the dough to rest for an hour or untill double in size. 
(4) punch to knead out the air and must be handle with care cause the dough is pretty sticky. Dust on extra flour if needed. 
(5) then divide dough into 20 equal portion and fill with any desired filling 
(6) sealed and place them to a 5x9" tray with butter coating. 
(7) again let to rest for another one hour or untill double it's size. 
(8) brush on egg glazing and sprinkle the top with sesame seeds. < tak glaze ngan eggs pn dan x sprinkle apa2
(9) bake at preheated oven 175-180'C for about 20 mins or untill golden brown. 
(10) leave to cool complete before serving.

>> spt biasa, saya guna BM...

03 January 2012

Chocolate Chips and Strawberry Muffins


Sempena tahun baru yang molia ini..mari la kita update blog yang dah lama sejuk beku...kalau takat suam2 kuku...gagah la lagi kan...neh dah kategori beku..kena la kasi cair sikit...

Neh chocolate chips muffins sbnrnya resepi nigella chocolate chips...tapi saja la letak strawberry nk kasi sedap sket...ala x letak pn mmg dah sedap...

Nak resepi boleh kesini.. (ader lagi tuh ceciri kemalasan...)

01 January 2012

2012

Selamat Tahun Baru untuk semua sahabat bloggers, rakan2 fb dan semua yang mengenali diriku.. (ceyy mcm ucapan raya le plak)..utk mereka yg bertanya bila saya nk update blog dan fb dgn resepi dan gambar masakan....sabar yer kawan2...hahaha...gua bz memanjang neh...


Semoga kedatangan tahun yang baru ini menjadikan kita insan yang lebih cemerlang dalam apa jua yang kita laku kan...InsyaAllah...

06 December 2011

Pumpkin Spice Donuts


Ada lagi tuh belen2 labu....semalam lepas buat kuih talam tuh...saya kupas semua labu yang ada tuh (ala beli pn separuh biji..tapi pesal banyak lagi neh..) dan rebus...then simpan dalam fridge....hajat nak buat apam masih belum kesampaian...hehehe...teringin nak buat donat labu bakar neh sebab baru teringat ada acuan donat yang dah berkurun beli kat Puchong dulu...erkkk.bila yer...hmm...haaa..bln 6 hari tuh...dah 6 bln jugak la kan....dok jer berehat dia lam kabinet tuh...so sekarang kita bawak keluar and test buat donat labu neh...



Walaupun saya tak letak semua rempah ratus according to the recipe, just letak cinnamon saja..tetap juga sedap...lembut dan gebu...pasneh nanti boleh try guna pisang pulak...atau donat plain saja...comel2 pula bila keluar dari acuan tuh...senang kerja...tak perlu nak uli dan bulat2 kan...just bancuh dan paipkan kedalam acuan dia...

Resepi saya ambil dari blueeyedbakers...saya tak guna acuan yang kecil/mini tapi ukuran biasa yang sedang tuh..so dapat dalam 16 biji saja...



Makes 24 mini donuts
For Donuts:
1 3/4 cups flour
1 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
1 teaspoon cinnamon
1/2 teaspoon nutmeg
1/2 teaspoon allspice
1/8 teaspoons ground cloves
1/3 cup vegetable oil
1/2 cup brown sugar
1 egg
1 1/2 teaspoon vanilla extract
3/4 cup canned pumpkin
1/2 cup milk

For Coating:
1/2 cup butter, melted
2/3 cup sugar
3 tablespoons cinnamon

Preheat oven 350 F.  Butter a mini donut pan and set aside.

In a bowl, mix flour, baking powder, salt and spices together and set aside.

In a large bowl (or the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment) whisk together oil, brown sugar, egg, vanilla, pumpkin and milk until combined. Slowly add the dry ingredients into the mixture and stir until just combined, careful not to over mix.

Using a pastry bag or a steady hand and a spoon, fill each donut cup with the batter.  The donut cups should be fairly full, but not overflowing. Bake for 8-9 minutes, until donuts spring back when gently pressed (if you're using a larger donut pan, allow them to bake for 12-15 minutes).  Turn donuts out onto a wire rack and allow to cool for a few minutes.<< i baked for 20minutes

While the donuts are cooling, melt butter in one bowl and combine the sugar and cinnamon in another.  When donuts are still hot (but not too hot to touch), quickly dip each donut in melted butter, then coat in the cinnamon-sugar mixture.  Serve immediately.

*Note: If you're not going to serve the donuts immediately, you can bake them up to a day in advance and store them in an airtight container.  Do not coat them in the butter/cinnamon-sugar mixture until just before serving or they may get soggy.

Kuih Talam Labu

 
Bebaru neh ada beli labu..kalau ikut perasaan semasa membeli tuh ialah nak buat apam....2 hari jugak la labu tuh dok dalam peti ais....semalam baru keluarkan....pastu saja la surf internet nak cari resepi2 labu yang lain....dahhh terjumpa resepi serimuka labu dan talam labu...hahaha...mula la hati tuh berbelah bagi kan...akhirnya capai keputusan dan buat talam labu....dalam hati dok berharap jadi la talam neh....

Saya jumpa resepi di blog mamasya...review kat situ katanya talam neh lembek sedikit tapi sedap...saya gamble je la buat jugak sebab tengok rupa pun macam dah sedappp....hahaha...terliur la tuh...resepi asal ialah dari kak Hanieliza...

Alhamdulillah kuih talam labu saya neh mencapai tahap kualiti yang saya nak....sedappp sangat..cuma rasa menyesal sebab tak lebihkan sukatan labu tuh...kalau letak 2 cwn mungkin lagi sedap...tuh pun saya dah derhaka letak 11/2 cawan...next time saya akan lebihkan labu tuh..verdictnya> perghh memang sedap, lembut dan cukup semua lemak manis nyer...tak de la lembek sgt...lembut jer....
Saya CnP resepi dari blog mamasya...tq dear..
Bahan-bahan:-

Lapisan bawah - [labu ]

1 cawan labu [di parut]< saya letak 11/2 cwn
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam< saya guna 11/2cwn santan kotak+11/2cwn air
beberapa titik pewarna oren < saya tambah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras< saya letak 1/2cwn tpg beras+1/2 cwn tpg gandum+2sdb tpg jagung
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]< saya guna 2cwn santan kotak +1cwn air
1 s/k garam sikit
pewarna hijau


Cara-cara:-
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.


Kari Ikan Salmon Ala India

 
saya dah pernah buat dan letak resepi  neh kat blog...pas2 tuh memang guna resepi neh jer kalau nak buat kari ikan...sedap sangat....kali neh saya guna ikan salmon dan kepala dia...baru neh ada meeting kat Ipoh...abes tuh saya sesaja jenjalan kat JJ....pergi bahagian sushi,...nak le beli sushi...dah plih2 tuh...saya ternampak la pulak kepala ikan sushi neh...dan ada isi jugak...murah giler...tertera kat pack tuh promotion item..apa lagi...rembat la satu pack..then pergi bahagian ikan2...tambah lagi beli 2 keping salmon fillet...memang dalam hati dok berhajat nak buat kari ikan salmon....hohh sungguh la sangat sedap hehehe...

Resepi dari blog CM...tq Mat..


BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka-(guna ikan salmon)
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus > saya ganti 5 tangkai cili kering)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (saya guna rempah "babas"+ “adabi" + "hafana
BAHAN2 TUMIS:
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari 
BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak-(x letak)
  • 3 biji tomato, dibelah dua 
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)-
  • Garam, gula dan serbuk perasa (saya tak letak serbuk perasa)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus (tak letak)
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2. 
*saya terlupa letak halba campur tuh..huksss..tapiiii tetap sedapppp....