Followers

23 February 2011

Sosej Roll (3)

Ini adalah cubaan kali ketiga..menggunakan resepi yang berbeza..

Verdict? 
Memang marbeles rupanya…2 hari pun masih lembut lagi..ecece…hahaha…sapa nak cuba di alu2kan..tapi seriyes la tak ingat mana ambek resepi neh..Cuma tau sapa empunya resepi…atas tuh aku tabur cheese sket…orang yang telah memakannya kata memang sedap dengan tambahan cheese tuh…

So...aku sangat berpuas hati dengan sosej roll kali ini...

Bun sosej > basic sweet dough
Sumber : Alan Ooi


Bahan A:-

300 g high protein flour
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor

Bahan B:-
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)

Bahan C:-
40 g mentega
Untuk Sapuan
1 biji telur

Inti:-
8 sosej panjang (bahagi 2)
Cili sos
Daun rosmary kering
Cara:-
Cara dengan menggunakan mixer:-
  1. Campurkan bahan A ke dalam mixer dan kacau sehingga sekata. Masukkan bahan B dan pukul hingga terbentuk doh. Campurkan bahan C dan pukul hingga doh licin dan elastik.
  2. Biarkan doh dalam mangkuk. Tutupkan dengan kain yang lembap dan tinggalkan di tempat yang hangat(warm) sehingga 35 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
  3. Setelah naik, bahagikan doh kepada bahagian2 yang seberat 35 g.
  4. Rollkan setiap bahagian kepada bentuk memanjang. Letakkan sosej yang telah dipotong ke atas doh dan gulungkan ia dengan doh.
  5. Susunkan ia ke atas dulang yang telah digris. Rehatkan ia sehingga ia naik dua kali ganda sekali lagi dalam lebih kurang 40 minit.
  6. Sapukan dengan telur yang telah dipukul tadi dan hiaskan dengan cili sos. Taburkan dengan sedikit rosemary.
  7. Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit.

Cara menggunakan Bread Machine:-
  1. Masukkan semua bahan ke dalam pan roti di dalam Bread Machine. Pastikan yis tidak kena garam kerana garam boleh mematikan yis dan roti tidak akan naik dengan baiknya.
  2. Tekan option Dough pada Bread Machine. Biarkan Bread Machine menguli dan doh naik di dalamnya.
  3. Selepas tamat pusingan Dough, keluarkan doh dari Bread Machine dan tumbuk-tumbukkan doh tersebut untuk keluarkan angin.
  4. Kemudian ikut langkah ke 3 dan seterusnya dalam langkah-langkah menggunakan mixer.

20 February 2011

Ikan Tenggiri Masak Hijau



Tengok tenggiri masak hijau neh teringat mak di kampung memang suka buat masakan neh..tapi dia tak panggil masak hijau. Dia sebut ikan masak cabai besaq (orang utara la katakan...). Mak guna macam-macam jenis ikan. Ikan nyok2, ikan kerisi, kembung dan tenggiri juga. Saya pun kalau buat guna ikan tenggiri jugak..(sbb malas nak siang kalau guna kerisi atau kembung tuh). Tenggiri memang dah sesiap beli fillet.Saya ubah sikit resepi neh...tambah la mana2 ikut citarasa kita kan..cili padi tuh saya letak 10 biji sebab kat rumah neh semua nak pedas2...

Resepi dari rumah ummi. Ummi plak ambek dari yati@sinar kehidupan.. saya CnP dari ummi.

Bahan-Bahan:-
  • 2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan (saya guna tenggiri)
  • 3 biji bwng merah* (saya guna 1 biji bwg besar)
  • 1/2 inci halia*
  • 4 tangkai cili merah*
  • 4 tangkai cili padi merah* (saya guna 10biji cili padi hijau)
  • sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
  • 1 tangkai daun kari (saya tak letak sbb x de stok)
  • 3 batang cili hijau- di potong serong
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam & sedikit gula
  • 1 cawan air atau lebih.
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je (saya guna air asam jawa)
Cara-Cara:-
  1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
  6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.

19 February 2011

Quiche

Lepas tengok quiche fina, teringin sangat nak buat…tapi memandangkan tak de stok cream, so hold la dulu..

Semalam baru berkesempatan mendapatkan thickened cream, so terus la buat pagi tadi..Alhamdulillah menjadi dan sedap sangat. Thanks to fina for the crust recipe. Best sebab walaupun quiche dah sejuk, crust still rangup dan tak soggy pun..

crust neh kena blind bake dulu

dh siap blind bake, keluarkan dari oven dan letak inti dia
neh dah letak krim
ok dah masak neh...so..aper lagi...
......potong laaa.....
...nyum nyummm....bedal je laa...

Resepi crust dari fina 

Quiche crust:-
175 gm tepung gandum
75 gm butter> potong kiub kecil
secubit garam
2 sdb air ais

Cara:-



Satukan butter dan garam
Masukkan butter. Gaul ramas hingga jadi macam serbuk roti
Masukkan air ais, mix jadi doh
Balut dengan plastik dan letakkan dalam fridge selama ½ jam

Filling/ Inti versi mak qis
1 cwn isi ayam> dadu
1 cwn Udang
4 Cendawan butang segar
1 biji bwg Holland > dadu
Lada hitam (tumbuk kasar)
Sedikit oregano dan rosemary kering
Garam
Sos tiram
Sedikit minyak untuk tumis
Cara:-
Panaskan minyak dan masukkan bawang besar..saute kejap pastu masukkan ayam dan udang..masak sampai air dia kering pastu letak cendawan, garam, sos tiram, oregano dan rosemary. Kacau sebentar dan tros tutup api. Biarkan sejuk.
Bahan cream
1/3 cwn thickened/ heavy cream
2 biji telur
Garam dan serbuk lada hitam
Cheeses> saya guna cheddar dan mozzarella
Cara:-
Pukul telur, masukkan garam dan lada hitam. Last sekali masukkan cream. Kacau rata dan masukkan cheeses.

Cara menyatukan semua:-
Keluarkan dan canai doh ikut acuan quiche
Letakkan doh dalam acuan dan cucuk2 sket dengan garfu
Bakar quiche (blind bake) sebentar.  
Keluarkan dari oven dan letakkan filling dalam tuh pastu tuang cream rata2
Bakar lagi sehingga quiche masak, lebih kurang 15min. Suhu oven 180C> dipanaskan terlebih dahulu




Masak Lemak Cili Api Rebung dan Udang



Segala masak lemak cili api memang favourite anak pompuan saya yang sorang tuh…bertambah2 makan nasik kalau ada masakan neh..hari neh dia mintak lemak rebung dengan udang..pastu saya buat stir fry kalian dengan brown mushroom..

Dan juga saya buat quiche ayam dan udang



Bahan-bahan:-
500gm udang > saya guna sederhana besar, buang kepala dan kulit
3 batang rebung jeruk> hiris
2 keping asam keping
1btg serai > dititik
200ml santan pekat + 100ml air
Garam
Bahan kisar/tumbuk:-
10 biji cili api > nak pedas bubuh la lebih
3 ulas bwg merah
1 inci kunyit hidup
Sedikit ikan bilis

Cara:-
Masukkan bahan kisar dan sedikit air dalam periuk..masukkan juga rebung. Rebus sampai rebung lembut
Masukkan udang, serai, asam keping dan santan+air. Masak hingga kuah agak pekat
Masukkan garam, kacau sebentar. Tutup api.

18 February 2011

Coffee Chocolate Chip Cookies



Dah beberapa hari dok tengok resepi cookies neh di blog rima…so hari neh berkesempatan la membuatnya…saya baked 20min sebab saya nak cookies neh crunchier..so puas hati la…sedap..ooo sgt ralit saya dok munch cookies neh...

Saya buat 1 adunan dapat 72biji…
Thanx rima…resepi CnP from rima’s blog

Ingredients:-
200g margarine
50g butter > saya guna 250g salted butter
75g caster sugar
90g brown sugar > saya guna brown sugar semuanya
3 egg yolks
1/2 tsp vanilla essence
1 tsp coffee oil > saya guna coffee paste
120g of chocolate chips
100g of cashews, toasted, chopped > saya guna walnut
350g flour
15g cocoa powder
1tsp salt > saya tak bubuh

Method:-
- Preheat oven to 160 deg C.
- Grease a pan with margarine.
- Beat butter, sugar and brown sugar until smooth.
- Add the eggs one by one, beat till combined. Add vanilla essence and coffee oil.. beat well.
- Add sifted flour, cocoa powder, salt and baking powder mixture and stir well.
- Add chocolate chips and cashew nuts. Mix well.
- Bake in hot oven for 15 minutes.
- Remove and let cool.

Kuah Lodeh Merah


 
Seingat saya la…saya tak pernah buat kuah sayur lodeh yang warna kuning tuh…ntah la..mungkin kami sekeluarga lebih gemarkan kuah yang merah neh..sebab kuning tuh rasanya macam masak lemak biasa je kan..yang merah neh memang ada kelainan sebab mungkin letak jintan…tapi memang setiap raya kami tak pernah miss la buat kuah lodeh versi merah neh..

Hari neh saya buat untuk makan dengan nasi impit di tempat kerja…ada pot-luck kecil-kecilan geng pompuan jer…hehehe..Saya juga buat sambal bilis dan kuah kacang.Cik ani rebus nasi impit…dan katanya cik fas akan buat cheezy baked macaroni atas permintaan ramai…hehehe…hari tuh dia buat macam tak puas makan…so suh buat lagi hari neh….Orang lain saya tatau la buat apa lagi..

> updated>> cik eton buat mee goreng yang sanggggat shedappp...hehehe...qis n amer pun puji2 jap neh
>> bengkang gandum faiz pun sangggggat sedap...ooo terasa2 lagi ditekak neh...


  
Bahan-bahan untuk dikisar:-

15tangkai cili kering> kalau tak nak pedas boleh kurangkan
2 biji bwg besar
½ inci halia
1 inci kunyit
50gm udang kering
2sdt jintan manis
1 batang serai >dititik
Bahan-bahan lain:-
500gm udang hidup, dibuang kepala
¼ kobis
6 batang kacang panjang
½ sengkuang
½ btg carrot
3 keping tauhu> digoreng dan potong dadu
2 keping tempe> potong dan goreng
1 suun
2 keping fuchuk
1000ml santan> saya guna  300g santan pekat campur dengan air
Garam, gula
Minyak untuk menumis

Cara-cara:-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan serai,santan dan carrot. Biar mendidih baru masukkan sayur2 yang lain, tauhu, tempe, fucuk,suun dan udang.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Didihkan sekali lagi dan tutup api.

Ø  Saya bubuh udang kemudian sebab saya tak suka udang kecut bila diletak awal2..