Followers

08 October 2010

Kek Lapis Prune


Sebelum neh memang banyak jumpa resepi kek lapis prune dan dan pernah cuba..tapi dah lama..lepas tuh macam tak terasa nak buat dah...sehinggalah pada suatu hari, anak yang sedang belajar di SM Teknik bagi resepi kek kukus lapis prune. Resepi neh diajar oleh guru dia..(anak  saya ambek course Bakery)..dan selepas mencuba , memang la sangat sedap dan pasneh guna resepi neh je la nampaknya…bahan-bahan pun tak banyak dan mudah nak membuat..



Bahan-bahan:- 

250gm butter
200gm gula castor (saya kurangkan kepada 170gm)
250gm tepung  gandum
1sdt baking powder
5 biji telur
1sdt esen vanilla
1cwn susu pekat (saya kurangkan kepada 3/4cwn)
100 gm buah prune > potong2 (saya letak 200gm)
Pewarna merah  dan hijau
Cara:
1.  Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan butter sampai kembang. Masukkan telur satu satu dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau.
5. Bahagikan kepada 2…satu letak pewarna hijau..satu lagi merah dan prune
6.Kukus selapis selapis smpai habis (acuan 9x9, disapu butter n alas kertas minyak)
* setiap lapisan kukus 5 minit
* lapisan yg last skali kukus 20 minit..

No comments: