Followers

Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts

07 February 2012

Nasi Dagang lagiii....


Ini adalah menu tengahari semalam...mak teringin nak makan nasi dagang...kita layan je...sebab boleh jugak tumpang sekaki...hahaha...buat pun banyak laa...kata pun dah ramai kan...pulak tuh bukan setakat nak merasa...neh nak makan sungguh2...hahaha...pernah ke makan tak bersungguh pun...seperti biasa...gulai menggunakan ikan aya/tongkol/ kayu....ikan yang sama nama saja berlainan ikut daerah/negeri...sebelah utara neh panggil ikan kayu...

Resepi dibawah neh telah saya gandakan mengikut kuantiti manusia yang ada...hahaha...ramai kan...jadinya beras pulut tuh adalah 2 cwn dan beras siam adalah  6 cwn...ambekkk 8 cwn semuanya...tapi tetap la licinnn....puas hati ...dan puas la menambah berat lagi 1kg...alhamdulillah...hahaha..

Resepi dari Mesra.net tapi telah saya olah dan ubahsuai ikut selera sendiri...

Bahan-bahan Nasi:-

3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Halba
Garam < campurkan bersama santan pekat
sedikit gula< neh saya tambah   

Cara-cara:

Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,halba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.

Bahan-Bahan Gulai:-

1 Ekor Ikan Tongkol(direbus dgn sedikit garam dan asam keping) atau dikukus
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah kari ikan
3 biji bawang besar}
3 ulas Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
10tangkai cili kering
cili hijau
cili merah
Cili Padi
1 biji timun dipotong ikut suka< saya tambah
Garam, dan Gula
>minyak masak jika menumis
> saya kisar halia, bawang, cili kering, lengkuas, dan rempah kari
> saya tambah telur rebus

Cara-cara:

Kacau santan hingga mendidih.Kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.Kemudian,masukkan garam, dan manisan(gula) secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

> saya buat gulai neh cara biasa iaitu panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing baru masukkan santan..bila mendidih bari masukkan ikan dan semua cili dan timun. Didihkan  dan boleh la ditutup api

> cara diatas adalah cara yang diberi dalam Mesra.net...saya pun tak ingat la resepi siapa, katanya resepi turun temurun...anyway terimakaseh kepada empunya resepi nasi dagang trengganu yang sangat marbeles neh...

24 January 2012

Kacang Phool


Hari tuh nampak Alongroz buat kacang phool neh...haihhh memang tak boleh menahan diri dah...nak2 bila dia bagitau kat blog tuh...dia beli kacang parang tuh kat Giant Taiping...Apakah??? hahaha...orang dok Miri boleh je jumpa kat Giant tuh...yang saya neh berkurun dok sini boleh je tak terfikir nak cari kat Giant....adehhh..jenuh pusing Tesco, The Store....pastu cari plak kat Tesco Manjung nuuuu....kat Tesco SgPetani pun cari jugak...haremmm...hahaha...padahal tuh haaaa...kat Giant tuh je haaa....

Sungguh berterimakasih la kat Alongroz tuh ....pastu masa dok sembang di FB dengan kawan zaman sekolah dulu Nora...dia pun cakap memang kat Giant dah lama ada jual...ko neh pesal tak gtau aku awal2 Puan Nora oiiii..hahaha....gila lama mengidam nak makan kacang phool tuh...baru hari neh tercapai hajat...habis seisi rumah suka...alhamdulillah...sedappppp....bestttt...puassss....tadi tuh punya meroyan pi beli sampai 6 tin...hahaha..saje la nak buat stok....


Ehhh..nak boh kacang phool neh bawah kategori apa haa???  hahaha..

Resepi neh dah lama saya simpan...ambek dari Diana...blog beliau pun dah tak leh nak access dah...hukss...katanya resepi dari Pn Asmah Laili..tukang masak Singaporean tuh....tapi saya terlupa nak beli limau kasturi...tak pe la..guna limau nipis pun sedap sangat dah...


Nak tengok resepi kacang phool Alongroz...boleh kesini
KACANG PHOOL


Sumbangan : Diana
Sumber : Mami Asmah Laili
Bahan-Bahan:-
1 tin kacang PHOOL MEDAMAS masukkan didalam mangkuk< saya guna 2 tin, satu tuh saya ramas2 kasi hancur sket..
1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan
1 tin bake beans< saya tak letak pun..
1/2 kilo daging cincang
Beberapa biji telur, digoreng mata lembu
2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil
3 biji lada hijau, dihiris kasar
3 biji lada merah, dihiris kasar
6 biji limau kasturi, dibelah 2
Sedikit daun ketumbar dan daun pudina< letak daun sup shj
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR
20 biji lada kering
20 biji bawang merah< saya ganti dengan 3 biji bawang besar
5 biji bawang putih dikisar halus
2 sudu teh penuh rempah beriani< tak letak
Sedikit halia
...dan saya tambah...
>1sdb serbuk jintan putih
> 1sdb serbuk jintan manis
>1sdb serbuk ketumbar
>3sdb serbuk kari daging
>1sdt serbuk lada putih

Cara Cara:-
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan semua kekacang dan gaul rata. Biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk dan pekat sedikit. Masukkan garam beserta daun ketumbar dan pudina. Rasa, jika ada yang kurang, tambahla sesedap rasa

06 December 2011

Kari Ikan Salmon Ala India

 
saya dah pernah buat dan letak resepi  neh kat blog...pas2 tuh memang guna resepi neh jer kalau nak buat kari ikan...sedap sangat....kali neh saya guna ikan salmon dan kepala dia...baru neh ada meeting kat Ipoh...abes tuh saya sesaja jenjalan kat JJ....pergi bahagian sushi,...nak le beli sushi...dah plih2 tuh...saya ternampak la pulak kepala ikan sushi neh...dan ada isi jugak...murah giler...tertera kat pack tuh promotion item..apa lagi...rembat la satu pack..then pergi bahagian ikan2...tambah lagi beli 2 keping salmon fillet...memang dalam hati dok berhajat nak buat kari ikan salmon....hohh sungguh la sangat sedap hehehe...

Resepi dari blog CM...tq Mat..


BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka-(guna ikan salmon)
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus > saya ganti 5 tangkai cili kering)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (saya guna rempah "babas"+ “adabi" + "hafana
BAHAN2 TUMIS:
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari 
BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak-(x letak)
  • 3 biji tomato, dibelah dua 
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)-
  • Garam, gula dan serbuk perasa (saya tak letak serbuk perasa)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus (tak letak)
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2. 
*saya terlupa letak halba campur tuh..huksss..tapiiii tetap sedapppp....

05 November 2011

Gulai Daging Salai dan Kobis Jeruk


Saya buat neh atas permintaan kawan yang teringin nak makan masak lemak cili api daging salai...nak kata mengandung tak kawen lagi...hahaha...tapi manjang jer dok teringin...lagipun hari neh ada potluck..so buatkan je la...kita org makan nasik dengan berjenis2 lauk pauk...tersandar kekenyangan...Alhamdulillah..

Daging tuh saya salai dalam oven jer...memula saya bakar api atas bawah, setengah jam lepas tuh saya bakar api  grill...bila dah masak saya balik kan daging tuh dan grill lagi...sampai la betoi2 tersalai...

Memula hajat nak letak rebung..tapi ada pula yang tak boleh makan rebung..tanya pendapat anak perempuan saya...dia cadangkan campur je dengan kobis jeruk...sedap neh..rakyat kat rumah pun semua suka...so tak payah masak lain dah...bwak separuh utk potluck...selebihnya lunch depa kat rumah...

Bahan-bahan:-

1kg daging batang pinang> potong ketulan besar, gaul garam dan kunyit, salaikan (saya bakar dlm oven)
kobis jeruk secukupnya> di potong dan rendam untuk kurangkan masin dia
20 biji cili padi* > nak pedas..sila tambah
2inci kunyit hidup*
500ml santan pekat
4cwn  santan air
2 batang serai > dititik
garam
asam keping

Cara-cara:-
Hiris daging ikut yang anda suka
Kisar atau tumbuk bahan bertanda *, masukkan kedalam periuk. 
Masukkan santan cair, serai, daging yang telah dipotong dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan masuk kan santan pekat. Masukkan garam dan asam jika perlu > saya tak letak asam keping sebab kobis jeruk tuh dah masam

03 November 2011

Nasi Arab dan Ayam Bumbu Bali


Semalam dah ke Bombay...hari neh kita pergi Arab plak...pastu on the way nak balik singgah la ke Bali sekejap hehehe....Anak2 nak makan nasi berperisa lagi...mak nyer jenuh google blog kengkawan nak cari resepi...jumpa la Nasi Arab kat blog Tun Telani....pastu ternampak kat blog Nor SecubitGaram pun ada gak nasi neh...

Bila selongkar dapor tengok adalah semua bahan tuh...maka proceed la buat Nasi Arab neh...tak susah pun..lebih kurang je macam Nasi Jintan semalam...sebab letak jintan jugak...tapi memang sedap la.. rakyat dalam rumah neh pakat menambah sakan la plak tapi segala kacang peas dan kismis tuh tak leh letak...nnt saya yang terpaksa kutip makan semuanya plak...untuk lauk nya saya buat masak Ayam Bumbu Bali...jumpa kat rumah Nor SecubitGaram tadi....

Saya ambil resepi Nasi Arab dari Tun Telani...manakala Ayam Bumbu Bali dari Nor SecubitGaram....terimakaseh yer...saya kongsi di sini pula...


Bahan-bahan:-
1 kg beras bathmati -basuh dan toskan

1.5 liter air ~ tun guna air rebusan daging > saya guna air biasa
500 gm ayam -potong kecil dan bersihkan
1 tin kecil kacang peas < tak letak
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup]
1 pokok daun ketumbar > tak letak
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

Ayam Bumbu Bali

olahan dr resipi Daging Bumbu Bali, Cindai Biru@MyR



Bahan:

1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair < saya letak yogurt
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
garam
gula
minyak

Cara-cara:-
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.


02 November 2011

Nasi Jintan Putih dan Kari Sotong Bombay


Sejak Ayu letak nasi neh kat blog dia...dah teringin nak buat...tapi jintan putih la plak tak de...neh dah ada...baru leh proceed...tuh pun bukan serbuk...kena la blend dulu jintan putih tuh...dah makan pun nasi jap neh...memang sedapppp sangat...tq Ayu...anak-anak pun suka....siap kata macam nasi beriani...ishh sedap dari nasi beriani dah neh...saya goreng papadom saja...tak sempat dah nak buat sayor mamak tuh...

Untuk lauk nya pulak saya tak buat ayam...saya guna sotong...hajatnya nak buat sotong masak macam kat blog Ady tuh...tapi asyik la lupa beli petai..so kita korbankan la dulu sotong neh untuk masak karibombay..marbeles jugak...bila guna sotong, saya tak letak air sebab air sotong akan keluar..rempah pula saya guna rempah kari ikan + rempah kari udang/ketam ...

Resepi saya CnP dari Ayu...tq Ayu...



Bahan2:-
41/2 cawan beras basmati-(Di basuh, rendam sekejap,basuh & tos)
1 biji bawang besar dihiris nipis
4 biji bawang putih ditumbuk atau dicincang
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu besar minyak sapi

2 biji pelaga

1 inci kayu manis
2 bunga cengkih
2-3 daun pandan
11/2 kiub vegetable stok
4-5 sudu besar plain yogurt
5-6 cawan air-(ikut jenis beraslah ya)
2 biji cili hijau dibelah tak payah putus
2 sudu besar susu cair
garam + secubit perasa



Cara2:-

Panaskan minyak sapi dan tumis cengkih, kayu manis dan pelaga.Masukkan serbuk jintan putih, hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau dan layu. Masukkan lada hijau,serbuk kunyit, garam & beras yang sudah dibasuh & tos tadi. Gaul rata dan masukkan plain yogurt, kiub vegetable, susu dan air.Biarkan masak macam masak nasi biasa.



Kari Ayam Bombay 

Sources:-From Mumtaj Begum Omar@Asmah Laili -Mintak Ampun sedapnya
Bahan2-(6-8 orang)

  • BAHAN A
  • 3 biji bawang besar hiris tipis
  • 2 sb pes halia dan pawang putih
  • 3 sb rempah kari ayam-(Ayu gunakan 4 sb)
  • 1 sb cili kisar
  • 2 btg cili hijau belah jgn putus
  • 1 btg kayu manis
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 cawan air-(Ayu gunakan 3 cawan air)
  • 2 biji tomato potong kecil2
  • segenggam daun pudina ambil daunnya dan cuci-(Ayu tak ada stok so gunakan daun kari aje)
  • BAHAN B
  • 1 ekor ayam potong 8-10, cuci bersih
  • 1/2 cawan tairu
  • 2 biji kentang potong baji
  • garam secukup rasa
  • air jika perlu

Cara-cara

  1. Masukkan bahan A kedlm periuk, kacau rata, tutup periuk dan masak hingga mendidih dgn api kecil.
  2. Buka periuk, masukkan bahan B dan masak hingga ayam empuk tambah air jika terlalu pekat.
  3. Tambah garam jika perlu, sedia utk di hidangkan dgn nasi, naan atau roti.



30 October 2011

Kerabu Mangga


Hari minggu pun kena p kerja..so balik tadi baru buat kerabu mangga neh...beli di pasar malam semalam.. malam tadi masa tengok bola NS vs Tganu...siap cicah2 mangga dengan kuah rojak...mujur pagi neh tak saket perot..Kerabu neh saya dah pernah letak resepi..tapi tak pe la letak sekali lagi pun...

Dulu-dulu pernah makan kerabu mangga di Betong, Thailand..depa letak sotong kering tanpa gula (yang jajan tuh) dalam kerabu mangga...saya balik rumah try buat...jadi la macam depa buat tuh...kerabu mangga je pun..mana susah...kali neh saya letak sotong merah yang ada gula tuh...saya dah asingkan gula dr sotong tuh...takot sat lagi manis plak kerabu saya neh...mangga tuh nampak je kuning..tapi masam je pun....

Bahan-bahan:-

3 biji mangga sederhana besar > buang kulit dan parut/sagat
1 biji bawang besar > hiris
cili padi secukupnya > hiris
1-2sdb sos ikan
1 batang bunga kantan > hiris
segenggam udang kering > rendam, toskan dan tumbuk
segenggam kacang goreng> tumbuk
segenggam ikan bilis> digoreng
sedikit gula
air asam limau (kalau mangga tak berapa masam laa)
sotong kering> carik2 sikit

Cara-cara:-

just gaulkan kesemua bahan2 diatas dan hidangkan je laaa....kalau tak masin boleh la sedikit  tambah garam..


26 October 2011

Nasi Dagang Trengganu (versi kukus)


Iyerrrr....saya buat lagi nasi dagang...anak2 semua ada neh...yang teringin nak makan sbb hari tuh tgk kat fb mak depa...udah terliur....kesian plak...so buat la lagi...memandangkan hari neh cuti...saya pun buat versi kukus punya...sebelum neh saya tanak jer...yerla..mana sempat nak kukus2 kalau hari kerja...weekend atau cuti gini sempat la buat...dan juga saya buat acar timun nanas...

Kali neh saya ambek resepi dari mesra net....menjadi elok...so this is surely a keeper laa...Terimakaseh untuk Hajah Akmarina Bt Haji Abdullah kerana sudi berkongsi resepi nasi dagang neh...dan  untuk gulai kali neh  saya combined beberapa resepi sehingga terhasil la gulai neh... sedappp...kira puas hati dah laa... 

Saya CnP dari mesra.net jer...

Bahan-Bahan:
3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit halba
Garam Secukup Rasa

Cara-cara Membuat Nasi Dagang:

Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,halba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan. 

Bahan-bahan untuk gulai

2 ekor ikan kayu/tongkol/aya> dicuci bersih dan rebus dengan asam keping dan garam
5 biji telur > direbus
*1inci halia
*1 inci lengkuas
*1 inci kunyit hidup
* 2 biji bawang besar
* 1sdt jintan putih
*1sdt ketumbar
*6 tangkai cili kering
* 3sdb serbuk kari
1 biji timun > dipotong ikut suka
3 tangkai cili hijau
10 tangkai cili padi thai
1 cwn santan pekat
air rebusan ikan
air secukupnya
2sdb kerisik
2 asam keping
gula (nak letak gula kerek/nisey pun tak pe)
garam 
minyak untuk menumis

Cara-cara
Kisar semua bahan bertanda*
panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak. Masukkan santan. air rebusan dan air.
masukkan ikan,kerisik, asam keping, timun, gula dan garam. Didihkan kuah...kemudian masukkan cili..biar didih sekali lagi dan tutup api...