Followers

Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts

27 October 2011

Peach Panna Cotta

Saya buat panna cotta neh ptg semalam...kena tunggu berjam2 la dulu sebelum makan...dah malam...terlupa terus...pagi neh baru ngap...perghhhh sungguh la saya tak menyangka bahawasanya rasa menda alah tersangat sedappp....menyesal tak buat awal2 dulu...kalau tak, mesti dah lama saya rasa sedap tuh dan dah berulang kali saya buat....nyesal nyesal huksss....

Ingatkan susah sangat...padahal pejam mata pun...memang tak bleh buat..hahaha...dah tak nampak nak buat mcmana...kena bukak mata jugak...saya tengok ramai yang dah buat...dah lama depa buat kan...saya ambek resepi dari allrecipe .... yang membuatkan saya teringin nak buat panna cotta neh sbb tgk ulangan masterchef junior Australia tuh laa..ada depa ajar bebudak neh buat panna cotta strawberry...terus teringin ...tapi saya tak ada strawberry...guna peach...oooo sedapppp...masam2 manis gitu...masyukkk...

Part untuk sauce peach tuh..saya just blended the peaches with 1 tablespoon sugar (4 halved peaches)...pastu saya diced 4 peaches letak dalam panna cotta tuh...yang blended tuh letak atas panna cotta..

Saya CnP dari allrecipe
INGREDIENTS:
1 1/2 cups milk
1 (.25 ounce) envelope unflavored gelatin
1 1/2 cups whipping cream 
1/4 cup white sugar
2 teaspoons vanilla extract

DIRECTIONS:
1.Pour the milk into a bowl; sprinkle the gelatin over the milk. Allow mixture to sit until the gelatin softens, about 5 minutes.
2.Combine the cream and 1/4 cup sugar in a saucepan over medium heat. Stir in the gelatin mixture; cook and stir until gelatin dissolves completely, about 3 minutes. Add the vanilla extract. Pour the mixture evenly into ramekins; cover and chill at least 4 hours.
*saya guna canned peaches

23 October 2011

Kek Lapis Cheese Persona

Saya tengok ramai blogger yang dok buat kek neh...saya pernah buat lebih kurang gini jugak dulu..tapi guna biskut salt cheese instead biskut marie...dan nama dia instant cheese cake..kalau tak silap la....resepi tuh saya ambil dari forum...tapi masa tuh belum berblogging lagi...so tak ada la letak dalam blog..

Kek Lapis Cheese neh dari Ryo...guna biskut marie..dan rasanya memang lebih kurang je ngan instant cheese cake tuh..sedapp...macam tiramisu pun iyer jugak..Saya letak filling blueberry in between the biscuits and cheese mixture...

Saya ambil resepi dari blog Yatt easybakes..Terimakaseh kepada empunya resepi, Encik Ryo dan jugak Yatt yang memanjang resepi tersebut.

Bahan2: (Saiz 9x9)


A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g 
500 ml susu segar,dipanaskan
B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)


10 ml susu segar < saya letak whip cream
1/2 cawan gula halus
*saya tambah blueberry filling

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

08 August 2011

Ramadhan ke7~ Masak Lemak Cili Api Udang Daun Kunyit


Menu berbuka 7Ogos, ringkas sahaja...yang penting mesti berkuah...pastu saya just goreng ayam, tumbuk sambal belacan dan rebus petai..

Kuih pedas tak ada hari neh...saya cuma buat puding roti pic bersos oren..

Bahan-bahan:-

14ekor udang besar
10-15 biji cili padi (ikut suka nak pedas mana)
kunyit hidup
garam
2 asam keping
200ml santan pekat
1cawan air (atau lebih>ikut la nk pekat mana)
2 helai daun kunyit> dicarik2

Cara-cara:-
Kisar cili dan kunyit.
Masukkan semua kedalam periuk dan masak sehingga mendidih 
Tutup api dan boleh dihidangkan
Puding Roti Peach Sos Oren

Bahan-bahan:-
1sdb serbuk agar2
21/2cwn air
3/4cwn gula (boleh tambah atau kurangkan ikut kemanisan yang dikehendaki)
11/2cwn susu segar
2 biji kuning telur 
sedikit pewarna kuning
2keping roti
1sdb tepung kastad
Buah pic dalam tin
Cara-cara:-
Masukkan air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.
Sementara itu carik2 kan roti dan rendam bersama susu, tepung kastad dan telur. Gunakan garfu atau whisker utk hancurkan roti tuh sedikit
Masukkan kedalam periuk berisi agar2 dan didihkan sekali lagi. Tutup api dan tuangkan kedalam acuan.
Sejukkan dan hidang bersama sos oren dan buah pic

Sos Oren
1 cwn susu segar
2sdb gula
1sdb tepung kastad
2sdb oren sunquick

Cara-cara:-
Campurkan semua kedalam periuk dan pukul supaya tepung kastad dan gula hancur.
Masak atas api sehingga agak pekat. Tutup api.

12 June 2011

Bread Pudding


While baking the pavlova....i prepared the bread pudding. Dalam fridge ada 8 keping nearly expired bread...so apa lagi..sebelum terus jahanam...baek la kita buat bread pudding..saya letak chocolate chips..sebab budak2 tak suka raisins...dulu pernah letak cranberries juga...pun tak suka...letak chocolate chips...memang licin...

Yang neh pun baru keluar oven...so tak sempat nak potong lagi...masih panas...kejap lagi saya buat la sos kastad...ehhh ke nak makan dengan aiskrim....hmm...dengan aiskrim pun lagi sedap kan...mana2 la...
Nak try boleh la tengok resepi di bawah

Bahan-bahan:-
8 keping roti
11/2 cawan susu segar
1/2 cwn air
100ml krim
100gm gula perang
1/2 cawan chocolate chips
5 biji kuning telur (kuning telur dari putih telur yang diguna untuk buat pavlova)
1sdt esen vanilla


Cara-cara:-
Dadukan roti (jgn kecil sangat)
Campurkan air bersama susu cair. Rendam roti dalam campuran neh
Sementara itu pukul telur bersama gula sehingga gula hancur. Kemudian masukkan krim dan sebatikan
Tuang adunan krim kedalam roti. Kacau dan masukkan chocolate chips. Ratakan chocolate chips dan tuang adunan kedalam bekas yang telah disapu mentega
Bakar selama 35min atau sehingga kekuningan dengan suhu 180C

Pavlova


Cuti sekolah dah pun sampai ke penghujung...budak2 sekolah sila belek kot2 ada kerja yang cikgu2 bagi tak dibuat lagi...kasut sekolah dah dibasuh ke?? haaa...ke malam sat lagi baru kalut nak cari semua...dan buat cikgu2 sekolah...mesti tak sesabar nak sambung tugas semula kan...ahakkkssss....

So sempena berakhirnya cuti sekolah...saya buat la dessert kegemaran ramai...ehh ramai ke yang suka pavlova?? ini merupakan kali keempat saya buat pavlova..kali pertama 4 thn lepas, kali kedua..2thn lepas...kali ketiga malam tadi...kali keempat..pagi neh...amboiii rapat pula kali ke tiga dan keempat tuh kan... yerla dah ada permintaan suruh buat lagi..kita layan je...kali kelima tatau la tahun bila pula nak buat...hahaha...malam tadi punya pavlova...tak sempat nak kata apa...lepas garnish semua dgn cream and fruits...sempat la ambek sebijik dua pics..terus kena serbu...adehh....nak buat hampir 2 jam..yerla campur dengan masa baking then kena bagi sejuk sebelum letak cream dan fruits tuh kan...

Malam tadi saya just letak strawberries dan blueberries je...kalau ada cherry mesti best kan..nan hado la plak...tapi untuk pagi neh (gigih pagi buta pegang mixer) saya letak strawberries, blueberries and mangoes...mesti sedap kan....crunchy on the outside but very soft and chewy in the inside...

Sat lagi nak keluar tengok movie...so tak de la nak masak apa2 pun for lunch...ohhh..by the way..resepi neh saya ambil dari joy of baking.. so meh la tengok resepi yer...

Ingredients:-

4 large (120 grams)egg whites
1 cup (200 grams) superfine (castor)sugar
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1 teaspoon white vinegar
1/2 tablespoon cornstarch (corn flour)
Topping:
1 cup (240 ml) heavy whipping cream
1 1/2 tablespoons (20 grams) granulated white sugar(or to taste)
1/2 teaspoon pure vanilla extract
Fresh fruit - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, or other fruit of your choice

Method:-

Preheat oven to 250 degrees F (130 degrees C) and place rack in center of oven. Line a baking sheet with parchment paper and draw a 7 inch (18 cm) circle on the paper. Turn the parchment paper over so the circle is on the reverse side.
In the bowl of your electric mixer, with the whisk attachment, beat the egg whites on medium speed until they hold soft peaks. Start adding the sugar, a tablespoon at a time, and continue to beat, on high speed, until the meringue holds very stiff and shiny peaks. (Test to see if the sugar is fully dissolved by rubbing a little of the meringue between your thumb and index finger. 

The meringue should feel smooth, not gritty. If it feels gritty the sugar has not fully dissolved so keep beating until it feels smooth between your fingers). Beat in the vanilla extract. Sprinkle the vinegar and cornstarch over the top of the meringue and, with a rubber spatula, gently fold in. Spread the meringue inside the circle drawn on the parchment paper, smoothing the edges, making sure the edges of the meringue are slightly higher than the center. (You want a slight well in the center of the meringue to place the whipped cream and fruit.)

Bake for 60 to75 minutesor until the outside is dry and is a very pale cream color. Turn the oven off, leave the door slightly ajar, and let the meringue cool completely in the oven. (The outside of the meringue will feel firm to the touch, if gently pressed, but as it cools you will get a little cracking and you will see that the inside is soft and marshmallowy.) 

The cooled meringue can be made and stored in a cool dry place, in an airtight container, for a few days. Just before serving gently place the meringue onto a serving plate. Whip the cream in your electric mixer, with the whisk attachment, until soft peaks form. Sweeten with the sugar and vanilla and then mound the softly whipped cream into the center of the meringue. Arrange the fruit randomly, or in a decorative pattern, on top of the cream. Serve immediately as this dessert does not hold for more than a few hours.

01 June 2011

Sagu Gula Melaka


As for dessert today, i made this sagu gula melaka...sagu pun ada sikit je...dalam 11/2 cawan jer pun..letak dalam bekas dadih yang kecik2 tuh dapat la dalam 6 bekas...cukup la..rasa sorang sikit..hehehe...tadi macam terfikir nak buat tepung pelita..tapi tak ada tepung beras la pula...tak pe..esok boleh buat...

Lepas lunch tadi..pakat terpa makan sagu neh...licinnnn...hahaha....petang karang saya ingat nak goreng keropok je la...atau buat jejemput ikan bilis kentang..haaa..tengok la mana satu rajin...depa neh cuti sekolah asik lapar je kan...jap2 turun tanya ada buat apa..ada masak apa..lorrrr ingat restoran ke...saya cakap nanti la rajin buat la apa2...malas nak janji..sebab nanti mesti depa tuntut...

Resepi ikut suka hati saya jer..

Bahan-bahan
11/2 cwn sagu > direndam sebentar dan ditoskan
400ml air
sedikit pewarna yang anda suka
1helai daun pandan disimpul
1 keping kecil gula kabung
1/2 cwn gula merah
2sdb gula putih
1cwn air
1 helai daun pandan> simpulkan
200ml santan pekat (guna yang kotak tuh)
1/2 cwn air panas
sedikit garam

Cara-cara:-
Didihkan air, kemudian masukkan sagu, daun pandan dan perwarna...masak sehingga sagu kembang dan jernih
Tuangkan sagu kedalam penapis dan cuci sagu dibawah air untuk buang kanji. 
Masukkan sagu kedalam bekas2 kecil dan sejukkan dalam peti ais

Air gula melaka:-
Masukkan kesemua gula dan air serta daun pandan kedalam periuk. Masak sehingga pekat.
Tapis kedalam mangkuk dan sejukkan

Santan:-
campurkan air panas dengan santan dan garam. Kacau hingga garam hancur

31 May 2011

Bubur Jagung


Mari la kita makan bubur jagung pulak...ya Allah tak benti2 makan noo...lepas satu..satu...yang neh buat untuk minum petang pulak..semalam dah buat cucoq jagung..so ada lebih lagi...buat la bubur jagung pula...haa..makan jangan tak makan ye anak2..

Depa dok main kat taman permainan depan rumah neh...kejap2 masuk tanya bubur dah siap ke belum..lahaiii...sabaq la weiii...neh dah siap..tak datang menanya la pulak..ralit dok main la tuh...ada kayuh basikal..ada main bola..nanti penat dan lapaq..mesti nak cari makan..

Saya tak ada spesifik resepi...bubuh je ikut rasa..santan guna yang paket punya..tengok yang tuh je yang ada neh pun..pastu boh sagu sikit...ok la untuk hari neh..sakan saya update blog hari neh..rasanya tak ada apa nak masak dah neh..hehehe...dinner neh makan la lauk tengahari tadi..saja saya buat lebih untuk dinner...malas nak masuk dapur dah lepas maghrib nanti..

Puding Krim Karamel


Ini kali kedua saya buat puding karamel untuk tahun neh...hahaha...walaupun permintaan adalah tinggi tapi saya macam malas nak buat je...pesal entah..padahal kalau buat tuh sekelip mata je habis...

Kali neh buat sebab my niece Ilham tuh dok sebuk mintak since the day i came here...dia neh memang suka makan puding2 la rasanya...hari tuh dia mintak puding peach...so tadi lepas lunch, punya la tak menyempat2 nak makan puding..nasib baek la saya dah buat pagi tadi...so kira dessert la tuh..banyak betul dia makan...

Petang neh saya dok fikir-fikir pula nak buat apa...hahaha...bibik pun tak macam saya punya tak benti dok masak...luckily saya just prepared the menu and the washing semua bibik buat..kalau tak boleh pengsan sebab penat layan naga2 neh semua nak makan macam2 (including my children la kan)

I took the recipe from alia@myrecipe...sedappp...walaupun rupanya tidak indah...tetap la licin selicin2nya...aduiiii tengah menaip neh pun rasa macam nak pergi makan lagi...


Bahan-bahan:-
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanilla
Karamel:-
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree. 

29 May 2011

Puding Peach


Warna hijau la pula puding neh..sebab dok  kat rumah orang kan...depa neh mana ada stok pewarna berjenis2..so make do with what ever yang ada jer la...usually saya letak warna kuning then tepung kastad pun tak ada..saya pun terlupa nak membelinya semalam masa keluar gi Carrefour..saya cuma ingat serbuk agar-agar dan peach saja...so warna hijau je la...tuh pun dah separuh habis depa makan..

Lagi satu..mould neh saya guna silicon baking punya..yang tuh je yang ada pun...hehehe...kecik2 comel jer...ada 3 jenis...tapi saya guna dua je la...dah keluarkan puding..rasa macam comel je bentuk tuh..

Resepi simple saja...yerla..guna apa yang ada jer kan...

Bahan-bahan:-

10gm serbuk agar2
1cwn gula
31/2 cwn air
1cwn susu segar
2 kuning telur
1sdt esen vanilla
buah peach dalam tin secukupnya

Cara-cara:-
masak air bersama serbuk agar2 dan gula sehingga mendidih dan gula hancur.
telur dipukul sedikit bersama susu dan esen vanilla.
masukkan kedalam agar2 dan biarkan mendidih sekali lagi.
tutup api dan tuangkan kedalam acuan yang telah diletakkan buah peach.
sejukkan dan boleh dihidang bersama sos kastad atau aiskrim.

21 May 2011

Blackforest Triffle



Ini la yang saya buat untuk potluck yang saya bagitau semalam...tapi neh buat lain malam tadi sebab penghuni rumah neh pun nak makan jugak...trifle neh pada saya lebih kepada tiramisu...dan dah tentu la sangat sedap..resepi neh dah lama saya simpan..biasa la kalau tak membelek kat folder tuh memang tak ingat...ambek dari blog blogger famous yang dok kat Australia nuuu...Cik Puan TTM...

Ada tak saya tweak?? ermm ada la sikit...hehehe..tuh yang tabur2 almond or any nuts atas cream cheese tuh saya tak letak...tak ada stok..saya ganti dengan chocolate rice and chips jer...TTM rajin dok parut choc bar...saya malas...hehehe...

Siapa nak try boleh la ambek resepi neh..memang sedappp dan masa potluck semalam..yang tuh la licin dulu...tak dan nak tengok second round...cleared...

TQ TTM for sharing the recipe..saya CnP je neh...

Bahan-bahan:-
Lapisan pertama

Kek Coklat > saya buat super moist eggless choc cake

-Potong kek kecik2 dlm 3cm..susun dlm bekas.

Lapisan kedua
2 x 415g cans stoneless black cherries in syrup
1 1/2 tbsp air panas
2 tsp gelatin

Cara-cara:-
- asingkan 1 1/2 cwn syrup dlm mangkuk.
- campur air panas dgn gelatin, kacau hingga larut.
- campur dlm syrup. Kacau sebati
- Tuang atas kek
- tabur semua cherries.
- sejukkan dalam peti ais selama 30 minit


Lapisan ketiga

2/3 cawan tepung jagung
1/3 gula kaster
2 1/2 cawan susu segar
200g dark chocolate

Cara-cara:-
- campur tepung jagung dengan gula dlm periuk
- tuang susu perlahan2 sambil kacau.
- Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
- masukkan dark chocolate, kacau sampai larut.
- Tuang atas lapisan kedua
- sejukkan selama 15 minit

Lapisan keempat
(yang neh saya buat separuh..tuh pn dah banyak..korang tengok la ketinggian lapisan tuh...tebal sgt pun leh jadi muak)

2 x 250g packet cream cheese > saya guna 250gm shj
1/3 cawan gula > saya letak 1/3 cwn gula aising
300ml thickened cream> saya guna 150gm whip cream

Cara-cara:-
- pukul cream cheese dengan gula hingga smooth.
- masukkan thickened cream. Pukul hingga sebati.
- tuang atas lapisan ketiga. tutup bekas.
- sejukkan 4-6 jam dlm peti ais
- Taburkan dry-roasted almonds atau hazelnuts dan chocolate. 

14 May 2011

Bread Pudding with Custard Sauce



I made this after somebody dok drooling nak makan laa...to TH..this is for you...sat lagi ambek resepi pi buat naa....

I found this recipe in newspaper..BH rasanya..few months ago...masa tuh bila tengok je tros saved dalam handphone (notes)...hahaha..punya malas nak ambil kertas dan salin..ehh lagi pun kalau salin kat kertas nanti mesti hilang. Yang boleh terjumpa semula tadi sebab masa nak gi bank-in duit kat anak yang kat hostel tuh...cari no akaun dia..so came across la this recipe yang simpan kat Notes dalam handphone tuh juga...sebelum neh  memang dok nak buat dan fikir nak guna resepi yang selalu dok guna tuh la...


However bila ternampak resepi neh baru teringat..hari tuh tengok dalam newpaper sikit punya cun puding roti tuh...resepi memang tak jauh dengan yang dok ada...so try la tadi dan saya guna roti wholemeal dan tambah chocolate chips..yesss the final result is absolutely marvelous...and for sure a keeper...

Sos kastad tuh pun saya ikut dia punya resepi...memang kena la dengan selera..

Bahan-bahan:-
1 buku roti
3cwn susu segar (saya guna low fat)
3 biji telur
1cwn gula perang
1sdt esen vanilla
butter
1/2cwn kismis > basuh dan rendam sebentar
1/2 cwn chocolate chips

Cara-cara:-
Roti dicarik2
Dalam mangkuk, masukkan susu, gula, telur dan esen vanilla. Guna whisker untuk sebatikan dan bagi gula hancur sedikit
Masukkan roti dan rendam seketika (10min)
Masukkan kismis dan chocolate chips.
Tuangkan adunan kedalam acuan yang telah disapu butter.
Letakkan butter (dot2 gitu) atas puding dan bakar selama 45 atau sehingga masak dengan suhu 180C.

Sos Kastad
Bahan-bahan:-
1 cwn susu cair
1cwn air
2sdt tepung kastad
3sdb gula
1sdt esen vanilla

Cara-cara:-
Masukkan semua kedalam periuk, kacau perlahan sampai hampir pekat.
Tutup api dan boleh la hidang bersama puding roti.

22 March 2011

Puding Bun Pandan

Ingat tak lagi bun neh...yerrr...buat hari tuh 16 bun, ada baki lagi 8 bun...saya letak dalam peti sejuk terus terlupa.. pagi tadi kemas peti sejuk, baru perasan bun neh ada lagi...dah malas nak panaskan..datang la idea nak buat dessert iaitu puding roti..tapi memang selalu pun saya buat gini..mana2 bun yang tak habis dimakan, saya akan buat puding roti bakar atau pun puding roti marble tuh...hasilnya sama je...malahan sedap lagi..sebab bun saya tuh dah ada cranberries..so tak payah la nak letak kismis lagi dah..

Dapat la satu loyang..marbeles la plak..hahaha...atas dia saya campak je chocolate chips dan badam. Saya baked 1 jam api atas bawah, kemudian 7 min api atas sahaja dan 7 min api bawah sahaja...saya suka puding yang garing2 tuh...

Sesiapa yang teringin nak cuba...boleh la test resepi neh..

Bahan-bahan:-
8 ketul bun pandan
3 biji telur
1cwn susu cair
1 cwn air
3/4 cwn gula pasir
1sdt esen pandan
1sdt pewarna hijau (optional)
badam hiris
chocolate chips
sedikit butter

Cara-cara:-
Panaskan oven , suhu 180C dan sapu acuan dengan butter. Ketepikan
Carik2 kan bun kemudian direndam bersama susu dan air...biar kembang sebentar
Pukul telur bersama gula sehingga gula hampir hancur. Masukkan garam
Tuangkan adunan telur kedalam bun yang direndam tadi...masukkan esen pandan dan pewarna hijau. kacau semua bagi sebati
Tuangkan adunan kedalam acuan, tabur choc chips dan badam.  ambil butter dan dot2 kan atas puding.
Bakar selama sejam, guna api atas bawah, kemudian 7 min api atas sahaja dan 7 min api bawah sahaja
Keluarkan dari oven..sejukkan sebentar sebelum dipotong