Followers

08 August 2011

Ramadhan ke7~ Masak Lemak Cili Api Udang Daun Kunyit


Menu berbuka 7Ogos, ringkas sahaja...yang penting mesti berkuah...pastu saya just goreng ayam, tumbuk sambal belacan dan rebus petai..

Kuih pedas tak ada hari neh...saya cuma buat puding roti pic bersos oren..

Bahan-bahan:-

14ekor udang besar
10-15 biji cili padi (ikut suka nak pedas mana)
kunyit hidup
garam
2 asam keping
200ml santan pekat
1cawan air (atau lebih>ikut la nk pekat mana)
2 helai daun kunyit> dicarik2

Cara-cara:-
Kisar cili dan kunyit.
Masukkan semua kedalam periuk dan masak sehingga mendidih 
Tutup api dan boleh dihidangkan
Puding Roti Peach Sos Oren

Bahan-bahan:-
1sdb serbuk agar2
21/2cwn air
3/4cwn gula (boleh tambah atau kurangkan ikut kemanisan yang dikehendaki)
11/2cwn susu segar
2 biji kuning telur 
sedikit pewarna kuning
2keping roti
1sdb tepung kastad
Buah pic dalam tin
Cara-cara:-
Masukkan air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.
Sementara itu carik2 kan roti dan rendam bersama susu, tepung kastad dan telur. Gunakan garfu atau whisker utk hancurkan roti tuh sedikit
Masukkan kedalam periuk berisi agar2 dan didihkan sekali lagi. Tutup api dan tuangkan kedalam acuan.
Sejukkan dan hidang bersama sos oren dan buah pic

Sos Oren
1 cwn susu segar
2sdb gula
1sdb tepung kastad
2sdb oren sunquick

Cara-cara:-
Campurkan semua kedalam periuk dan pukul supaya tepung kastad dan gula hancur.
Masak atas api sehingga agak pekat. Tutup api.

1 comment:

anymz said...

sedapnya menu berbuka gaya gini..:)