Followers

10 August 2011

Ramadhan ke 9 ~ Kari Ikan Jenahak, Tumis Bakchoy Cendawan dan Sambal Tempoyak



Neh sebenarnya menu berbuka semalam (9 Ogos)...sangat la tak sempat nak update...bukan la bz sangat pun...tapi lebih kepada tak larat..bila siangnya plak dah tak sempat

Kali neh saya buat kari ikan jenahak dan sayur bakchoy cendawan.pastu tumbuk sambal tempoyak dan ulam timun...kemudian buat jejemput udang..Alhamdulillah kenyang perut memasing..

Hari neh plak depa neh nak makan McD..lagiiiii la senang..balik kerja terus gi situ...take away je..malas nak berbuka diluar..dirumah senang..nak solat semua pun mudah...

Ok..saya letak resepi kari ikan disini

Bahan-bahan:-

2 keping isi ikan > saya guna ikan jenahak
*1bungkus rempah kari ikan > saya guna Adabi
*1" halia
*3 tangkai cili kering
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
1/2cawan santan pekat +2cawan air
air asam jawa
garam, gula
2 tangkai daun kari
3 ulas biji merah > dihiris
3 ulas bawang putih > dihiris
1sdb halba campur
minyak untuk menumis
kacang bendi

Cara-cara:-
1. Ikan dicuci bersih dan toskan
2. Kisar bahan bertanda *
3. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sampai pecah minyak
4. Masukkan santan dan ikan. Didihkan
5. Masukkan kacang bendi dan didihkan sekali lagi. Tutup api dan boleh la dihidangkan.

1 comment:

tun_telani said...

mak qis, kalau tun blk segamat sure ada ikan nih.. famili hasben tun suka sgt makan ikan jenahak. tun pulak xleh nk telan sgt ikan sungai.. so kalau suruh masak mmg surrender laa. hanyir, x pandai masak. hehe