Followers

Showing posts with label Piza. Show all posts
Showing posts with label Piza. Show all posts

31 July 2011

Salam Ramadhan


Lunch tadi saya masak sotong  dan udang je....malam pula buat pizza...yang simple2....badan tak larat sebab still demam...dah anak yng 2nd tuh nak balik hostel so buat la jugak..kesian plak kat dia, dah berapa hari suruh saya buat pizza...

Sotong tuh saya goreng dengan kacang buncis saja, pastu udang saya buat sambal tumis petai...sotong dengan udang memang favourite depa neh..ikan2 kurang ..kadang kalau saya buat masakan guna ikan...tergolek2 je ikan tuh...jenuh la nak perabeh...paling depa tak suka ikan tenggiri...huhu...tak faham saya...ikan tuh kan sedap...dan ikan yang depa suka ikan kembung...tapi hanya suka digoreng/bakar sahaja...kalau buat masakan apa2...cubit2 gtu je la ...pastu depa suka juga siakap kukus.......so untuk elak pembaziran saya lebih suka beli apa yang depa suka seperti udang dan sotong...tapi jemu laaa...

Kali neh saya cuma letak pics je untuk lauk pauk tuh...resepi sotong tuh lebih kurang je dengan resepi udang goreng cendawan dibawah neh...yang sambal tuh saya dah pernah letak resepi...

Pizza plak resepi dari jamie oliver...nanti bila2 senang saya letak resepi...lembut pizza neh...campuran tepung dengan semolina..sedap...kalau tak letak topping...bakar macam tuh je cicah dengan kopi/teh/milo pun sangat sedap...tadi saya dan cicah dengan teh o...demam neh tak lalu nak makan...tekak perit...

Untuk rakan2 blogger semua...salam ramadhan...semoga kita diberi kesihatan yang baek untuk mengerjakan ibadat..Amin...

02 May 2011

Pizza Gebu

Malam neh makan pizza jer....tuh pun dah kenyang...dah nk tido pun makan berat2 lagi kan...resepi jumpa kat blog ros...tapi dia pun ambek dari blog cmg..so saya kopipes je la...malas nak tulis panjang2...esok memasing dah nak gi sekolah dan kerja..sakan cuti 3 hari kan..dah lemau la...

Topping pizza suka hati la nak taruk apa pun...saya boh je apa ada dalam fridge tuh...sos dia pulak saya guna sos pasta...tabur bell pepper dan mozarella cheese....lemak lemak lemak...hukksss....pagi esok kena gi jogging la...


Bahan-bahan:-
  • 300 g tepung gandum
  • 6 g instat yeast
  • 20 g mentega
  • 10 g gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional)
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air
  • Sedikit tepung untuk ditabur



Cara-cara:-
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus gaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

 *saya letak semua dalam BM dan ikut instructions
*saya tak letak bread improver

27 March 2011

Pizza



Pizza neh saya buat sebagai bekal datang ke KL..hahaha...dah basi punya cerita...tapi nak letak la jugak..saya suka sangat buat pizza guna resepi mamafami neh...boleh refer kat entry saya lepas, pizza soft crust. Lenkali boleh cuba resepi yang lain pula...

Yang bestnya pizza neh..satu adunan dapat banyak..puas la makan satu family.. kali neh saya bubuh cheese lebih sikit..saya letak cheddar cheese dan juga mozzarella..

Sepanjang perjalanan berhenti kejap kat RnR Tapah untuk betulkan kaki dan isi perut..makan pizza la apa lagi..(sebenarnya sepanjang jalan pun budak2 neh dah mengunyah).

Ok la sesiapa yang nak cuba pizza neh..sila kesini yer

02 February 2011

Pizza

 

Pizza kali neh guna resepi yang lain dari sebelum neh..memang selalu kalau buat pizza, suka tukar2 resepi sebab nak tau mana satu yang paling best..masalahnya bila dah buat..semua pun best...hahaha...yang neh ambek dari rumah mamafami. Memang banyak pun resepi2 roti kat rumah beliau...best-best pulak tuh...


Pizza Stuff Crust
Bahan-bahan untuk doh :

1/2 sudu kecil yis

60ml susu segar
45 ml air suam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil tepung gandum

180g tepung gandum
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar majerin


Kaedah penyediaan doh :

1. Taburkan yis di atas air suam. Tambahkan gula dan sedikit tepung gandum. Biarkan yis bertindakbalas, lebih kurang 10 hingga 12 minit.
2. Tuangkan susu segar dan air suam ke dalam breadmaker. Masukkan tepung gandum, gula dan garam. Tuangkan adunan yis dan setkan breadmaker pada program ulian. Setelah doh sebati, masukkan majerin dan uli sekali lagi. 
3. Setelah itu, biarkan doh naik sekali ganda.  Bungkuskan mangkuk berisi doh di dalam beg plastik bersih dan tinggalkan di tempat yang suam.
4. Setelah naik, tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Canai doh senipis yang dikehendaki.
5. Sapukan sos, taburkan bahan-bahan topping. Biarkan piza naik.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit atau hingga masak.

26 January 2011

Pizza Soft Crust

Bahan-bahan:-
  • 250 g tepung roti (high protein flour)
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula
  • 1 camca teh yis (instant yeast)
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca teh oregano kering

Cara membuatnya:
  1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.  
  2. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
  3. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit.
> x ingat ambek resepi kat mana...rasanya kat blog Ros jugak kot...