Followers

06 February 2012

Golden Pumpkin Bun


Saya buat neh 3 hari lepas kot....dalam usaha menghabiskan labu pemberian KakMi...pastu tadi saya ada buat bingka labu...maka tamat la suda riwayat labu kat rumah neh buat sementara waktu...nanti pasti saya cari labu lagi....resepi golden pumpkin bun neh dari Ros Jintanmanis..saya letak inti kelapa...sangat la sedap...roti tuh gebu dan lembut...

Malas dah nak taip panjang2...hahaha...padahal tak de idea dah....resepi CnP dari blog Ros
Bahan-bahan:-

350gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
80gram labu ( rebus kemudian lecek barulah ditimbang)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula ( kalau nak manis boleh tambahkan satu sudu besar lagi)

(untuk topping, sedikit gula pasir)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda.
Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan dengan sedikit gula pasir di atas bun, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.


6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. 

2 comments:

Puspha said...

oooo yummy yummy!!

Mak Qis said...

yes Puspha...it's really a yummy bread..