Followers

06 August 2011

Blueberry Cheesecake



Ini pun menu berbuka semalam...dah lama tak buat, rasa teringin la pulak...ada lagi 1/4 dalam fridge tuh..boleh buat berbuka hari neh lagi..rasanya macam nak buat karipap je hari neh..tengok la macamana...


Bahan-bahan base:-
biskut digestive > dihancurkan
70gm butter dicairkan
2sdb gula castor

Cara-cara:-
Campurkan semua dan tekan kedalam acuan spring form. Letak dalam fridge 1/2 jam

Bahan-bahan filling:-
500gm cream cheese
60gm gula castor
3 biji telur
1sdt esen vanilla
1/2 cawan whipping cream

blueberry filling

Cara-cara:-
Pukul cheese bersama gula sehingga gula hancur. Masukkan telur satu persatu sambil mix. Masukkan esen vanilla dan cream. Kacau rata
Tuangkan separuh adunan keatas base tadi. Sudukan blueberry filling atasnya dan guna pisau untuk swirl kan
Tuang baki adunan dan sudukan lagi blueberry filling, swirlkan macam tadi.
Letakkan acuan dalam dulang yang berisi air panas (balut acuan springform tuh dengan aluminium foil terlebih dahulu)
Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 175C dan bakar selama 45-1 jam. Bila dah masak jgn keluarkan lagi kek, just off semua dan buka sedikit pintu oven..biarkan kek dalam oven selama 1jam baru keluarkan dan sejukkan dalam fridge 4 jam baru la hidangkan..

1 comment:

Deliah's Deli said...

ada lg eh,nak sepotong. :)