Ingat tak lagi bun neh...yerrr...buat hari tuh 16 bun, ada baki lagi 8 bun...saya letak dalam peti sejuk terus terlupa.. pagi tadi kemas peti sejuk, baru perasan bun neh ada lagi...dah malas nak panaskan..datang la idea nak buat dessert iaitu puding roti..tapi memang selalu pun saya buat gini..mana2 bun yang tak habis dimakan, saya akan buat puding roti bakar atau pun puding roti marble tuh...hasilnya sama je...malahan sedap lagi..sebab bun saya tuh dah ada cranberries..so tak payah la nak letak kismis lagi dah..
Dapat la satu loyang..marbeles la plak..hahaha...atas dia saya campak je chocolate chips dan badam. Saya baked 1 jam api atas bawah, kemudian 7 min api atas sahaja dan 7 min api bawah sahaja...saya suka puding yang garing2 tuh...
Sesiapa yang teringin nak cuba...boleh la test resepi neh..
Bahan-bahan:-
8 ketul bun pandan
3 biji telur
1cwn susu cair
1 cwn air
3/4 cwn gula pasir
1sdt esen pandan
1sdt pewarna hijau (optional)
badam hiris
chocolate chips
sedikit butter
Cara-cara:-
Panaskan oven , suhu 180C dan sapu acuan dengan butter. Ketepikan
Carik2 kan bun kemudian direndam bersama susu dan air...biar kembang sebentar
Pukul telur bersama gula sehingga gula hampir hancur. Masukkan garam
Tuangkan adunan telur kedalam bun yang direndam tadi...masukkan esen pandan dan pewarna hijau. kacau semua bagi sebati
Tuangkan adunan kedalam acuan, tabur choc chips dan badam. ambil butter dan dot2 kan atas puding.
Bakar selama sejam, guna api atas bawah, kemudian 7 min api atas sahaja dan 7 min api bawah sahaja
Keluarkan dari oven..sejukkan sebentar sebelum dipotong
No comments:
Post a Comment