Followers

29 March 2011

Kerutup Udang


Dah lama cari resepi neh sebenarnya…jumpa kat blog CMG..naseb baek la semua bahan ada untuk membuat kerutup neh..tapi kalau tak cukup bahan, boleh je derhaka kan…asalkan sedap..


CMG guna udang galah..mana la saya nak cari udang galah kat sini..jumpa saiz neh pun jadi la..sedap rupanya kerutup udang neh, mcam rasa Kuzi pun ada jugak...nanti boleh buat guna daging pulak..saya rasa kerutup neh kalau makan dengan pulut kuning mesti lagi masyukk…

Resepi…seperti biasa CnP je la la yer..dari  Encik Mat Gebu.. Thanks mat…



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg udang galah >
saya guna saiz XL jer
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

Bahan A
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar > saya ltk 2sdb
1/2 biji bawang besar

Bahan B
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan C
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
  2. Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.
  3. Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.

2 comments:

Ayu said...

Assalam mak qis,
oo..lain kali boleh gunakan recipe udang kerutup yang ni sebab tak payah gunakn rempah kerutup..

thnaks mak qis for the wishes for Iqram tu ya..

Mak Qis said...

assalam ayu..
tuh la..seb bek terjumpak kat umah cmg...mmg tak payah nak cari rempah dah..main aduk sndri je pasneh