Hari neh saya agak kelam kabut sikit…rasa banyak benda betul nak buat…masak pun caca marba..saya Cuma sempat masak ayam dan stir fry sayur je… kekuih atau dessert memang dah tak sempat..
Ayam neh saya buat masak simple-simple, ikut selera penghuni dalam rumah neh….
Ooo…saya sangat penat dan mengantuk dah neh..hukkkssss…
Bahan-bahan dikisar:-
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
½ inci kunyit hidup
½ inci halia
Bahan-bahan lain:-
½ ekor ayam> dipotong, cuci, gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam dan digoreng
1sdb sos tomato
1sdb sos tiram
1sdb sos masam manis
1sdb cuka
Gula dan garam secukup rasa
1 batang serai> dititik
½ cwn air
Minyak untuk menumis
Cara:-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan serai dan semua sos serta cuka..sebatikan dan masukkan ayam. Masukkan air..didihkan sebentar dan biar kuah agak pekat.
No comments:
Post a Comment