Followers

06 March 2011

Udang Kicap Cili Sos


Pagi tadi merayau kat blog dayang…sempat la kutip beberapa resepi…banyak resepi2 yang best kat situ…boleh mendatangkan idea nak masak apa untuk lunch hari neh…

Tengok latest entry dia masak tuh ialah ketam…anak tengok pun dok teringin ketam tuh…haaa….mintak maaf la…lenkali kita cari ketam, tak kuasa nak kluar rumah pi cari hari neh…memandangkan ada udang..maka jadi la udang masak kicap cili sos...tapi saya tak ikut la mcm dayang 100%..biasa la kalau tak modified tak sah la kan…

Resepi CnP dari dayang.. mekaseh dayang.


Bahan-bahan:-
Ketam Kicap Sos Cili

bahan-bahan:
  • 4 ekor ketam bunga saiz XL(dibersihkan)> saya guna udang
  • sedikit cili giling
  • sedikit air asam jawa> saya guna jus limau kasturi
  • madu secukupnya
  • sedikit garam
  • daun sup> tak ada stok
  • kicap pekat
  • sos cili> ganti sos tomato
  • sos tiram 
bahan-bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai>saya titik je
  • 1 inci lengkuas> saya tak letak
  • 1 cm halia
Cara-cara :
  1. Rebuskan ketam bersama sedikit garam hingga separuh masak. Angkat dan toskan. 
  2. Tumis bahan-bahan kisar dan cili giling hingga wangi dan garing.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat, sos cili dan sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih.
  4. Setelah itu, masukkan madu, garam dan air asam jawa. Kacau lagi hingga rata.
  5. Masukkan ketam dan daun sup. Gaul-gaulkan hingga masak.
  6. Hidangkan bersama nasi putih.

No comments: