Followers

04 March 2011

Daging Masak Malberi


Daging masak neh selalu mak saya buat pada hari raya, tapi dia tak guna daging sahaja, dicampurnya paru, hati dan limpa lembu..sangat la sedap bila cicah dengan ketupat palas. Tapi hari neh saya buat makan dengan nasi minyak hujan panas je..tak kuasa nak buat ketupat…



Bahan-bahan:-
½ kg daging dipotong nipis
2sdb kerisek
1/3 cawan santan pekat
1 cwn air
½ cwn kicap
3sdb kicap pekat> saya guna kicap ABC Heinz
1sdb cuka
*10 tangkai cili kering
*2biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1inci halia
*1sdb jintan manis
*1sdt lada hitam
*1inci kulit kayu manis> pecah2 sikit dengan lesung
Bahan tumis:-
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 bunga cengkih
3 buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan disimpul
Minyak untuk menumis

Cara:-
Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan2 yang bertanda *. Lepas goreng sekejap baru dikisar
Panaskan minyak dan tumis rempah ratus tumisan bersama daun kari dan daun pandan
Kemudian masukkan bahan kisar, daging, air dan kerisek.
Masak hingga daging empuk.(kalau daging tak empuk lagi tambah air)
Bila daging dah empuk masukkan santan pekat dan biarkan mendidih sekali lagi. Pastikan kuah betul-betul pekat

*saya tak letak garam sebab kicap dan masin, gula pun tak letak juga sebab saya dah guna kicap manis ABC tuh..



No comments: