Followers

19 March 2011

Kari Ikan Utara

Tengahari pula buat kari ikan utara dan sup sayur. Kari ikan tuh saya boleh plak terlupa nak taruk bendi, padahal dah siap cuci dan potong pun..yerla masa tengah masak tadi ada call…sambil mengacau kari saya dok sembang..dah mendidih lama tuh terus saya padamkan api…bila nak hidangkan, baru saya perasan yang bendi tuh terlupa nak masukkan sekali…huhh…tak pe la..goreng je la bendi tuh nanti..

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan
1 bungkus serbuk kari ikan > saya guna ½ cap tarbus dan ½ cap adabi, dibancuh dengan ½ cwn air
*1biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*5tangkai cili kering
3 biji bawang merah> dihiris
3 biji bawang putih>dihiris
1sdb halba campur
2 tangkai daun kari
Air asam jawa
1cwn air +1/2 cwn santan pekat
Bendi atau terung
garam

Cara:-
Bersihkan ikan dengan asam dan garam. Toskan
Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dihiris, halba campur dan daun kari sampai kekuningan
Masukkan rempah kari dan masak sehingga naik baru/ garing
Masukkan air asam jawa.
Masukkan ikan dan santan. Bila kuah dah mendidih masukkan bendi dan garam. Biar mendidih sekali lagi baru dipadamkan api.

No comments: