Followers

17 March 2011

Bun Inti Dulce De Leche

Pagi neh saya buat bun berintikan dulce de leche…maklum la dah ada kan..4 tin plak tuh..hahaha…macam2 projek boleh buat neh…ehh lupa la nk tanya…dulce de leche tuh boleh tahan lama mana yer? Tin yang belum dibuka boleh ke disimpan dalam peti ais? Atau letak di luar dalam suhu bilik pun dah ok?


Hari neh last saya masak2 and baking untuk parents saya…dah nak balik ke rumah sendiri…Adik saya pun dah bertolak pagi tadi ke Trengganu…tak sempat anak2 saudara saya nak merasa bun dulce saya sebab masih dalam oven lagi masa tuh..lenkali la yer…
Saya guna resepi Bun Lembut Osaka dari Ros@jintanmanis. Saya dah pernah buat bun/roll guna resepi neh…Bun neh memang lembut sangat…saya isi dalam 1 ½ sdt dulce de leche didalam bun tuh…ayah dan mak saya suka sangat..
Bila dah siap tuh, saya buat bun kosong pula sebab ayah saya cakap nanti dia nak makan cicah dengan air kopi atau teh saja..ok la…tahan la bun tuh dalam sehari dua neh …


Saya letak resepi sekali lagi disini, CnP dari blog ros..tq ros

Bun Lembut Osaka
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan ( Untuk Doh)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
Water roux:-
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux:-
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

3 comments:

♥ Che NamNam ♥ said...

besnyer yer hai kalau pandai masak nehh..Bun pon boleh buat sendirikk..hukhukhukk..

Unknown said...

wah byknya sampai 4 tin ddl tu kak bak mai sini setin malas tul nk buat...hehe sedap lak nengok bun tu..memang lembut tu dh pernah buat dh..:)

fynn said...

che nam> anak2 dah besar, kuat makan..so kena la buat sndri..baru jimat..hehehe...lagi satu bleh pelbagaikan men n resepi kalau buat sndri neh...

> nieza..akak mmg lepas geram betol2 buat 4 tin tuh..hehehe..org lain dah lama buat..akak br nk start enjin..kalau nieza dok dekat leh la akak sua setin dll tuh kan...