Followers

03 March 2011

Karipap


Untuk minum petang pula saya buat dua jenis kuih, iaitu karipap dan donat pisang. Memula ingat nak buat karipap pusing..tapi tak de la pulak stok butter/ marjerin..so buat karipap biasa yang guna minyak panas tuh je la…



Bahan-bahan:-

2 ½ cwn tepung
½ cwn minyak dipanaskan + 2sdb shortening
Sedikit garam
1sdt gula
¾ cwn air ais (dr peti sejuk)

Cara:-

Tuangkan minyak panas kedalam mangkuk yang berisi tepung, garam dan gula. Kacau guna sudu
Masukkan air sedikit2 sampai adunan lembut. Kalau tak guna semua air pun taka pa. neh kena agak2 sebab sesetengah tepung neh berbeza.
Masukkan adunan kedalam peti sejuk selama 15min
Keluarkan dan bulat2 kecil2. Saya dapat dalam 20 biji. Canai, isi inti, telur kelim karipap dan goreng hingga kekuningan

Bahan Inti:-

2 biji kentang sederhana besar, dipotong dadu
1 biji bawang besar, dipotong dadu
2 ulas bawang putih, dicincang
2sdb rempah kari daging
1/2inci halia
1sdb jintan manis
3 tangkai cili kering
1sdt lada hitam
200gm daging/ayam cincang atau kisar
Garam dan gula secukup rasa
1tangkai daun kari
Sedikit minyak utk menumis
2cwn air
Daun sup dan daun bawang dihiris
2 biji telur rebus> dipotong2

Cara-cara:-

Kisar halia, cili kering, jintan, lada hitam dan rempah kari.
Panaskan minyak dan tumis bawang. Kemudian  masukkan bahan kisar dan daun kari
Masukkan daging. Kacau sebati
Masukkan air dan ubi kentang
Biar sampai ubi empuk..kalau tak empuk tambah air lagi..masukkan garam dan gula
Akhir sekali bila dah agak kering masukkan daun dan daun bawang. Kacau biar hampir kering. Tutup api.

No comments: