Followers

05 March 2011

Nasi Goreng Cili Padi


Malam neh layan nasi goreng sambil tengok cd cerita Nanny Mc Pee.. syok jugak….Sebenarnya siang tadi tak ada masak apa pun..sebab hari Sabtu pun kena gi kerja..so  bawak budak-budak pi makan kat luar sebab mood nak memasak dah tak de..memula nak cari ikan bakar sekali dah habis la plak kat kedai makan tuh…so terus perut depa tukar nak makan kfc je…lagi pun hujan lebat dan dah malas nak pusing2 cari kedai makan yang best.

Nasi neh digoreng guna isi ikan goreng..ada ikan goreng yang lebih dok dalam fridge, keluarkan dan masukkan sekali dalam nasi goreng tuh. Tadi saya ada goreng telur mata kerbau..tapi terlupa nak posing dengan nasi..so dah jadi macam nasi goreng bodoh…


Bahan-bahan:-

2 mangkuk nasi sejuk (nasi saya panas..sbb baru masak.. hehehe)
6 biji cili padi
2 ulas bwg putih
Segenggam ikan bilis
½ biji bwg besar
Garam
Sos tiram
Minyak masak

Cara:-

Tumbuk cili bersama bwg putih, bwg besar dan ikan bilis
Panaskan minyak  dan tumis bahan tumbuk. Biar sedikit garing, masukkan isi ikan goreng yang telah dihancur2kan sikit
Masukkan garam dan sos tiram
Akhir sekali masukkan nasi.
Kacau dan bila dah masak tutup api.

No comments: