Followers

19 March 2011

Puding Roti Dulce de Leche Berkaramel



Dah ramai blogger masakan yang buat puding neh..saya la yang ketinggalan sikit..saya dok teringin nak makan puding caramel yang biasa tuh…tapi  tadi ternampak la puding neh kat rumah DJ..cantik DJ buat.. sebelum tuh ada intai jugak kat rumah hasue ... tengok dalam peti ais ada beberapa keping roti yang tak habis dimakan, so apa lagi…teros la dengan projek neh.
Cuma saya ada la altered sikit…susu pekat yang ¾ cawan tuh saya kurangkan sikit dan tambah dulce de leche bagi cukup ¾ cwn. Saya letak ½ cwn susu pekat dan ¼ cwn ddl..sebab tuh saya tukar sikit namanya.. 

Dan saya tambah secubit garam..dan saya pun guna kaedah baine marie sama dengan hasue. Bakar guna suhu 175C selama 50min.Resepi saya kopipes dari hasue..asal dari rosaliza..Tq everybody..

Bahan2nya

~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis> saya letak 1/2 cwn susu pekat +1/4 cwn dulce de leche
~esen vanilla

Cara- cara
Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus..kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blend bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak..



7 comments:

EmbunRosaliza said...

terima kasih mak qis kerana mencuba resepi ni..bahagian ubah suai tu, ikut citarasa masing2...nmpk sedap je puding tu

HomeKreation said...

Salam Mak Qis,
Wah, best idea ni. TQ, nnt Along nak cuba gak lah :)

Love2cook Malaysia said...

Wow..I somehow missed this pudding. Mmg giler puding I nih. Have you made the brownies? Hope they turned out well...and don't forget to parcel me some...hehehe!!! ;)

fynn said...

> rosaliza...harus la cuba, tengok kat umah orang pun dh terlior2...licin dah pun...anak2 suka sangat...mekaseh yer liza

fynn said...

along...mmg best pun...saya rasa kalau letak semua dll pun sedap...tuh pun asal susu pekat jugak kan..

fynn said...

hai love..the pudding is really nice and delicate..finished it in a blink...haha..
btw i havent tried the brownies yet..only later i realised that the cream cheese is out of stock..hukss...kena tahan perasaan dulu la..

Zatul Huda Abdul Karim said...

kak fina...nama punya susah deh nak sebuk...yg sedap ada de leche..kira leceh la...hehe...