Followers

03 March 2011

Ikan Masak Cuka


Neh lunch hari neh…saya guna ikan plotan…tatau la tempat lain panggil ikan apa..biasanya ikan neh saya buat kari..tapi hari neh malas nak makan masakan bersantan…so buat je la masak cuka…


Bahan-bahan:-
2 keping isi ikan- dilumur garam kunyit dan goreng > saya guna ikan plotan
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
½ inci halia
Cili merah di potong
Cili padi > saya letak 5 tangkai
Halia dihiris
3sdb cuka > ikut la tahap kemasaman yang korang nak
1sdt gula
Garam
Kulit kayu manis
1 Bunga lawang
3 Buah pelaga
3 bunga Cengkih
Sedikit biji sawi > saya tak letak sebab anak2 tak suka
1 ½ cwn air

Cara-cara:-
Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan semua rempah serta biji sawi.
Bila kekuningan masukkan gula..biar caramelized gula tuh jap
Masukkan cuka, air dan garam. Bila dah mendidih baru masukkan ikan dan cili padi/cili merah
Didihkan sekali lagi..tutup api.

No comments: