Yang neh pun saya ambek kat blog dayang…dah siap masak dan makan pun…amboiii kemain sodap lagi…walaupun rupa tak seindah mana..tapi rasanya mmg ummphh…dayang pesan potong masa kek dah sejuk…tapiiiii….sebuk la semua nak rasa so terpaksa la potong time panas2 tuh…haaa…gasak la makan dengan coklat panas2 tuh…
Nak tengok kek neh yang jelita menawan sila kesini Saya CnP resepi dari blog dayang.
Sekali lagi..thanks dayang..next time nak buat lagi…kena cari loyang kecik la..
bahan-bahan : loyang 8 x 4.5 x 4.5 > saya guna 9x9 > x de loyang sesaiz ngan dayang
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan nestum yang sudah dikisar dan sekali ayak
- 1 sk baking powder
- 250 g mentega
- 5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
- 80 g gula kastor
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 150 g coklat Cadbury / Milk Roundies
- 1 sk esen vanilla
- pes pandan/pewarna hijau dan pes strawberi /pewarna merah
Cara-cara :
- Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Balutkan penutup kukusan dengan tuala. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan dengan nestum. Ratakan.
- Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun berasingan, putar kuning telur bersama susu pekat dan mentega hingga pucat. Kemudian, satukan dengan tepung tadi dan esen vanilla. Putar sebati dengan kelajuan perlahan.
- Satukan adunan tadi bersama putih telur dan putar lagi hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes pandan/pewarna hijau dan satu bahagian lagi dengan pes strawberi/pewarna merah. Kemudian setiap adunan dibahagikan lagi dengan 3 bahagian. Kesemuanya ada 6 lapisan.
2 comments:
wah..dah buat kek ni ye..saya baru berangan2 nak buat..hehee
hari neh nak bawak g keje sket..ada la belen2 sket lagi izah..tapi memang sedap...rupa je hudoh nau...hahaha
Post a Comment