Followers

20 March 2011

Kuzi Ayam


Dah lama saya tak buat kuzi ayam neh. Kali terakhir masa sambut harijadi anak saya bongsu 2 tahun lepas..masa tuh dia darjah 6, sekarang dah form 2 pun…entah macamana teringat pula nak buat hari neh. Sebenarnya saya berkira2 nak buat roti puri untuk cicah dengan kuzi ayam petang neh..tatau la jadi ke tak..

Untuk makan tengahari saya buat nasi minyak hujan panas. Kuzi ayam neh kena letak badam dan kismis tetapi memandangkan anak-anak tak suka ada benda2 neh dalam lauk pauk maka saya pun tak la bubuh..kalau letak pun buat rugi je..semua depa buang atau letak dalam pinggan saya…sayaaaa jugak yang kena makan…

Lagi satu, saya tak guna rempah kuzi..dulu2 masa nak buat susah sangat nak jumpak rempah ready made neh. Kat sebelah pantai timur senang la  nak cari sebab kuzi neh memang asal dari sana kan.. resepi neh saya terjumpa kat forum/internet…tapi tak ingat la siapa yang bagi sebenarnya..kalau tuan punya resepi terbaca neh…saya ucapkan ribuan terimakasih sebab resepi anda sangat sedap.

Okla sesiapa yang nak mencuba boleh la ambek resepi dibawah neh..ooo by the way..warna kuzi ayam neh merah yer..maklum la saya pakai camera henfon yang cikai neh so warna merah tuh tak jelas sangat..

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam - dilumur dgn bawang putih dan saffron yg telah ditumbuk bersama > digoreng separuh masak (bahagian luar je agak garing)

 Bahan A  (dikisar)
7 biji cengkih
7 biji buah pelaga
1 sudu teh lada hitam
1bunga lawang
2 inci kayu manis
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
1 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B

3 bawang besar di potong dadu
100 gm badam dipotong panjang(digoreng)
100gm  kismis (digoreng)
1 tin kecil tomato puri
1cwn susu cair
1/2 cwn air
2sdb susu pekat
2 sdb minyak sapi
garam dan asam jawa secukup rasa

Cara-cara:-
Campur separuh bahan A yang dikisar kedalam ayam yang telah digoreng. Perap sebentar.
Panaskan 2 senduk minyak goreng ayam tadi, campur kan dengan 2sdb minyak sapi. Tumis bawang besar sampai layu, separuh bahan kisar dan masukkan  badam , kismis serta tomato puri. Biar pecah minyak baru masukkan kesemua ayam yang diperap sebentar tadi bersama air.
Kacau perlahan-lahan. Masukkan susu cair, susu pekat, garam dan asam jawa. Masak dengan api sederhana sehingga kuah masak dan pekat.

4 comments:

Wattie said...

salam ziarah dan ukhwah,
sedapnya ayam kuzi tuu

MamaFaMi said...

Rasa macam nak ambil roti, nak colet je kat screen nih... huhuhu..

Mak Qis said...

Assalam wattie...mekaseh sudi jengah blog akak yang tak seberapa neh.. kuzi tuh mmg sedap..sampai menjilat2 jari neh haa...hehehe

Mak Qis said...

mamafami...haaa mai la colet lekas...umah mama kan banyak roti...hehehe...btw dah lama dok ngendap fp mama...meroyan tgk memcm bentuk rupa roti kat sana...mekaseh mama sudi share resepi