Followers

30 March 2011

Sticky Caramel Chicken Wings

Hari tuh pergi Tesco..memang niat nk cari chicken wings..sebab dok teringin nak buat resepi neh la…beberapa hari lepas masa blog walking ada la terlintas kat blog sapa ntah…tengok dia buat sticky caramel chicken wings neh…tapi terlupa la pulak nak kutip resepi kat situ..

Bila dah beli wings neh…masa nak buat tadi..baru terperasan yang resepi tak de lagi…apa lagi…on lappy..terus la masuk blog CMG..geledah situ dulu laa…kalau tak ada..baru gi selongkar dapur orang lain..haaa..naseb baek la ada…terus save dan keluarkan semua bahan-bahan yang diperlukan..

Rupa-rupanya bebudak berdua tuh suka sangat chicken wings masak gini…sehingga menjilat jari..hehehe..bahan-bahan sama je..Cuma tang madu tuh saya cuma letak 4sdb madu sahaja….
Saya letak resepi yang dirumah CMG tuh yer…meh la cuba..sedappp..again..tq yer mat...

BAHAN-BAHANNYA :-
12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
2 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
1 camca besar cincangan halia
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
7 - 8 camca besar madu >
saya letak 4sdb shj

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan... 

2 comments:

Love2cook Malaysia said...

Sedapnyaaaaa! Terliur tengok ;)

fynn said...

mmg sedap love...bdk2 suka sangat..neh 1st time buat..so they suruh buat lagi nnt