Pagi neh breakfast bun la Nampak gayanya. Malam tadi sebelum tido sempat la menguli doh (cehh…yer la ko menguli sangat tuh). Kebetulan inti karipap tuh ada lagi..so gasak la bubuh inti tuh..jadi la bun daging kentang. Pastu lebih doh sket lagi tuh buat sosej bun . Nak pi pasar jap cari daging…
Resepi untuk bun neh sama je dengan resepi sosej roll sebelum neh.
Sweet Basic Dough
Sumber : Alan Ooi
Bahan A
300 g high protein flour
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor
Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)
Bahan C
40 g mentega
Bahan A
300 g high protein flour
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor
Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)
Bahan C
40 g mentega
Untuk Sapuan
1 biji telur
1 biji telur
Cara-cara:-
Cara dengan menggunakan mixer
- Campurkan bahan A ke dalam mixer dan kacau sehingga sekata. Masukkan bahan B dan pukul hingga terbentuk doh. Campurkan bahan C dan pukul hingga doh licin dan elastik.
- Biarkan doh dalam mangkuk. Tutupkan dengan kain yang lembap dan tinggalkan di tempat yang hangat(warm) sehingga 35 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
- Setelah naik, bahagikan doh kepada bahagian2 yang seberat 35 g.Isi kan inti.
- Susunkan ia ke atas dulang yang telah digris. Rehatkan ia sehingga ia naik dua kali ganda sekali lagi dalam lebih kurang 40 minit.
- Sapukan dengan telur yang telah dipukul tadi.
- Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit.
Cara menggunakan Bread Machine
- Masukkan semua bahan ke dalam pan roti di dalam Bread Machine. Pastikan yis tidak kena garam kerana garam boleh mematikan yis dan roti tidak akan naik dengan baiknya.
- Tekan option Dough pada Bread Machine. Biarkan Bread Machine menguli dan doh naik di dalamnya.
- Selepas tamat pusingan Dough, keluarkan doh dari Bread Machine dan tumbuk-tumbukkan doh tersebut untuk keluarkan angin.
- Kemudian ikut langkah ke 3 dan seterusnya dalam langkah-langkah menggunakan mixer.
No comments:
Post a Comment