Ini adalah cubaan kali ketiga..menggunakan resepi yang berbeza..
Verdict?
Memang marbeles rupanya…2 hari pun masih lembut lagi..ecece…hahaha…sapa nak cuba di alu2kan..tapi seriyes la tak ingat mana ambek resepi neh..Cuma tau sapa empunya resepi…atas tuh aku tabur cheese sket…orang yang telah memakannya kata memang sedap dengan tambahan cheese tuh…
So...aku sangat berpuas hati dengan sosej roll kali ini...
Bun sosej > basic sweet dough
Sumber : Alan Ooi
Bahan A:-
300 g high protein flour
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor
Bahan B:-
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)
Bahan C:-
40 g mentega
Bahan A:-
300 g high protein flour
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor
Bahan B:-
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)
Bahan C:-
40 g mentega
Untuk Sapuan
1 biji telur
Inti:-
8 sosej panjang (bahagi 2)
Cili sos
Daun rosmary kering
1 biji telur
Inti:-
8 sosej panjang (bahagi 2)
Cili sos
Daun rosmary kering
Cara:-
Cara dengan menggunakan mixer:-
- Campurkan bahan A ke dalam mixer dan kacau sehingga sekata. Masukkan bahan B dan pukul hingga terbentuk doh. Campurkan bahan C dan pukul hingga doh licin dan elastik.
- Biarkan doh dalam mangkuk. Tutupkan dengan kain yang lembap dan tinggalkan di tempat yang hangat(warm) sehingga 35 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
- Setelah naik, bahagikan doh kepada bahagian2 yang seberat 35 g.
- Rollkan setiap bahagian kepada bentuk memanjang. Letakkan sosej yang telah dipotong ke atas doh dan gulungkan ia dengan doh.
- Susunkan ia ke atas dulang yang telah digris. Rehatkan ia sehingga ia naik dua kali ganda sekali lagi dalam lebih kurang 40 minit.
- Sapukan dengan telur yang telah dipukul tadi dan hiaskan dengan cili sos. Taburkan dengan sedikit rosemary.
- Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit.
Cara menggunakan Bread Machine:-
- Masukkan semua bahan ke dalam pan roti di dalam Bread Machine. Pastikan yis tidak kena garam kerana garam boleh mematikan yis dan roti tidak akan naik dengan baiknya.
- Tekan option Dough pada Bread Machine. Biarkan Bread Machine menguli dan doh naik di dalamnya.
- Selepas tamat pusingan Dough, keluarkan doh dari Bread Machine dan tumbuk-tumbukkan doh tersebut untuk keluarkan angin.
- Kemudian ikut langkah ke 3 dan seterusnya dalam langkah-langkah menggunakan mixer.
No comments:
Post a Comment