Followers

03 February 2011

Golden Sweet Potato Bun


Ntah macamana pics neh jadi blur sgt..benci btol..baru nk eksyen dengan potato bun….eee…frust...tak pe next time buat nak snap pic betoi2..yang penting rasa sedap...done! resepi dikutip dirumah Hana..Dia pun rasanya kutip dari rumah Ros…..ros plak ambek dari buku…. ..erkk kat bwh neh ada sumber dia…

Ok..resepi di CnP dr blog Hana yer...tq



Source>>DIY HOME BREAD recipe by Khoo See Yew

Bahan-bahan:-
Bahan A
  • 260g Tepung berprotien tinggi@Tepung roti (tambah 30g klu adunan lembik. klu ok, tak payah)*saya tambah lbh dr 30gm sbb mmg lembik la
  • 5g Susu Tepung
  • 2.5g Bread Improver >*tak letak, ganti dgn 2sdb water-roux
  • >> Bhn kering di atas diayak n ketepikan
Bahan B
  • 70g Gula kaster
  • 1/8sk Garam
  • 60g Telur - anggaran sebiji telur size medium
  • 40g Tepung Kentang
  • >> bhn di atas disatukan n ketepikan
Bahan C
  • 150g/ml Air sejuk dr peti ais
  • 6g yis
  • 60g Butter > hana buat 30g shortening n 30g butter (*saya ikut mcm Hana juga)
Custard: (by Ros)
  • 2sb Tepung Kastard - satu sudu rasanyer mencukupi
  • 2sb Gula
  • 1/2 Cwn susu segar
  • >> Masak sampai adunan likat
Cara-cara:-
  • Satukan bhn B dgn C hingga sebati.  
  • Masukkan bhn A ke dlm adunan B n C td, uli hingga jd doh dan tambah butter + shortening td, uli hingga jd doh yg elastic selma lebih kurang 15 min..atau sehingga adunan doh tidak melekat ditangan (adunan ni agak lembik jdnyer tmbahkan tepung yg 30g td sikit2 sehingga adunan tidak melekat).  
  • Tutup dgn kain lembap adunan td dan naikkan 2 kali ganda dr adunan asal lebih kurang 30 min.  
  • Tumbuk2 doh dan biar selama 5 min.  
  • Selepas itu bhgkan doh kepada bola2 kecil seberat 50g atau nak kecik2 kurang dr 50g..  
  • Alas loyang dgn baking paper dan susun bebola yg dah siap td dlm loyang.  
  • Biarkan naik lg 2 kali ganda n sapu doh dgn kuning telur atau susu segar dan pipekan custard td atas roti td.  
  • Bakar pd suhu 180c Selama 20-25 min atau sehingga masak.
Kaedah lain
Masukkan semua bhn2 kedalam BM diikuti cecair dulu n last baru masukkan bhn kering pastikan grm n yis tidak bersatu.Setting tuk Doh, ON dan tunggu hingga proses seterusnyer, tumbuk2 doh dan tunggu 5 min sblm dbulat2 kan.


No comments: