Followers

10 February 2011

Kari Ikan Ala India


Hari Selasa baru neh ada pasar malam kat kawasan perumahan neh…so pergi singgah la on the way balik dari kerja tuh…niat nak cari ikan merah tapi bila dah sampai tengok ada ikan sembilang…tros  tuko niat…haha…beli la seekor…memang fikir masa tuh nak buat kari la…

Malam tadi browse tenet..jumpa la resepi kari ikan ala india neh di blog ayu…dia pula ambil dari blog Matgebu. Kira resepi matgebu la neh  kan…dalam resepi ada guna cili merah, saya ganti dengan cili kering, sebab tak de stok cili merah…dan ada la beberapa bahan yang saya tukar tuh sesuaikan dengan apa yang ada kat rumah neh..ayu bagi review kari neh sangat sedap…bila dah rasa tadi…ooo memang sangat sedap…


Ok…resepi CnP dari blog ayu sajer… Tq to mat and ayu…



BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka-(saya guna 1 ekor ikan sembilang)
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus > saya ganti 5 tangkai cili kering)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (saya guna rempah "babas"+ “hafana” > neh rasanya sebelah utara je yang ada) 
BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari 
BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor(saya letak 3 keping sama dgn ayu )
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak-(saya guna bendi sama dengan ayu juga)
  • 3 biji tomato, dibelah dua (tak letak> x ada)
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)-(Saya guna 1/4cwn saja)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (saya tak letak serbuk perasa)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus (tak letak juga)
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2. 

2 comments:

Miesah said...

perrrggghhhh...my fovourite ..kari ikan sembilang...terliur di buatnya...

Mak Qis said...

ooo favourite ka?? haa...p la buat...msti lajak je mkn nasik kan..