Followers

20 February 2011

Ikan Tenggiri Masak Hijau



Tengok tenggiri masak hijau neh teringat mak di kampung memang suka buat masakan neh..tapi dia tak panggil masak hijau. Dia sebut ikan masak cabai besaq (orang utara la katakan...). Mak guna macam-macam jenis ikan. Ikan nyok2, ikan kerisi, kembung dan tenggiri juga. Saya pun kalau buat guna ikan tenggiri jugak..(sbb malas nak siang kalau guna kerisi atau kembung tuh). Tenggiri memang dah sesiap beli fillet.Saya ubah sikit resepi neh...tambah la mana2 ikut citarasa kita kan..cili padi tuh saya letak 10 biji sebab kat rumah neh semua nak pedas2...

Resepi dari rumah ummi. Ummi plak ambek dari yati@sinar kehidupan.. saya CnP dari ummi.

Bahan-Bahan:-
  • 2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan (saya guna tenggiri)
  • 3 biji bwng merah* (saya guna 1 biji bwg besar)
  • 1/2 inci halia*
  • 4 tangkai cili merah*
  • 4 tangkai cili padi merah* (saya guna 10biji cili padi hijau)
  • sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
  • 1 tangkai daun kari (saya tak letak sbb x de stok)
  • 3 batang cili hijau- di potong serong
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam & sedikit gula
  • 1 cawan air atau lebih.
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je (saya guna air asam jawa)
Cara-Cara:-
  1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
  6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.

No comments: