Followers

07 February 2011

Penkek Labu

….atau omputeh cakap pumpkin pancake…neh buat breakfast pagi tadi..senang je nak buat..aduk semua bahan pastu sendukkan ke dalam pan..alih2 ..pastu angkat..kan senang…


Neh resepi..sesapa nak cuba bleh la…

Bahan-bahan:-
11/4 cwn tepung
2sdt baking powder
1 biji telur
1cwn labu lecek
2sdb gula
1 ½ cwn susu segar/cair
2sdb butter> cairkan
1 sdt esen vanilla
Sedikit garam

Cara:-

ayak tepung dan baking powder kedalam satu mangkuk/ bekas
masukkan gula, garam, labu, telur, esen vanilla dan susu cair. Kacau guna whiskers> bagi sebati.
Last sekali baru masukkan butter dan kacau
Panaskan non-stick pan..tuangkan satu senduk adunan , ratakan sedikit.
Bila ada bubbles kat tepi2 penkek tuh..boleh la flip dia (terbalikkan laa)..kemudian tunggu sampai the other side tuh pun masak…sat je..
Selalu orang makan penkek dengan butter and honey…atau apa2 jem…ohh saya org kampung…cicah ngan sambal tumis ikan bilis jugak yang best…


No comments: