Followers

14 February 2011

Bun Coklat Kismis


Nama asal resepi neh ialah bun marble berkismis....saya buat bun kecik2…saya tak marblekan roti/bun tuh sebaliknya saya coklatkan kesemua adunan, guna coklat emulco..pastu saya guna dried fruit instead of raisins..tapi saya rasa dried fruits saya sket sangat la...mcm tak terasa pulak...

Lagi satu saya tak sempat nak proof sampai sejam...kejap je ..tros saya bake..sebab sibuk nak pi kerja dah..so dia mcm tak berapa nak lembut..apa pun bun neh tetap sedap... btw saya buat separuh adunan sahaja..


Ok..di bawah neh saya bagi resepi asal dari noormasri


BUN MARBLE COKLAT BERKISMIS

Bahan-bahan:-
  • 410g tepung high protein
  • 100g tepung superfine
  • 100g susu pekat manis dibancuh dgn air -
  • 3/4 sk garam
  • 7g atau 2 1/2 sk yis segera
  • 1 biji telur - pukul sekejap
  • 130ml air (-+ kurang lebih)
  • 60g butter - pd suhu bilik
  • sedikit coklat emulco dan kismis cincang
  • water roux (125ml air + 25g tpg gandum > kacau atas api sampai pekat)
  • Untuk sapuan (Egg Wash) : 1 biji telur + 1 sudu kecil susu atau air
Cara-cara:-
Masukkan ke dlm mixer/BM kesemua tepung, yis dan water roux. Gaul sekata kemudian masukkan telur, bancuhan susu dan garam.Uli sehingga membentuk doh.

Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga terhasilnya doh yg kenyal dan licin. Bahagi doh kpd 2 bahagian, satu warna asal dan satu lg masukkan sedikit coklat emulco dan kismis.

Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk biar angin nya keluar lepas tu canai doh biasa letakkan doh coklat atasnya canai lagi kemudian gulung. Potong gulungan tadi kpd beberapa bahagian, bentukkan menjadi bun atau loaf atau apa saja mengikut citarasa masing2.

Susun dlm loyang yg telah digriskan. Biarkan bun naik 2 kali ganda, kemudian sapukan 'egg wash' atas permukaannya. Bakar pd suhu 180'C selama 15-20 min sehingga keperangan. Angkat dan sapukan mentega cair atas permukaannya kemudian sejukkan atas redai besi. Utk mendptkan permukaan yg lembut, bun tadi hendaklah diselimutkan dgn kain bersih. Bila sejuk simpan bun dlm bekas kedap udara.

No comments: