Followers

17 February 2011

Ayam Masak Kicap


Menu ringkas hari ini…atas permintaan ramai..(ramai la sangat kan..)…saya buat ayam masak kicap untuk lunch..resepi saya biasa2 je…kalau nak…sila laa… Kualiti gambar sangat menyampah utk dilihat...haha...maafkan la saya yer..


Bahan-bahan:- 
½ ekor ayam
1 biji bwg besar> belah dua dan hiris separuh bulat
1 inci halia>hiris
3 ulas bwg putih
1sdb sos tiram
½ cwn kicap
1sdb kicap pekat manis > saya guna kicap ABC Heinz tuh
½ cwn air > kalau nak kuah byk, lebihkan
2 biji tomato. Dipotong baji
Daun sup dan daun bawang> hiris
Minyak utk menggoreng ayam dan menumis

Cara:-
1. ayam dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit
2. goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan minyak
3. tumis bwg putih dan halia sehingga keperangan, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap. Biarkan mendidih
4. masukkan ayam.  Didihkan sekali lagi..akhirnya masukkan tomato, daun sup dan daun bawang.
5. tutup api dan boleh la dihidangkan dengan nasi panas

·         Saya x masukkan garam sebab ayam pun dah digoreng dengan garam pastu sos tiram dan kicap dah sedia masin..apa pun ikut la citarasa memasing

No comments: