Followers

11 March 2011

Asam Rebus@Asam Pedas Utara


Anak2 saya suka makan asam rebus neh..sebelah utara kami panggil asam pedas…anak2 saya cakap ikan masak kuah laksa…hentam je la..janji korang makan..sebenarnya semalam saya dah buat masakan neh…tapi tak sempat nak menempek kat dalam blog…hari neh depa mintak lagi…layan je la…tapi guna ikan lain2…semalam guna ikan plata..hari neh ikan nyok2 plak..belen hat buat asam pedas hari tuh ada lagi…

Pastu saya goreng ikan terubuk masin, kawan bagi semalam dan tumbuk sambal belacan..ooo sangat masyukkk...hehehe

Bahan- bahan:-

4 keping isi ikan/ atau ikan apa je la
*5 tangkai cili kering
*5 biji cili padi
*1 biji bwg besar
*2 ulas bwg putih
*Belacan
1 biji terung bulat, 5 biji bendi
1 biji tomato> dipotong
Garam, serbuk perasa (optional)
3 keping asam keping
Air secukupnya
Daun kesum
Serai dititik
Bunga kantan> saya tak letak, tak de stok

Cara-cara:-
Kisar semua bahan bertanda *, jangan halus sgt..kasar2 sket
Masukkan kedalam periuk bersama semua bahan yang lain…rebus sampai semuanya masak/ lembut.

2 comments:

Nieza said...

uishhh sedap ni...betul-betul kat utara asam pedas tak yah tumis...suka hirup kuah tu. Mak qis dok utara tang mana?

Mak Qis said...

tuh la kan..sedap betol dapat hirup kuah dia...
nieza...akak dok kat tepeng neh...