Followers

03 March 2011

Donat Pisang

neh versi biasa laa...

2 hari lepas blog walking..terjumpa la resepi neh..asal dari rumah rima...tapi jumpa kat blog anie dan izah..so try buat...naseb baek menjadi..saya buat separuh adunan sahaja. dari separuh adunan tuh saya buat bentuk donat biasa dan juga donat inti cheese dan coklat..kat rumah neh memang kalau buat donat kena berinti dedua tuh...

neh versi inti coklat..saya guna milk chocolate..sedappp..

neh plak inti cheese...pun sodappp

DONUT PISANG
Sumber: Bisous A Toi


Bahan-bahan:
100g tepung kek (saya guna tepung halus)

400g tepung roti

100g gula halus (saya tambah 20gm lagi)

11g yis segera (sepeket)

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh bread improver

100 ml air

3 biji telur kuning (saya tambah sedikit vanila dipukul bersama telur)

100g butter

300g pisang lecek ( kurangkan sikit kepada 200g-terpulang kepada keranuman pisang)

Caranya:

1. Ayakkan kedua2 tepung, masukkan yis dan gula. Ratakan adunan.
2. Masukkan garam, kuning telur dan separuh dari air. Kacau rata.
3. Masukkan pula pisang dilecek dan gaul lagi. Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut. Jika doh agak keras boleh ditambah lagi air.
4. Biarkan doh selama 20 minit atau sehingga 2 kali ganda.
5. Bahagikan doh 30g setiap biji dan bentukkan menjadi donut. Biarkan selama 10minit dan goreng hingga kuning keemasan. Taburkan gula atas donut.

Note: Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan menjadi lembik

2 comments:

izahdaut said...

wow..tak pernah try lagi letak inti..nampak best sungguh tu..nak try la bagi budak2 suka kan

fynn said...

izah...bukan bdk2 je yang suka..mak budak n bapak budak2 pn suka..

try la bubuh..mmg sedappp....