Followers

04 March 2011

Nasi Minyak Hujan Panas



Cuaca kat luar tuh elok je panasnya...tak de la pulak nak hujan ke nak jadi hujan panas...


Kat dalam rumah je yang hujan panas nya...Permintaan nak makan nasi minyak..so buat la nasi hujan panas neh..resepi dari Myresepi..cuma ada la saya buat penambahan sikit2...biasala kan..mesti nak derhaka jugak...tapi kalau derhaka jadi sedap..boleh diampunkan la kan...hehehe...

Nasi neh dimakan bersama daging masak malberi


Sumber:- Makyong@myresipi.com

Bahan-bahan:- ( 5 orang )
·         4 cawan beras basmati
·         5 cawan air > saya letak 4cwn air+1cwn susu cair + 1sdb susu pekat
·         2 kiub ayam
·         2 helai daun pandan
·         pewarna merah, kuning dan hijau
·         [bahan tumis]
·         1/2 inci halia
·         2 ulas bawang putih
·         1/2 biji bawang besar
·         2 sudu besar minyak masak
·         1 sudu besar minyak sapi
·         1 batang kulit kayu manis
·         2 kuntum bunga lawang
·         3 kuntum bunga cengkih
·         3 biji buah pelaga
·         [bahan hias]> tak letak
·         bawang goreng
·         kismis
*saya tambah garam sikit

Cara-cara:-


1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.

2.  Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3.  Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4.  Masukkan beras dan gaul rata.
5.  Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6.  Masaklah nasi sehingga masak
7.  Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8.  Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka
  

No comments: