Followers

14 May 2011

Bread Pudding with Custard Sauce



I made this after somebody dok drooling nak makan laa...to TH..this is for you...sat lagi ambek resepi pi buat naa....

I found this recipe in newspaper..BH rasanya..few months ago...masa tuh bila tengok je tros saved dalam handphone (notes)...hahaha..punya malas nak ambil kertas dan salin..ehh lagi pun kalau salin kat kertas nanti mesti hilang. Yang boleh terjumpa semula tadi sebab masa nak gi bank-in duit kat anak yang kat hostel tuh...cari no akaun dia..so came across la this recipe yang simpan kat Notes dalam handphone tuh juga...sebelum neh  memang dok nak buat dan fikir nak guna resepi yang selalu dok guna tuh la...


However bila ternampak resepi neh baru teringat..hari tuh tengok dalam newpaper sikit punya cun puding roti tuh...resepi memang tak jauh dengan yang dok ada...so try la tadi dan saya guna roti wholemeal dan tambah chocolate chips..yesss the final result is absolutely marvelous...and for sure a keeper...

Sos kastad tuh pun saya ikut dia punya resepi...memang kena la dengan selera..

Bahan-bahan:-
1 buku roti
3cwn susu segar (saya guna low fat)
3 biji telur
1cwn gula perang
1sdt esen vanilla
butter
1/2cwn kismis > basuh dan rendam sebentar
1/2 cwn chocolate chips

Cara-cara:-
Roti dicarik2
Dalam mangkuk, masukkan susu, gula, telur dan esen vanilla. Guna whisker untuk sebatikan dan bagi gula hancur sedikit
Masukkan roti dan rendam seketika (10min)
Masukkan kismis dan chocolate chips.
Tuangkan adunan kedalam acuan yang telah disapu butter.
Letakkan butter (dot2 gitu) atas puding dan bakar selama 45 atau sehingga masak dengan suhu 180C.

Sos Kastad
Bahan-bahan:-
1 cwn susu cair
1cwn air
2sdt tepung kastad
3sdb gula
1sdt esen vanilla

Cara-cara:-
Masukkan semua kedalam periuk, kacau perlahan sampai hampir pekat.
Tutup api dan boleh la hidang bersama puding roti.

No comments: